Cari-Hafizi Publish time 17-1-2018 11:40 AM

Duit Tak Banyak Tapi Gatal Nak Berjalan? Nah, 5 Lokasi Bajet Khas Untuk Pelajar

Ada universiti yang sudah mula cuti semester bukan? Tapi ada juga universiti yang tengah final exam betul tak?


Yang tengah hadap exam tu boleh sabar bagi habis dulu paper tu. Bagi yang dah cuti semester ini kami nak kongsi lima lokasi bajet untuk pelajar-pelajar pergi berseronok!

Nak lebih jimat pastikan anda travel dengan kawan-kawan sebab sudah tentu boleh kongsi dan lebih menjimatkan. Jadi ini adalah lima lokasi yang kami cadangkan berdasarkan laman sesawang Hostel Hunting.


1. Taman Negara Pahang


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/12/224001pmmnyrv5rbgnzb55.jpg
Foto - Hostel Hunting


Bila cuti semester pasti korang nak tempat yang tenang bukan? Maklumlah otak dah kerja keras terutama sekali masa final exam. Jadi Taman Negara Pahang adalah tempat yang sesuai untuk dikunjungi bagi menenangkan jiwa dan fikiran sambil menikmati keindahan alam.


Terletak di Kuala Tahan Pahang, tempat ini agak jauh dari bandar Jerantut dan ia menjadikannya sebagai lokasi yang amat sesuai untuk melepaskan diri dari segala kesibukan dan kembali ke alam semula jadi.


Pasti ada yang bertanya apa yang boleh dilakukan kalau ke sini bukan? Jangan risau tinggal berdekatan dengan hutan sudah pasti boleh lihat haiwan liar seperti tapir dan lain-lain lagi.


Anda juga boleh meneroka Taman Negara Pahang dengan pemandu pelancong seperti melayari sungai dan melawat perkampungan Orang Asli.


Bajet: RM200 seorang, 2 hari 1 malam




2) Sekeping, Serendah, Selangor


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/12/224007sh9yihkcx3g59fcg.jpg
Foto - Hostel Hunting


Terletak di dalam kawasan hutan tempat ini sesuai buat mereka yang ingin bersendirian dan bebas dari kehidupan bandar atau mungkin selepas penat ulangkaji untuk peperiksaan.


Bangun pagi diserikan dengan kicauan burung dan sebelah malam tidur ditemani cengkerik pasti menyeronokkan. Sekeping Serendah ini juga terletak berhampiran dengan perkampungan orang asli di Serendah.


Tempat ini kelihatan sangat asas dan minimalis agar pelawat boleh menikmati pemandangan indah. Oh ya anda juga boleh masak dan barbeku di samping terdapat kolam renang juga.

Bajet: RM100 seorang (2 hari 1 malam)


3) Sekinchan, Selangor


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/12/223956gjioj8o9r896dxx6.jpg
Foto - Hostel Hunting


Padi dan pantai. Dua-dua ini anda boleh dapat jika bercuti di Sekinchan dan ia amat berbaloi selain tidak memerlukan perbelanjaan besar.


Tetapi sebelum anda mahu ke sini sila pastikan ia musim menuai kerana musim menuai adalah yang paling sesuai untuk melihat keindahan padi yang menguning.


Waktu yang dicadangkan adalah antara Mac hingga Mei dan September ke November kerana masa ini padi sedang menghijau dan menguning. Ambil gambar mesti gempak okay.


Oh ya selain padi anda juga boleh ke pantai dan ia adalah Pantai Redang yang mana anda boleh berkelah serta menikmati makanan laut di restoran berdekatan. Nak cari restoran boleh google kerana banyak yang menawarkan pelbagai makanan laut untuk dicuba.


Budget: RM50 seorang (jika berkongsi kereta dan tidak bermalam)


4) Melaka


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/12/223956bks2wwdnzcjcbss9.jpg
LFoto - Hostel Hunting


Bandar yang penuh bersejarah ini pasti berbaloi untuk berkunjung bersama kawan-kawan.


A Famosa, Muzium Maritim, Jonker Street dan banyak lagi anda boleh pergi jika luangkan masa dua hari satu malam di sini. Keindahan malamnya juga tidak mengecewakan serta kelazatan Asam Pedas Claypot yang sering penuh dikunjungi pelanggan.


Tak cukup daripada itu banyak lagi makanannya dan antaranya adalahkedai-kedai di Jonker Street, gerai-gerai di Jonker Street, Klebang Coconut Shake, Satay Celup, makanan Baba Nyonya, chicken rice ball dan banyak lagi.


Bajet: RM100-150 seorang (berkongsi kereta dan penginapan)


5) Tadom Hill Resort

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/12/224001eoszfpecxef0tfeg.jpg
Foto - Hostel Hunting


Dikelilingi 40 ekar bukit batu kapur dan tasik, resort ini merupakan antara lokasi yang terselindung daripada kesibukan di bandar.


Tadom Hill menyediakan pelbagai pilihan penginapan untuk anda seperti Bamboo Hut, Hammock Spheres, Lakeside Tent Sites, Garden Tent Sites dan Gendui Chalets. Struktur banggunan di sini kebanyakkannya dibuat daripada buluh.


Aktivitinya pula ada bermacam-macam pilihan dan uniknya ia dibahagikan mengikut kawasan seperti kawasan Tandom Groove dan Tandom Base. Tempat ni sesuai untuk aktiviti berkumpulan seperti dengan rakan-rakan dan keluarga.


Bajet: RM50-100 seorang (2 hari 1 malam)


Jadi, agak-agaknya mana satu destinasi pilihan? -CARI

pearl.silver Publish time 17-1-2018 11:44 AM

Student xmain la pi sekinchan segala ni...
At least krabi xpun lombok
{:nose

prettyuglybabe Publish time 17-1-2018 11:49 AM

apa barang cuti dalam negara..
now everybody can fly maaaaaaa..
ada rm200 boleh sampai jepung tau..
pastu boleh up post kat group :lol::lol:

Artemesiaa Publish time 17-1-2018 12:37 PM

Ya ler theols nak gi ke tempat2 sebegitu yang pastinya paling kurang mereka prefer paling kurang ke negara2 di Asia Tenggara

pinkpunk Publish time 17-1-2018 04:12 PM

yg sekinchan tu mcm best.. xpenah smpai lagi

masmelon Publish time 17-1-2018 04:29 PM

yg no 2 nmpk menarik jekkk

ninja boy Publish time 17-1-2018 09:19 PM

zaman dulu2 cuti sem terus ikut kawan2 balik kampung diorg balik kedah la kelantan la perak la lahap durian mancing udang lahap etok makan ketam budu sambil jln2

RatuDunia94 Publish time 18-1-2018 02:03 AM

Dulu zmn study pernah buat trip ke utara (perlis, kedah, penang, perak) dgn mber2. Just bajet sorang RM300 jah..

greantea Publish time 23-1-2018 07:31 AM

me dok melaka, mmbr dari luar dtg tanya melaka ape best? me ..... krik....krik....krik..................

Peterpan17 Publish time 23-1-2018 11:37 AM

Apa barang cuti ke Taman Negara 2 hari 1 malam?? Apa yg korang blh buat dgn 2 hari 1 mlm di sana?? Aku ni dulu tiap tiap minggu kena gi Tmn Negara bertugas. Penat saja lebih klu buat 2 hari 1 mlm. Nak jimat pun bertempatlah.

Peterpan17 Publish time 23-1-2018 11:38 AM

prettyuglybabe replied at 17-1-2018 11:49 AM
apa barang cuti dalam negara..
now everybody can fly maaaaaaa..
ada rm200 boleh sampai jepung tau. ...

hahahaha!! kan. tp bila di check, rupanya merempat tido merata kat masjidlah, couch surfinglah. pastu berak kat sinkilah. Menyampahnya aku org camni. Klu budget sikit, travel dlm Msia sajalah. Gatal nak keluar negara gak.

Rainsack Publish time 31-1-2018 11:56 PM

Skeping serendah memang best

beeeee Publish time 1-2-2018 11:21 AM

Rainsack replied at 31-1-2018 11:56 PM
Skeping serendah memang best

Apa aktiviti kat sekeping serendah? Chill je eh amek mood kehijauan?

Rainsack Publish time 1-2-2018 05:28 PM

Hehe mostly lah

Adakah? Publish time 10-3-2018 10:02 PM

Rainsack replied at 31-1-2018 11:56 PM
Skeping serendah memang best

Explen lg please ape yg best kat sekeping serendah tu?iols ade la bace2 review bgtau mlm2 byk nyamuk and bedsheet cm lembab and gatai2 bile guna tido..one more thing, tmpt ni muslim friendly tak?

Rainsack Publish time 7-1-2019 12:05 AM

Kan. Concept je kot

sheila_cojjee Publish time 7-1-2019 02:31 PM

dlm msiapn mnarik ape hihi

lurve82 Publish time 21-1-2019 11:45 AM

dlm msia best la..last week aku g klate..klate ni unplanned...dh 15 thn xpegi klate..best jjcm...lpas ni nak jjcm g perlis lak la...tp xtau lg ble...cuti semua dah ada plan...

ciklily69 Publish time 23-1-2019 12:25 PM

Sekeping serendah awesome!
Pages: [1]
View full version: Duit Tak Banyak Tapi Gatal Nak Berjalan? Nah, 5 Lokasi Bajet Khas Untuk Pelajar


ADVERTISEMENT