Cari-Has Publish time 16-1-2018 12:51 PM

Sering Sakit Kepala? Berhenti Makan Panadol, Cuba Cara Ini Pula!

Aduh! Sakit kelapa sering mengganggu kehidupan anda? Setiap orang tidak terlepas dari penyakit ini. Tetapi, pernahkah anda terfikir cara untuk menghilangkannya tanpa mengambil ubat? Nah, di sini ada caranya seperti dipetik dari Sirap Limau.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/11/072737avamwq8vayv0vz0w.jpgFoto: EstiloySalud.com






Bagaimana nak hilangkan sakit kepala tanpa ubat?




1) Limau Kasturi


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/16/123913szdblmbbdjal3wqq.jpgFoto: Organic Facts




Guna limau kasturi? Ya, caranya adalah dengan memerah limau kasturi dan lumurkan pada kepala anda sambil mengurut di bahagian yang dirasakan sakit.


Eh, kulitnya jangan dibuang dulu! Campurkan kulit limau ke dalam bekas berisi air sebelum dijiruskan ke badan dan kepala. Cubalah, mana tahu ia mungkin berkesan.




2) Pek ais atau kain basah


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/16/124323v02xfkz102n57nqq.jpgFoto: iStock




Letakkan pek ais di kepala selama lima belas minit ketika berbaring. Anda mungkin akan berasa sedikit kebas, tetapi rasa sakit kepala akan berkurangan kerana ia dapat mengecutkan saluran darah, seterusnya mengurangkan pengaliran darah ke kepala bagi mengurangkan tekanan. Cubalah ya! Mujarab barangkali?



3) Air panas


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/11/072300kyu8gjwn2i9zuuaw.jpgFoto: Ziyimall.com




Rendam kaki anda di dalam bekas berisi air panas selama tiga puluh minit. Dengan cara ini, ia dapat menarik pengaliran darah ke bahagian bawah badan dan juga mengurangkan tekanan di kepala.




Jika anda acap kali mengalami sakit kepala teruk, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin. Semoga info ini bermanfaat. - CARI

qistiena Publish time 16-1-2018 02:31 PM

yang ais tu selalu buat..memang lega kejap...

sitihafiz Publish time 16-1-2018 02:41 PM

Sya selalu sakit kepala..mmg panadol...tp jumps 1 tips ni..minum air byk2..mcm sya, sya minum air mineral tapi mmg berkesan...tp lepas Tu Kerap pegi toilet...huhu...berkesan

skinskin Publish time 16-1-2018 06:14 PM

tengs nk cuba mlm ni

estrelle Publish time 16-1-2018 08:47 PM

I memang tak suka makan ubat.Kalau pening ketuk halia dan masuk dlm segelas air panas then minum.Sangat2 lega sebab terus sendawa.i pening biasanya berpunca dari perut kosong masuk angin.

masmelon Publish time 17-1-2018 10:54 AM

oooh nak try yg ais lahhh

ariean Publish time 19-1-2018 11:40 PM

thanks.. x tau plak ade petua yg senang..
blh la try nnti.
selama ni terpaksa mkn ubat penahan sakit..{:fainto

p/s: nk tye, korg bila sakit kepala, ade rase lenguh2 x kat leher?

friedfishsoup Publish time 20-1-2018 10:56 PM

ariean replied at 19-1-2018 11:40 PM
thanks.. x tau plak ade petua yg senang..
blh la try nnti.
selama ni terpaksa mkn ubat penahan sak ...

yes usually leher rasa tegang sgt. sakit. so selalu amik minyak urut and urut2 kat tengkuk.
then stop tgk phone. tu pun punca sakit kepala

friedfishsoup Publish time 20-1-2018 10:57 PM

cuba makan pisang, epal hijau

friedfishsoup Publish time 20-1-2018 10:59 PM

and makan nasi dengan ikan goreng ke, sup ikan ke. in shaa allah membantu

ariean Publish time 20-1-2018 11:19 PM

friedfishsoup replied at 20-1-2018 10:57 PM
cuba makan pisang, epal hijau

thanks. pisang ok, epal hijau x suka, masam...
mak penah urut kat tapak tgn utk lenguh2 kat tengkuk tu tp i duk jauh ngn famili, terpaksa tanggung sendiri..{:decideo

iloveselangor Publish time 23-1-2018 12:50 AM

estrelle replied at 16-1-2018 08:47 PM
I memang tak suka makan ubat.Kalau pening ketuk halia dan masuk dlm segelas air panas then minum.San ...

Sama la kita sis...tapi i pakai serbuk halia....

Memang tak makan panadol.

Mary_jane Publish time 31-1-2018 09:12 PM

Bila sakit kepala tak tertahan, mak urut kat lengan. Berkesan tapi lebam2 lengan dibuatnya. :laugh3:

biozipstar Publish time 13-2-2018 02:26 PM

kalau aku.. aku tidur... sakit kepala hilang juga..

balakkampung Publish time 17-2-2018 03:42 PM

tq tt....perkongsian yg sangat bagus...

nadna Publish time 17-2-2018 09:39 PM

Hari tu sakit kepala teruk sangat,cuba bekam.Alhamdulilah tahan sampai sekarang
Pages: [1]
View full version: Sering Sakit Kepala? Berhenti Makan Panadol, Cuba Cara Ini Pula!


ADVERTISEMENT