VespaSilbe Publish time 13-1-2018 01:37 AM

MIL ai tak suka ai, dgn anak2 ai tak suka. Sebab ai tak putih dan tak kerja. Sebenaqnya dia nak anak dia kawen ngan org Ipoh je. Senang nak kontrol.

becir Publish time 13-1-2018 04:49 AM

My mil sgt2 baik..kalau balik rumah dia selalu je Tanya lapar ke, nak makan Tak? And me in return, selalu offer urut badan dia..I noticed kalau dia nampak I menyinga ngan anak dia, cepat2 dia cakap untung I kawen laki I tu, dalam byk2 anak dia laki I Paling baik (walaupun hakikatnya)...pfttt!!!!

nishikido Publish time 13-1-2018 06:09 AM

My mil pon sangat baik.. motherly sesangat.taaaapi kalau I gaduh ke hapa dengan anak dia,buta2 dia menangkan anak dia walau sah2 salah laki i..mak mertua tetap mak mertua,takkan sama dengan mak sendiri..menantu tetap menantu,baik lah macam mana pon tetap dianggap orang luar.tu lesson yg I belajar sepanjang kahwin ni.hidup tak boleh share sangat,duduk jangan serumah biar kekal wangi and jangan complain apa2 pasal ank dia dekat mil..gap tu harus ada walaupn depan2 macam bff forevah..lulz

zu_nia Publish time 13-1-2018 08:53 AM

MIL iols baik,ok jea even kdg2 biasa la human being not 100% perfect but so far ok la x de la terasa stress macam sesetengah orang hehehe..Alhamdulillah and meols layan jea la. Bsyukur la dapat MIL macam dia sbb i know betapa hazab nya dapat MIL macam my nenek ikut pengalaamn my mom. So ok2 jea.

onexox97 Publish time 13-1-2018 09:25 AM

hubungan saya pun tegang dengan mil, dengan fil pun sama, biasalah hidup ni kena ada improvement, hari esok lgi baik dari hari ini, jadi saya banyak komplen pasal anak dia yg pelik2 tu, tapi semua ditepis dan di justify oleh depa, sekarang raya je pergi, kalau balik kampung dengan anak2 suami tak balik, memang tak pergi la ke sana, kalau suami balik sekali saya pos je anak2 dengan suami, saya tak kisah orang nak cakap apa, cakap la ada aku kesah, kenapa saya tak pergi sebab satu saya nak duk rumah mak ayah saya, seme kos atas jalan saya keluarkan so saya nak duk rumah mak ayah saya, kedua saya tak suka orang tegur tegur pasal anak saya, anak saya lasak, takkan nak salahkan keturunan saya pulak, ayat depa malu ada cucu macam ni, cucu org lain x macam ni , so kalau anak2 melasak rumah depa kena komplen ke kena kutuk ke ai tak dengar lagi satu nak tunjuk kat depa cara anak depa jaga anak, jaga la sangat

noraidil_06 Publish time 13-1-2018 09:34 AM

onexox97 replied at 13-1-2018 09:25 AM
hubungan saya pun tegang dengan mil, dengan fil pun sama, biasalah hidup ni kena ada improvement, ha ...

Errr akk mintak petua berbaik2 sayam.bkn petua marah2 mil.petua marah2 mil tu kemahiran akk.kikiki.but tq anyway

onexox97 Publish time 13-1-2018 09:44 AM

noraidil_06 replied at 13-1-2018 09:34 AM
Errr akk mintak petua berbaik2 sayam.bkn petua marah2 mil.petua marah2 mil tu kemahiran akk.kikiki ...

owh yg baik2

ni saya buat sebelum marah2 dulu la

balik kampung ajak laki jenguk mak dia walo laki xmahu

tanggung kos balik kampung jumpa mak ayah dia

belikan buah hati walaupun mertua dah kaya

selalu layan sembang borak

kalau dia tegur jangan menjawab angguk je jawab dalam hati

kalau anak dia buat salah jangan mintak mertua tegur, diam2 je makan hati insya allah mertua okes

nati saya ingat saya sambung balik

noraidil_06 Publish time 13-1-2018 09:45 AM

onexox97 replied at 13-1-2018 09:44 AM
owh yg baik2

ni saya buat sebelum marah2 dulu la


Hahahhaahha.smbg tau.hok molek2 je

moonbug Publish time 13-1-2018 11:20 AM

onexox97 replied at 13-1-2018 09:44 AM
owh yg baik2

ni saya buat sebelum marah2 dulu la


Hehe comel la sis onexox ni. Buah hati tu buah tangan kot :$

moonbug Publish time 13-1-2018 11:53 AM

MIL saya jenis open minded, tak campur hal rumahtangga anak menantu. Cuma walau dah dekat 10 years kawin still rasa tak boleh serapat dgn mak sendiri. Tak pernah mengadu masalah pun dgn MIL. Tunjuk yg baik2 saja. No such thing as berkongsi cerita suka duka. Bukan berlakon tp mmg dah biasa mcm tu, yg buruk2 simpan sendiri. Mungkin sebab we are childless so tak byk benda yg common interest dgn MIL sbb dia suka budak and sgt manjakan cucu2 so bila kami yg balik mcm takde apa sgt nak cerita sbb dia suka cerita pasal keletah cucu huhu. But she never asks me about anak which is good of her. Tak pernah hint or perli. Tak pernah bring up the topic pun. So sampai sekarang mmg we are always civil with each other, not close but not problematic either which is good enough for me.

Nak share sikit tips yg boleh kita sama2 apply for a healthy relationship dgn MIL:

1. Setiap kali lepas solat sedekahkan surah Al Fatihah utk parents and parents in law kita. Niatkan supaya Allah eratkan kasih sayang dan silaturrahim kita dgn mereka. Zikir Ya Latif (Yang Maha Lembut) byk2 supaya Allah lembutkan hati kita, MIL/husband/anak etc. Ni zikir pelembut hati, niatkan nak lembutkan hati siapa. Bkn utk pakwe ye :P

2. Selalu ajak husband balik visit MIL. Walaupun husband mmg akan balik kalau kita tak ajak tp biarlah nampak effort tu dtg dari kita, sejuk hati husband sejuk juga hati MIL bila husband kita ckp "Minah ajak balik tgk mak, dia ada beli pekasam favorite mak". Let it be known between them yg kita ni selalu ingat kat si MIL.

3. Cuba ingat dan take note kalau MIL sebut apa2 yg dia suka atau teringin. Kalau ada rezeki lebih boleh belikan atau kalau makanan boleh try masakkan. Lantaklah tak sedap mana tp janji effort tu ada. Selalunya benda kecik2 je org tua suka atau teringin.

4. Bila nak pegi visit MIL tu, bwklah buah tangan yg dia suka. Kalau dia suka buah kiwi, setiap kali balik belilah buah kiwi. Ambil hati dia

5. Balik rumah MIL, masuk dapur. Tak reti masak takpe. Tp paling2 mesti tlg cuci pinggan mangkuk dlm sink. Sekali pun takpe janji dia nampak kita tolong. Kalau MIL masak ringankan mulut tanya nak tolong apa, tolong kacau kuali je pun takpe.

6. Bila balik visit, selalukan tanya MIL barang dapur apa yg tak cukup, ada benda nak beli tak? Nampaklah kita caring, fikir kebajikan dia. Walaupun PIL ada boleh beli barang dapur, tp MIL mesti happy anak menantu tolong topup barang dapur walaupun setakat pencuci pinggan dgn gula sekilo. Ni kebahagiaan mak2 yg kita maybe rasa benda kecik.

6. Jgn cerita buruk anak dia aka husband kita kat MIL. Yg baik2 je cerita. Yg buruk simpan sendiri. Bila kita buka cerita buruk suami kat MIL, it gives the impression yg kita ni kaki cerita buruk org kat org lain. Silap2 MIL fikir belakang dia kita cerita buruk pasal dia kat sapa2 pulak. Lagi satu jgn cerita buruk pasal anak2 atau menantu dia yg lain kat MIL. Buruk mcm mana pun, biar dia dengar dari mulut org lain dan bukan dari mulut kita. Jaga mulut jaga hati. Apa pun jadi kemudian hari, at least MIL takde point nak ckp kita ni kaki mengumpat ke kaki menyampai ke kaki gossip. Biarlah kita ni ambik pendekatan berkecuali walau dlm hati membuak2 nak bergossip, better gossip dlm forum ni je :$;P

Oklah lapar kejap membebel panjang2. Nak gi korek fridge jap. Nanti kalau rajin sambung ok. By the way, good topic kaka, seronok baca different insights {:1_509:}

moonbug Publish time 13-1-2018 11:55 AM

Oh and congrats sis Nor dah jadi momod {:1_152:}

allhaillll Publish time 13-1-2018 12:33 PM

Dollyzzzz replied at 12-1-2018 09:55 PM
Yep. ..10thn. ..makan minum pakai semua iol uruskan...mil mmg hanya dok umah je. ....husb anak l ...

i tahun tahun pertama i sgt mkn hati yach. apa dia ckp, apa dia buat i telan sorang sorang. sampai i dlm pantang pun hampir meroyan sbb kata kata dia. lepastu i takleh diam dah. apa dia buat i gtau hubby at least hubby tau cerita dari 2 2 pihak since she apa apa pun ngadu kt hubby. nangis takyah cerita la sampai sekarang pun nangis hohoho

allhaillll Publish time 13-1-2018 12:35 PM

VespaSilbe replied at 13-1-2018 01:37 AM
MIL ai tak suka ai, dgn anak2 ai tak suka. Sebab ai tak putih dan tak kerja. Sebenaqnya dia nak anak ...

u tak kerja sebab? i pun housewife jugakk

allhaillll Publish time 13-1-2018 12:36 PM

onexox97 replied at 13-1-2018 09:25 AM
hubungan saya pun tegang dengan mil, dengan fil pun sama, biasalah hidup ni kena ada improvement, ha ...

hugs and kisses for u. i really understand hehe

allhaillll Publish time 13-1-2018 12:39 PM

btw bos i dulu tau la ketegangan i dengan MIL. so she advice i utk belikan brg brg untuk MIL. kalau pegi mana mana, belila souvenir untuk she. tanda peringatan gituh

noraidil_06 Publish time 13-1-2018 01:24 PM

moonbug replied at 13-1-2018 11:53 AM
MIL saya jenis open minded, tak campur hal rumahtangga anak menantu. Cuma walau dah dekat 10 years k ...

Such a good sport u r.sgt positive.kaka suke bc.warm my heart. If only m not level headed at that time.

Tq for the wish.kaka blm reti tabur2 tacang.so terimala tacang dr kaka ye.kikiki

lumie Publish time 13-1-2018 01:38 PM

My MIL bias layan ank menantu. As my husband and i bkn their (PIL) favourite, so most of the time i buat hal sndiri je. Time blk kg, blk. Time msk, tolong. Nk manja2 smua tu takde. Tp my husband dgn my mum, manja and rapat. Untung kt dia lahh..And i ni menantu moden cket berbanding menantu yg lain. Bukan lah moden pakai sexy2 tu. Cuma jenis berfesyen sikit lah. Penah kena tgur ng MIL, suh i pakai kain (baju kurung, kain batik) instead of seluar (jeans, or any kind of seluar) I senyum je. It doesnt make sense, i feel. So ignore kan je.

cempakaa Publish time 13-1-2018 02:10 PM

MIL plak semua bukan menantu pilihan. Taktau dia nak menantu jenis camnetapi balik kg pun jarang2 so okay je la. Cuma dia suka compare.

Oroi8887 Publish time 13-1-2018 02:52 PM

Hai TT... Mcm sy ni tak friendly sgt tapi sy suka masuk dapur teman MIL walaupun tak reti sgt masak. Hahaha.

Then tiap kali balik rumah MIL, sy blajar masak dgn dia, tlg basuh kain... Tlg cabut rumput kt pasu bunga ;P ..gitu la iols merapatkn hubungan dgn mil. Hehehe. Alhamdulillah setakat ni hubungan ok2 saja

VespaSilbe Publish time 13-1-2018 04:18 PM

Dah buat semua ok. Pergi mana pun tak pernah lupa MIL. Bertuahlah dpt MIL baik. Sis cuba bukan tak cuba. Sampai nak holiday pun tak bagi. Sis ghasa? Holiday rumah dia je ke? Anak ai tak pernah beli ape pun. Duit Raya pun tak sama okay. Motif? My mom pulak layan menantu lebih dari anak.
Pages: 1 [2] 3 4 5
View full version: Ibu Mertuaku, petua&tips utk menangi hati


ADVERTISEMENT