Cari-Ghafar Publish time 11-1-2018 05:08 PM

Duduk Hospital Gomen Tapi Nak Layanan Setaraf Lima Bintang? Boleh, Ini Caranya..

Perkhidmatan kesihatan kini semakin dinaik taraf dalam Malaysia dengan peruntukan untuk kebajikan kesihatan di bawah belanjawan tahun 2018 sebanyak 27 bilion iaitu sejumlah 9.5% peningkatan daripada belanjawan tahun 2017. Tapi bagi sesetengah hospital kerajaan, sistemnya lambat dan masih dalam proses penambahbaikan kerana manfaat tersebut harus dikongsi oleh 3.2 juta orang seluruh Malaysia. Jadi, berikut adalah cara nak cepat dapat rawatan dihospital kerajaan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/11/162023shxr7zz978g6klea.jpg
Sumber: zulcomz.blogspot.my


Kerajaan telah melancarkan satu skim yang dinamakan ‘Full Paying Patient’ atau FPP yang menyerupai hospital swasta pada kadar harga yang rendah kerana terdapat peratusan subsidi kerajaan di dalamnya. Ini bermakna, hospital kerajaan yang terpilih tadi akan memberikan perkhidmatan yang setimpal dengan bayaran dibuat oleh pesakit dengan harga yang murah. Seberapa murah? Sehingga 50% lebih murah dari hospital swasta.


Antara manfaat yang ditawarkan dibawah skim ini adalah:


1. Rawatan yang segera


Tidak perlu beratur dan mengambil nombor giliran sekiranya anda memilih untuk mengikuti skim ini. Anda boleh terus dapat rawatan dalam kadar segera selepas menunjukkan kad FPP kepada pegawai yang bertugas. Dah boleh selesaikan urusan tanpa perlu menunggu berjam-jam untuk menerima rawatan!



2. Harga yang murah


Ya! Anda hanya perlu membayar separuh dari kebanyakkan bil perkhidmatan hospital swasta di Malaysia. Ini kerana perbelanjaan untuk skim FPP ini telah diberi subsidi oleh pihak kerajaan atas usaha membeli pilihan kepada rakyat. Ia juga adalah usaha kerajaan untuk menarik lebih ramai doktor pakar untuk berkhidmat dengan hospital kerajaan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/11/162022wpmdxvkpqavvxpvq.jpg
Foto: jommasukkolej.com


3. Pilihan rawatan pakar


Para pesakit diberikan pilihan untuk menerima doktor pakar dari bidang mereka. Tiada satu doktor pelatih, Pegawai Perubatan Siswazah atau pelajar perubatan merawat dan melakukan sebarang prosedut seumpamanya ke atas pesakit. Ini adalah polisi yang diambil dari garis panduan FPP yang telah diwartakan. Semua pakar akan uruskan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/11/162023yqjqiejoojioqa7l.jpg
Foto: rayyanqusyairi.blogspot.my


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/11/162023k00szp44qp9o996z.jpg
Foto: rayyanqusyairi.blogspot.my


4. Kemudahan infrastuktur dan perkhidmatan yang lebih baik


Anggap sahaja apa sahaja layanan kelas pertama anda akan dapat seperti wad kelas pertama dan wad eksekutif yang mengandungi pelbagai kemudahan yang terbaik. Antaranya katil sendiri dan tandas sendiri bersama TV dan bilik sendiri. Anda juga diberi pilihan menu masakan dari wad kelas pertama. Mana tahu, masuk hospital kurus, keluar nanti dah gemuk!


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/11/162022trl2edl2xl87727l.jpg
Dah macam hotel dah
Sumber: pamapedia.com


5. Ahli keluarga atau penjaga mempunyai ruang untuk menemani pesakit


Oleh kerana kemudahan bilik wad sendiri diberikan, ini juga memberi kemudahan kepada penjaga pesakit untuk berada 24 jam bersamanya. Agak sukar untuk mendapat kemudahan ini sekiranya bukan dalam skim FPP kerana para penjaga pesakit tidak dapat bersama-sama mereka 24 jam. Kebajikan penjaga turut diberi seperti kemudahan katil untuk tidur dalam wad itu. Nak bawa sekampung melawat pun tak ada masalah dah lepas ni.


6. Ada 17 perkhidmatan kesihatan boleh didapati dibawah skim ini


Para pesakit boleh menikmati perkhidmatan kesihatan terpilih dari 17 bidang kesihatan ditawarkan. Antaranya adalah:
1. Pembedahan umum
2. Perubatan umum
3. Obstetrics & Gynaecology
4. Orthopaedic
5. Ophtalmology
6. Paediatrics
7. Anesthesiology
8. Otorhinolaringology (Telinga, hidung dan tekak)
9. Dentistry (Pembedahan oral)
10. Psychiatry
11. Endocrinology (Kanak-kanak dan dewasa)
12. Endocrine Surgery
13. Spinal Surgery
14. Rhinology and Sleep medicine
15. Minimally Invasive Surgery
16. Endoscopy Gynaecology Surgery
17. Patology and Diagnostic Imaging

Jadi, siapa yang layak untuk memohonnya?


Hanya hospital Selayang dan Putrajaya yang menawarkan skim ini dan merangkumi 30% dari jumlah pesakit dalam sesebuah hospital, maka sudah tentu ramai akan beratur untuk mendapatkannya. Pastikan anda mendaftar awal untuk memasuki skim ini atau menghubungi 03-8312 4316 atau email di hpj_info@hpj.gov.my untuk tahu lebih lanjut.


Anda perlu membawa:


1. IC/ surat beranak/ passport
2. GL dari syarikat insurans atau takaful sekiranya ada
3. Bayar deposit
4. Surat rujukan dari klinik atau hospital lain jika ada


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/11/162022ra0diobg06gogwua.jpg
Harga FPP
Sumber: hpj.gov.my


Kebiasaannya pada bahagian deposit yang serendah RM 3000 atau 50% dari kos rawatan yang akan dilakukan, mana-mana yang tinggi nilainya, ramai orang bermasalah. Tapi ini adalah alternatif dari rawatan yang sedia ada. -CARI

irwansuhadi Publish time 11-1-2018 05:34 PM

boleh pakai medical card?

CiliPadiSedap Publish time 12-1-2018 03:04 AM

irwansuhadi: boleh pakai medical card?
Xboleh sebab hospital kerajaan masih belum jd panel insurans

noni165 Publish time 12-1-2018 02:03 PM

kalau pekerja gomen, xboleh pakai GL lah ye? kena bayar guna duit sendiri.

shernazz Publish time 13-1-2018 10:49 AM

Kengkawan iols ramai branak.kat putrajaya guna fpp neh..

onexox97 Publish time 13-1-2018 11:22 AM

noni165 replied at 12-1-2018 02:03 PM
kalau pekerja gomen, xboleh pakai GL lah ye? kena bayar guna duit sendiri.

ye

first class kerajaan tu beza dgn first clas fpp ni

onexox97 Publish time 13-1-2018 11:23 AM

shernazz replied at 13-1-2018 10:49 AM
Kengkawan iols ramai branak.kat putrajaya guna fpp neh..

dulu seorang je doktor perempuan kn

shernazz Publish time 13-1-2018 11:24 AM

onexox97 replied at 13-1-2018 11:23 AM
dulu seorang je doktor perempuan kn

Xpasti plak
Kawan kawan iols.nak.masuk fpp.neh sebab depa kena operate..so..senang depa kata..

soulmatte Publish time 13-1-2018 03:58 PM

kalau panel insurance boleh guna tak? nak lah yg murah..klu swasta ni pergi 3 kali visit dh habis 2-3 ribu

kroit92 Publish time 15-1-2018 10:09 AM

mak nak kena operate mata, cataract ni

berapa eh agak-agak :funk:

cikomek Publish time 13-2-2018 02:31 PM

Pernah guna fpp masa deliver 2nd baby kat selayang. Masa tu tau fpp utk beranak je. If nak buat buang gallstone ade ke?

sofiazara Publish time 18-2-2018 03:01 PM

indon kaya dan sporean kaya dtg balik hari utk jumpa doktor

while warganegara yg byr seringgit jumpa doktor 6 bulan kemudian

sila kaji balik fpp!!
Pages: [1]
View full version: Duduk Hospital Gomen Tapi Nak Layanan Setaraf Lima Bintang? Boleh, Ini Caranya..


ADVERTISEMENT