Cari-Hana Publish time 11-1-2018 12:25 PM

Takut Ibu Jadi Mangsa Rogol, Remaja Cipta Selipar Unik Ini!

Di kala kebanyakan remaja lain seusianya masih hanyut dalam keseronokan hidup, remaja lelaki dari India ini berjaya mencipta selipar yang mampu membuat penyerang lumpuh seketika. Dia melakukannya kerana bimbang ibunya menjadi mangsa rogol yang berleluasa di negara itu.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/11/114351kw338wioks1qayss.jpgFoto: India Times





Memetik India Times, Siddhart Mandala, 18, pernah mengikuti demonstrasi bersama ibunya setiap minggu bagi kempen anti pemerkosaan dan pembunuhan yang dilakukan sebuah puak pelampau ketika berusia 12 tahun.





https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/10/213427g99mz5lwa5m3lv93.jpgFoto: Foto: Chaibisket.com




Siddhart sangat takut dan prihatin akan nasib wanita tempatan di Hyderabad, India. Ini kerana fenomena pemerkosaan atau rogol yang boleh berlaku di mana-mana sahaja bagaikan sudah menjadi satu wabak di negara itu.




Selipar Electrik


Oleh itu, dia tekad dengan hanya menggunakan konsep fizik dipelajarinya ketika di sekolah dan sedikit kemahiran pengekodan, remaja terbabit mencipta selipar elektrik 'ElectroShoe' yang boleh digunakan para wanita untuk dijadikan senjata serta pelindung mereka dari menjadi mangsa kekejaman manusia gila seks.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/10/213452h5fkkvndvmv5amat.jpgFoto: kapilsharmafc.com




Selipar ini mampu membuat penyerang lumpuh seketika dan memberi kesempatan untuk mangsa kabur selain mampu menghantar isyarat terus ke balai polis mahupun ahli keluarga sekiranya diancam bahaya.




Macam mana nak mengaktifkan selipar ini?


Caranya amat mudah. Si pemakainya hanya perlu menekan suis pada selipar berkenaan sebelum menendang si pelaku. Kemudian, alat ini akan memberi kejutan dengan mengalirkan arus elektrik 0.1 Ampere (amp) sehingga boleh melumpuhkan penyerang buat beberapa saat.


Lagi banyak si pemakai berjalan, lagi banyak tenaga disimpan di dalam mesin tersebut.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/10/213456p7prxhyxgtzryxrh.jpgFoto: ksweekly.com




Kalis Air

Selain itu, Siddhart turut memperhaharui ciptaan prototaipnya dengan menambah ciri kalis air. Idea yang dihasilkan remaja ini mendapat pujian ramai. Malah, Menteri Pelajaran dan Timbalan Ketua Menteri Telangana, Kadiyam Srihari turut menganugerahkan penghargaan kepada Siddhart


Selain itu, Siddhart turut menubuhkan satu badan amal iaitu Cognizance Welfare Initiative (CWI) bagi meningkatkan kesedaran orang ramai berkaitan rogol.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/11/121706cbh3b7amrm07hz07.jpgFoto: The Better India




Siddhart kini mengumpul dana bagi menghasilkan lebih banyak ElectroShoe untuk dipasarkan ke serata tempat. Wah, mudah-mudahan ciptaan sandal ini berjaya melindungi semua wanita! Bila nak sampai ke Malaysia agaknya? - CARI

tom2 Publish time 11-1-2018 01:54 PM

Terbaikk. India memang bagus ciptaan

LostStar Publish time 11-1-2018 06:15 PM

kalau dah jual ni.. maw daku sambar satu.. demi keselamatan.. jangan 30 tahun lagi baru keluar kedai.. time tu daku pon da jadi nenek... hehe

cempakaa Publish time 12-1-2018 01:53 PM

orang india dengan bangla ni memang power betul bab2 cipta barang. tapi tu la negara susah

chinta89 Publish time 14-1-2018 12:43 PM

wahhh kreatif

otai_g Publish time 12-2-2018 11:15 AM

Kesusahan akan buat manusia jd lbh kreatif

Artemesiaa Publish time 12-2-2018 12:48 PM

Kreatif jugak ideanya tapi kena kaji lagi ciri2 keselamatan untuk pengguna
Pages: [1]
View full version: Takut Ibu Jadi Mangsa Rogol, Remaja Cipta Selipar Unik Ini!


ADVERTISEMENT