Cari-Has Publish time 11-1-2018 11:20 AM

Bau Epal Hijau Kurangkan Stres? Tak Percaya, Cubalah!

Hishh! Kalau dah stres, memang semua benda akan jadi tidak menentu. Buat ini salah, buat itu pun salah! Semua serba tidak kena, kan? Malah, stres melampau juga tidak baik untuk jantung.


Nah! Di sini ada cara yang dikongsikan Maskulin.com bagi menghilangkan stres.






https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/10/230838ej68ujz731k6e8jp.jpg
Foto: Joshmberman.wordpress.com




1) Bau buah epal


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/10/230836ew8i9pk8rh8ftiwi.jpg
Foto: Imageswiki.com



Eh, biar betul aroma epal hijau dapat menenangkan? Kajian mendapati, menghidu bau buah epal dapat meredakan tekanan dan sakit kepala. Bukan setakat stres sahaja, ia juga baik untuk penghidap migrain kronik.




2) Meletupkan Belon

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/10/230836x1f7y7f41fmjdub4.jpg
Foto: Maskulin.com.my



Siapa pernah buat cara ini ketika perasaan tertekan? Pasti dah biasa dengar, tapi belum cuba lagi kan? Jadi, tunggu apa lagi! Siapkan belon untuk diletupkan setiap kali anda stres. Mungkin mujarab buat anda, siapa tahu?


3) Melukis/mewarna menggunakan jari

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/10/230838rdfn6j3ej1bgnfnd.jpg
Foto: Tebyan.net



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/10/230839v4xoohkh4gmhergs.jpg
Foto: Blog.Sina.com.my





Guna jari? Bukannya menggunakan pensel ataupun pensel warna? Ya, betul tu! Dengan menggunakan jari juga dapat melepaskan perasaan marah itu sebab ia lebih dekat dengan fikiran di kepala kerana pergerakkan menjadi lebih cepat apabila menggunakan jari.




4) Urut Telinga

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/10/230836qn1y00zhjhppt740.jpg
Foto: Laowaisha.ru




Ia dapat mengurangkan hormon yang membuat anda stres dengan memberikan ketenangan. Jadi, selepas ini bolehlah mulakan mengurut telinga di saat mengalami tekanan, ya!


Walaupun stres sinonim dengan perkara buruk, ia mempunyai kelebihan tersendiri. Cuba bayangkan jika tidak wujud tekanan di dalam hidup anda, pasti semua kerja akan ditangguh, bukan?- CARI

mdhelmi Publish time 11-1-2018 12:50 PM

aku dgr rock kapak utk hilangkan stress

BlueRose99 Publish time 26-12-2018 09:51 AM

Betul tu!

Walaupun berbunyi sangat pelik, menghidu epal hijau boleh mengurangkan sakit kepala dan melegakan tekanan.

Kajian menunjukkan bahawa penghidap migrain kronik yang menghidu aroma epal hijau melaporkan bahawa kesakitan mereka berkurangan.

Hebatkan?!
Pages: [1]
View full version: Bau Epal Hijau Kurangkan Stres? Tak Percaya, Cubalah!


ADVERTISEMENT