cikrosienona Publish time 11-1-2018 06:32 PM

Edited by cikrosienona at 11-1-2018 06:35 PM

Ok maybe TT tgh down pasal BF tak nak kawen and rasa susah nak cari lain lepas dah putus. apa kata kita kasi cadangan kat TT mcm mana dia nak cari suami?

I mulakan

1) TT daftar baituljannah, isi profile and cari kat situ
2) TT cari kat tinder (utk hilangkan boring) tapi i x recommend sbb byk yg main2 kat sini je
3) Join gym cari kat gym

lagi satu TT i nak ckp reality nye ialah lets say u dh break dgn BF u and x dpt lagi pegganti.. u mmg akan sunyi sbb dh biasa ada dia tapi stay dgn ur BF kalau dia xnk kawen pun menyeksa diri u..
so lg satu yg TT boleh buat ialah..TT stay je ngan BF tapi start cari org lain at the same time utk TT kawen. so nnt TT xdelah rasa down lama sgt and at the same time dh ada pengganti boleh kawen. ok tak cdgn i? hihihi


green~tea Publish time 11-1-2018 06:34 PM

Edited by green~tea at 11-1-2018 06:35 PM

TT, boleh tak cari lain? Bukak dulu option tu.....

Kes iols terbalik.. iols 30++++ bf 20+ tp heols yg paksa nak kawen this year... meols tak ready sbb dia kerja blom stable meols takmo pelihara biawak :$:$:$

Lebih baik meols maintain financially independent jalan2 travel the globe dgn girlfriends... ;P kengkadang je meols bawak anak travel, sbb bawak anak kos tinggi nak kena sponsor penjaga lg ikut skali :sweat3:

dory.thefish Publish time 11-1-2018 06:48 PM

biar lambat kawen dari tersilap kawen tt. bf xready lagi jgn paksa nanti banyaaakkkkk mslh bakalan jadi. da 6 tahun bercinta buang masa tt je kalau bf tu msh xnk serious to next level. angkat kaki jela tt.

ayorsuam Publish time 11-1-2018 06:49 PM

Cece1234 replied at 11-1-2018 02:51 PM
Kesiannya abgmu tu..14 tahun xleh move on..why oh why..

Aku tengok pun kesian. Penah dulu masa arwah ayah aku sakit dok spital berbulan2, uncle sebelah katil perhatikan abang aku (a few weekends abang aku tunggu ayah kat spital). Dia heran tak penah sekali pun abang aku usha nurses @ doctors muda. Later uncle tu cerita kat mak aku.

Aku pun dah tak larat nak saspek abang aku dah tak straight ke apa ke. Aku akui jodoh kami adik- beradik memang lambat giler. At least aku ni ada jugak usaha nak kenal2 orang. Cam abang aku, memang stop terus lepas ex-gf dia kawen.

Kami ada mintak perawat tengok2 kan abang aku. Katanya, ex-gf abang aku pasang 'hijab', supaya abang aku tak nampak ppuan & vice versa. Entahlah. Aku diskas benda ni dengan abang aku, dia cakap R takkan buat dia gitu. Aku pun tak rasa R sanggup. Entahlah

ayorsuam Publish time 11-1-2018 06:57 PM

sleepwalking replied at 11-1-2018 03:22 PM
Kesiannya abang kauBetul juga couple lama-lama tak semestinya kita end up kahwin dengan orang...

Aku dah 40 tahun ni. Just as single as you are. Just as hopeful macam aku start mencari umur 23 tahun dulu.
Aku dah banyak kali buat kerja2 angkat kaki TT. Most times, it had to be done.
Sakit memang sakit, tapi awal2 je. Lepas tu kita akan OK.
Senang je TT, Snip! Snip! Siap! Hehehe

ayorsuam Publish time 11-1-2018 07:04 PM

armin replied at 11-1-2018 04:11 PM
Best pulak baca. So kenapa R tinggalkan ur brother? Sbb ur brother tak ready kahwin lagi? Mesti se ...

Yes, depa break sebab R nak kawen before turning 30.

ayorsuam Publish time 11-1-2018 07:05 PM

noraidil_06 replied at 11-1-2018 05:25 PM
I have seen man yg x blh move on.kesian tp kite blh buat ape?

Doa, doa & doa je sis. Iols teringiiinnnnn sangat nak ada kakak.

noraidil_06 Publish time 11-1-2018 07:06 PM

ayorsuam replied at 11-1-2018 07:05 PM
Doa, doa & doa je sis. Iols teringiiinnnnn sangat nak ada kakak.

Mksd teringin ade kakak tu ape ye? Ok faham. Doa lah mcm u dh buat skrg.

munchkin Publish time 11-1-2018 07:27 PM

Dari u stay on baik u move on takkan nak tunggu 6 tahun lagi? 6 tahun too long kot

AbukRokok Publish time 11-1-2018 07:54 PM

sleepwalking replied at 11-1-2018 12:45 PM
Baik kak, saya faham.
Dan saya akan cari buku tu secepet mungkin untuk jadi the ultimate bitch.
interesting.. wonder how bitchy you can be? :drool3:

doubleA Publish time 11-1-2018 09:01 PM

Memang buang masa. Cukup la 6 tahun ko dah bazirkan tak reti sayang diri sendiri? Keluar la dari relationship tu. Age is just a number. How you shape your life, bahagiakan diri sendiri, buat kebaikan utk bekalan dunia akhirat, itu lebih penting. Ada je orang kenal sebulan dua terus kawen. Maknanya dua2 dah ready. Pergi kejar bahagia sendiri. Ko yang letakkan diri ko dalam ‘penjara’, selagi ko tak bagi peluang kat diri sendiri, hidup dalam indenial la ko. Why don’t take a step move-on dari bazirkan lebih banyak masa

captainQUE Publish time 11-1-2018 10:04 PM

Rasanya dr cara dia u da tau kan jawapan dia? Xpayah nak peningkan kepala fikir pasal lelaki mcm tu. U pn dah cukup matang utk fikir kebaikan dan keburukan kan. Klu lelaki tu mmg berhasrat nak jdkan mana2 pasangan dia tu sebagai isteri, bila dah kena tanya mcm tu xdenya dia mengelak.
X payah nak serabutkan kepala tu fikir pasal andartu semua tu. Bukannya masuk neraka pn kalau xkawin kan, tu semua anggapan org je. Bkn semua org yg kawin tu bahagia tau, byk je yg ada masalah tersembunyi yg kita xnampak. Yg paling ptg diri u, apa u nak dlm hidup. Mesti u nak gembira kan? Sapa nak makan hati? Klu single buat u lg happy dr ada couple tp buat sakit kepala baik xpayah. Cuma ye la fitrah manusia kan nak disayangi dan menyayangi.
Apa2 pn semua tu qada dan qadar dr Allah swt. U dah usaha, dah kawan lama, dah tanya pasal kawin tp dia kata no kan. So stop. Cukup. Kalau u rasa x cukup jg, buat istikharah, minta pentunjuk dgn Allah swt. Jgn pernah takut dgn gelaran andartu, ramai je zaman skrg ni perempuan yg xkawin lagi.

onexox97 Publish time 11-1-2018 10:54 PM

sleepwalking replied at 11-1-2018 12:24 PM
Aku redha jadi andartu sampai mati kalau itu jalan hidup aku. Cuma aku terkilan sebab buang masa c ...

jangan la putus asa awal sangat
cuba dan cuba lagi

fgsp Publish time 11-1-2018 10:54 PM

i tau deep down inside u know whats really going on. things will get better for you insyallah. hugssssss!

onexox97 Publish time 11-1-2018 10:57 PM

sleepwalking replied at 11-1-2018 01:14 PM
Perempuan semakin tua, semakin rendah fertility rate, tenaga dan rupa. We can't deny the fact that ...

taklah
masa saya daftar anak darjah satu saya jumpa ramai muda2 saya berbisik dalam hati untungnya kawen awal, muda2 anak dah darjah satu
sampaila saya jumpa pompuan ni, nampak sebaya, halus kurus je, kalu dia tak bagitahu tak tahu umur dia 40 , lagi la untung 40 tahun pun awet muda
so tt buat je usaha dapatkan jodoh
insyaallah Allah bagi terbaik

makita Publish time 11-1-2018 11:04 PM

Lelaki kalu syg kt kite....dia akan sudahi dgn akad. Cepat2 dia nak halalkan hubungan. Gunung pon dia sgup buat hiway semata2 nak idop dgn bakal bini dia.

terma2nkondisi2 Publish time 11-1-2018 11:18 PM

green~tea replied at 11-1-2018 06:34 PM
TT, boleh tak cari lain? Bukak dulu option tu.....

Kes iols terbalik.. iols 30++++ bf 20+ tp heol ...

Huntonggg laaa.. dpt pucuk muda

lesprincesse Publish time 11-1-2018 11:24 PM

Edited by lesprincesse at 11-1-2018 11:25 PM

Girl, when one door closes another one opens. Hve faith, jodoh ajal semua ni rahsia Tuhan.
Kalau takde pon jodoh u di dunia, Insyallah di sana nanti ada jugak jodoh utk u.
If u think he is not showing enough interest dont be aftaid to leave. If you thinnk he is just not ready, show and persuade him that it eill work out. But the forumers and I cannot tell u what to do, because we see only the surface but you are the ones with the answer. Trust your gut feeling, just have faith and go with it! Which ever way you decide to swing will be okay Inshaallah

lasagnaklcc Publish time 11-1-2018 11:32 PM

Dgn hujan2 renyai kat luar tingkap, tiba-tiba sayu baca thread ni.

Me and my elder sister tak kawen lagi. Men come and go in our lives. Bila ada org nak, kita plak taknak... I mean bkn pilihan yg sesuai. Keinginan berumahtangga tu ada, but at some point it's not our priority anymore. Nak kawen, tapi mcm tak cukup usaha org ckp. Kadang2 risau pikir bakal tua sorang2.

I feel you, TT.

ninja boy Publish time 11-1-2018 11:50 PM

andartu ramai itu masalah negara, tak perlu risau, pandang kanan andartu pandang kri andartu, tetapi andartu tak byk masalah, yg banyak masalah penceraian/bini pikul biawak/anak terlalu ramai tak cukup wang/laki bini saling berperang baling tukul besi/anak terbiar/lakibini berskandal sana sini
Pages: 1 2 3 [4] 5 6 7 8 9
View full version: Boyfriend enggan berkahwin


ADVERTISEMENT