chacon Publish time 10-1-2018 12:06 PM

Atasi Masalah Nyamuk, Ini Antara Tanaman Yang Mampu Menghalau Nyamuk



https://i1.wp.com/ceritamenarik.com/wp-content/uploads/2017/12/pokok-m.jpg?w=800&ssl=1

Kalau dengar pasal nyamuk, semua orang akan membencinya. Kerana serangga ini suka menghisap darah kadang-kadang tanpa kita sedar dan senang untuk membiak. Lebih-lebih lagi, nyamuk ini membawa penyakit Aedes.Penyakit Aedes sememangnya penyakit yang sangat merbahaya dan mampu meragut nyawa sesiapa sahaja yang mengidapnya. Namun ada beberapa cara untuk mencegah diri dari terkena jangkitan demam denggi ini.Di negara kita, terdapat beberapa tumbuhan yang mampu menghalau nyamuk aedes, sememagnya setiap ciptaan Allah S.W.T itu ada kelebihannya masing-masing.Ada beberapa jenis pokok yang boleh ditanam bagi membantu menghalau nyamuk di rumah. Ianya boleh dijadikan tanaman hiasan dan ada diantaranya boleh dimakan!https://i1.wp.com/ceritamenarik.com/wp-content/uploads/2017/12/marigold-crop-500x500.jpeg?resize=500%2C500&ssl=1Bunga Tahi AyamTerdapat pelbagai jenis bunga tahi ayam. Nama saintifiknya ialah Lantana Camara. Namun ramai orang keliru dengan bunga Marigold yang dikatakan sebagai bunga tahi ayam. Kedua dua pokok marigold dan bunga tahi ayam boleh digunakan untuk menghalau nyamuk.Pokok ini berbau busuk sehinggakan tiada perosak yang berminat dengannya. Namun, serangga seperti kelulut mengemari bunga pokok ini kerana mempunyai nektar. Bagi nyamuk, ia satu pokok yang di bencinya.halau nyamuk aedes, bahaya nyamuk aedes, nyamuk denggi, halau nyamuk, pokok halau nyamuk,tanaman halau nyamuk.
Namun, ia sebenarnya beracun JIKA dimakan. Jadi jangan makan pula ya. Ia akan menyebabkan ganguan pernafasan, muntah dan anak mata mengembang.Sebab itu kambing tidak pernah makan pokok ini dan boleh menyebabkan kematian kepada kambing. Ia dijadikan tanaman pagar kerana baunya yang busuk untuk menghalau serangga seperti nyamuk, bunga juga cantik untuk hiasan rumah.https://i0.wp.com/ceritamenarik.com/wp-content/uploads/2017/12/serai-wangi-segar-1024x768.jpg?resize=600%2C450&ssl=1Serai WangiRasanya serai wangi cukup dikenali pada kita hari ini kerana terdapat banyak produk repellent serangga dihasilkan daripada pokok ini. Serai wangi tidak dimakan sebaliknya digunakan sebagai penghalau nyamuk disekitar rumah. Ia telah digunakan secara meluas sebagai penghalau seranga secara organik.
Baunya menyebabkan serangga seperti nyamuk, semut dan lipas menjauhi kawasan yang mempunyai bauan ini. Ia juga digunakan dalam aromaterapi.https://i2.wp.com/ceritamenarik.com/wp-content/uploads/2017/12/aloe-vera-plants.jpg?resize=600%2C400&ssl=1
Aloevera/ Lidah BuayaPokok lidah buaya mempunyai nilai perubatan yang cukup tinggi. Ia digunakan dalam perubatan dan juga kosmetik sebagai agen menghilangkan parut dan menyejukkan badan.Jika mempunyai luka akibat melecur, aloevera adalah antara pokok yang digunakan untuk menyejukkan kesan luka dan menghilangkan parut.https://i0.wp.com/ceritamenarik.com/wp-content/uploads/2017/12/Vetiveria-zizanioides.jpg?resize=600%2C800&ssl=1
Akar WangiPokok ini agak asing di Malaysia. Rupa pokok ini seakan akan pokok serai. Ia digunakan secara meluas sebagai salah satu bahan dalam membuat minyak wangi. Baunya tidak disukai oleh nyamuk.https://i0.wp.com/ceritamenarik.com/wp-content/uploads/2017/12/102_7806.jpg?w=320&ssl=1
Jeremin / Citrosa MosquitoBagi mereka yang ke Cameron Highland, pokok ini dijual di kebanyakan nursery di tempat peranginan ini. Baunya seakan lemon yang kuat boleh digunakan untuk menghalau nyamuk dari rumah anda. Nama lainnya Citrosa of Lady Diana di Indonesia.Tak pasti kenapa dapat nama LADY D tu. Boleh letak dalam rumah. Nyamuk memang tak pergi kat kawasan pokok ni.https://i0.wp.com/ceritamenarik.com/wp-content/uploads/2017/12/Perbedaan-Tanaman-Selasih-dengan-Kemangi.jpg?w=600&ssl=1
Bunga SelasihSweet Basil atau selasih merupakan antara herba yang digunakan dalam masakan samada di negara kita mahupun di negara barat. Malah yang tak tahu basil itu dipanggil selasih di negara kita dan rumpun melayu. Kemanggi juga adalah satu pokok adik beradik dengan selasih.Baunya hampir sama cuma daun kemanggi lebih besar. Saya tanam di dalam pasu di tepi rumah saya. Bunganya disukai oleh lebah madu dan lebah kelulut. Ini boleh makan untuk jadikan ulam dan rempah dalam masakan.
https://i2.wp.com/ceritamenarik.com/wp-content/uploads/2017/12/MAMBU-KAT-KUBUR.jpg?resize=600%2C352&ssl=1
Pokok Mambu/SemambuPokok semambu atau neem tree merupakan spesis pokok mahogani. Jadi adik beradik dengan pokok tunjuk langit. Dikebanyakan negara ia digunakan sebagai racun serangga dan herba untuk perubatan. Minyak daripada pokok semambu ni juga digunakan sebagai racun serangga organik.Ia tidak membunuh serangga secara terus sebaliknya membunuh kepompong. Dari segi bidang kosmetik, neem oil digunakan dalam perubatan ayuverdic india untuk merawat penyakit kulit dan digunakan ubat untuk jerawat. Terlalu banyak nilai perubatan daripada pokok ini.
Sumber: Islamik.info

chinta89 Publish time 10-1-2018 04:03 PM

wahhhhhh nice info.

yg iols tahu serai wangi tu je hehe

bLuEsKy Publish time 11-1-2018 09:49 AM

pokok pandan pun boleh halau nyamuk kan..

budgetMommy Publish time 11-1-2018 07:34 PM

Boleh try ni. Skang ni i nak cari petua halau cencurut. Tension la. Sejak bila dia masuk umah pun x tau. Busuk umah dibuatnya
Pages: [1]
View full version: Atasi Masalah Nyamuk, Ini Antara Tanaman Yang Mampu Menghalau Nyamuk


ADVERTISEMENT