shark Publish time 10-1-2018 10:43 AM

Sapu Vaseline Sebelum Tidur Jika Mahu Kulit Cantik


https://i0.wp.com/ceritamenarik.com/wp-content/uploads/2017/12/Vaseline.jpg?w=800&ssl=1

Kita semua tahu Vaseline merupakan produk penjagaan kulit yang mengagumkan dan sememangnya boleh dipercayai, ianya mampu merawat pelbagai jenis masalah kulit.
Namun setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza-beza dalam menjaga kesihatan diri, dari penjagaan rambut sehinggalah kaki. Bagi sesetengah orang, untuk memiliki rupa yang cantik dan kulit yang sihat, anda perlu mengeluarkan kos yang banyak.
Tetapi jika anda tahu bagaimana untuk manfaat sesuatu produk, ataupun daripada bahan semulajadi, anda tidak perlu habiskan ribuan ringgit pun untuk mendapatkan kulit yang cantik.

Sesi 10 minit sebelum tidur sediakan bahan-bahan ini,-1 bekas Vaseline Petroleum Jelly
-1 losyen badan VaselineSebenarnya bahan-bahan ini mampu menyelesaikan beberapa masalah yang kerap menganggu anda. Jom kita lihat.

Anda Kerap pakai maskara?https://i2.wp.com/ceritamenarik.com/wp-content/uploads/2017/12/leadimage-2.jpg?w=675&ssl=1
Jika anda seorang wanita yang sangat gemar memakai maskara, apa yang paling merimaskan adalah apabila anda mahu mencucinya, jika tersalah cuci, mata anda akan menjadi hitam. Dengan Vaseline masalah itu boleh datasi. malah dengan Vaseline akan membuatkan bulu mata anda akan menjadi lebih lebat dan cantik secara semulajadi.
Solusi: Sebelum tidur, ambil sedikit Vaseline Petroleum Jelly dan sapu nipis di helaian bulu mata. Jangan terlalu tebal, nanti melekit pula disekitar kelopak dan bawah mata.
Hasil: Bulu mata semakin lebat, tebal dan bila tanggalkan maskara memang jarang bulu mata tercabut. Paling best, helaian bulu mata semakin lebat.

Masalah siku hitamhttps://i1.wp.com/ceritamenarik.com/wp-content/uploads/2017/12/1462879746-screen-shot-2016-05-10-at-45143-pm-2.jpg?resize=768%2C475&ssl=1
Solusi: Seperti biasa, sapukan Vaseline Petroleum Jelly di kedua-dua belah siku anda. Sapu sehingga kulit menyerap produk.
Hasil: Bila bangun tidur esok paginya, memang rasa kulit dibahagian siku lebih lembut dan licin. Setelah dua minggu, anda akan dapat lihat kulit siku pun lebih cerah.Lipstik lebih tahan lamaSolusi: Seperti biasa sapu Vaseline Petroleum Jelly di bibir selepas selesai semua rutin penjagaan wajah.
Hasil: Bila anda hendak pakai lipstik keesokannya memang mudah sahaja, bibir lebih lembut dan licin. Kesan pemakaian lipstik pun tahan lebih lama.
Selamat mencuba!

UsuFie Publish time 10-1-2018 11:13 AM


brg wajib yg ada dlm makeup bag!

chinta89 Publish time 10-1-2018 02:55 PM

iols ade tertengok psl kegunaan vaseline kat youtube.byk juga manfaat2nya yg lain.

iols selama ni guna di bibir je hehe..

Orix Publish time 10-1-2018 06:13 PM

tp bukan ke petrolatum tak elok utk kulit? lama2 boleh jd iritasi? i tahu jennifer anniston sapu vaseline kt mata dia everyday sebelum tidur

beeeee Publish time 11-1-2018 10:57 AM

Orix replied at 10-1-2018 06:13 PM
tp bukan ke petrolatum tak elok utk kulit? lama2 boleh jd iritasi? i tahu jennifer anniston sapu vas ...

Maksud u kat mata tu eyebag ke kelopak mata? haha

Orix Publish time 11-1-2018 02:20 PM

beeeee replied at 11-1-2018 10:57 AM
Maksud u kat mata tu eyebag ke kelopak mata? haha

Eyebag....

beeeee Publish time 11-1-2018 05:22 PM

Orix replied at 11-1-2018 02:20 PM
Eyebag....

okay nak cuba

gekkou Publish time 12-1-2018 07:05 PM

pernah try
tapi vaseline dan kulit muka meols tak ngam
pakai je rasa panas lepas tu muka buka bengkak dan gatal2
terus stop
tak perlu tunggu sampai 2 3 hari
pakai kejap je dah rasa panas
pakai kat tapak kaki aje skang ni

mary kay juga tak sesuai dgn meols
kesan sama mcm pakai vaseline

fishcracker Publish time 14-1-2018 05:07 PM

Vaseline sapu kat tumit oke la...tapi iol prefer nivea cream lgik

friedfishsoup Publish time 14-1-2018 06:34 PM

Vaseline leh kasi siku cerah ke?

yangsemb Publish time 14-1-2018 08:19 PM

Boleh dicuba
Pages: [1]
View full version: Sapu Vaseline Sebelum Tidur Jika Mahu Kulit Cantik


ADVERTISEMENT