Mopiko Publish time 8-1-2018 05:17 PM

BADANG [DATO ALIFF SYUKRI] 2018

Edited by annehuda at 10-2-2018 09:02 AM



Akhirnya, filem yang dilakonkan oleh Dato' Aliff Syukri yang disutradai oleh Prof A Razak Mohaideen akan menemui penonton. Filem yang bakal menampilkan superhero Malaysia terbaru selepas Cicakman ini turut mendapat sentuhan daripada KRU Studios untuk kesan khasnya. Ianya bakal menambah satu lagi senarai superhero Malaysia yang pernah wujud setakat ini.


https://4.bp.blogspot.com/-w4pwWnN5UnQ/WlIbyOoX65I/AAAAAAAATls/ywRLBOxx4W08l-l1PYM0DX4Ie_PX4TkygCLcBGAs/s640/black-panther-poster-horz.jpg


Rata-rata penonton sebenarnya tidak memberikan harapan yang tinggi terhadap filem ini. Hal ini sekaligus sebenarnya menyebabkan kutipan tiket filem ini boleh dijangka. Malah, daripada trailer yang dipromosikan, ianya kelihatan gagal untuk meyakinkan kebanyakan penonton walaupun kesan khasnya kelihatan amat baik.

Badang Bakal Kecundang?


Badang bakal ditayangkan pada 15 Februari 2018. Ianya sebenarnya bukanlah sebuah langkah yang baik untuk sebuah filem yang menampilkan pelakon baru seperti Dato' Aliff Syukri. Pada tanggal sama, filem Marvel Cinematic Universe terbaru, Black Panther akan ditayangkan. Berbekalkan kuasa pengguna yang semestinya mengetahui kualiti filem MCU, sudah pasti Badang akan diketepikan.


Pilihan tarikh ini semestinya bakal menyebakan kutipan merudum dan tidak dapat menyelamatkan sedikit pun Badang daripada ditumpaskan Black Panther. Superhero baru yang entah tidak ada asal usul dan peminat bertarung dengan superhero yang sudah wujud semenjak 1960an yang sudah diminati seluruh dunia. Ianya percaturan kurang bijak.


Mungkinkah pertembungan ini boleh dielakkan dengan menukar tarikh tayangan ke tarikh yang lebih selamat? Kami sendiri tidak pasti bagaimana penyusunan tarikh tayang filem tempatan tetapi apa jika keadaan sebegini, nasib filem tempatan sudah boleh dijangka. Peluang untuk survive amatlah tipis. Jika selamat, ianya sebuah keajaiban.


3aoWuAotSrM


Jika tarikh ini boleh diubah, adalah pelik kenapa pihak produksi Badang tidak memilih tayangan yang lebih baik sedangkan tarikh tayang filem luar sudah boleh diketahui awal setahun atau lebih awal daripada itu. Adakah pasukan yang bertungkus lumus dengan filem Badang tidak pernah memikirkan survival filem Badang dan tidak tahu betapa kuatnya peminat filem Marvel di Malaysia dan dunia?


Apapun, good luck Badang! Selamat bertempur dengan Black Panther.

buragazz Publish time 8-1-2018 05:41 PM

Kat dah ada dalam Magika... banyak lagi superhero yang boleh di create kenapa pilih Badang, awal dah boleh tau akan kesenduan bila heronya Trelajak Laris..

Lagipun badang dapat kuasa dari muntah gergasi kot... euww...

CiliPadiSedap Publish time 8-1-2018 06:55 PM

badang pakai kasut LV poyo je, suara kepit tertelan julap

September14 Publish time 8-1-2018 09:33 PM

Org gila xde otak je yg p tgk badang.. aku klu dpt tiket free pun xnk tgk. Benci kut aku dgn pondan riak tu

SY_Mumi Publish time 9-1-2018 10:16 PM

Interesting thread, artikel ditulis oleh TT sendiri ker?
My personal views, langsung takleh compare k.

Bukan nak look down on film melayu, tapinak buat macam mana, tukang buat film macam asal bole. Buat drama or telefilem sudahlah. Esp since jalan crita nih is too much changes fm originality. Badang tuh ancient tales, kau pegi tukar ala superhero pulak. Kesian untuk new generation yg akan confused asal usul badang.

And comment paling penting, watak utama tuh tak bole blah:shakehead3:

sekngucing Publish time 9-1-2018 11:48 PM

org melayu angkat superhero di kalangan watak watak legenda?apa daa... lagi elok cicak man kalau mcm tu...

hasell Publish time 10-1-2018 09:06 PM

aku tak faham.. kenapa superhero kita semua di amik dari kalangan pelawak dan lembik? ni nak bgtau yg malaysia ni darul lembik ke apa?

produser ni kekadang cuba nk jd kreatif dan melawan arus, masalahnya hayut gak dan memalukan. ntah bila malaysia nk serius cari kehebatan dan kegemilangan.. semua benda nk dibuat berhibur, melawak, merompak, membahan, dan meriak

grouper Publish time 12-1-2018 02:51 PM

Klau aku dpt tiket badang free..aku wat live tunjuk satu dunia aku bakar tiket tu pastu abu buang dlm toilet n flush..

gerbera.memopad Publish time 12-1-2018 03:29 PM

Tak dapat kujelaskan betapa cringe kurasakan ketika menonton trailer itew :dizzy:;P

But, I appreciate the effort. Good luck je la. Nak pergi tengok mungkin tidak.

Supersirap Publish time 13-1-2018 11:46 PM

Silap pencaturan ni...

capiloton Publish time 15-1-2018 02:09 AM

aku tengok trailer badang macam drama tv jer, haha.
baik aku tengok Badang versi wahid satay kat youtube lagi best.
lagi hero dan macho dari datuk kepit with funny looking green suit.

taji2906 Publish time 15-1-2018 10:32 AM

alahaiii... tgk trailer pun tak berselera.. puiii..
nk tunjuk kuat tp mcm fiziknya tak pandai.. haha.. yg aku perasan, dia pijak tayar motor tu sampai terpelanting... tp rim motor, fork tak bengkok patah riuk pun..
makcik yg kena langgar 4x4 tu.. kalau betul la, rasa muka pun dah takde..

MRX Publish time 20-1-2018 10:22 AM

Nak muntah tgk...wekkk :I

ToungeSoup Publish time 22-1-2018 11:56 AM

kalau amik hero lain selain DTL tu maybe aku akan tengok mcm Tombirou....ni??????? hero orang kaya riak yang tak perlu wujud dalam persada seni Tanah air....memang tak ler...:I

nooriesz Publish time 9-2-2018 03:33 AM

rela lagi aku tgk apek si cicakman darii dtl sibadangg yang ....... alahaiiii sesgguhnya aku menahan diri dr mencarutzz..

die ade target x kutipan utk movie ni..

hady_vit Publish time 9-2-2018 05:42 PM

perlu ke nk bandingkan Badang filem paling sampah masyarakat ni dengan Black Panther..

Rhyno Publish time 9-2-2018 08:23 PM

Tiket filem Badang ni kalau bg aku, aku wat lap taik masa berak je. :lol:

annehuda Publish time 10-2-2018 09:03 AM

aku tukar tajuk thread mengikut format board

nadna Publish time 17-2-2018 02:10 PM

Dah ada yang menonton tak

balakkampung Publish time 18-2-2018 10:24 AM

aku tunggu bila la ada poduser nak buat balik filem Mahsuri atau Tun Teja..kat malaysia ni payah nak carik filem yg women oriented...kalau ada pon Puteri gunung ledang dgn Embun...yg lain semua balik2 filem seram..gangster...
Pages: [1] 2
View full version: BADANG [DATO ALIFF SYUKRI] 2018


ADVERTISEMENT