HatiSedihsangat Publish time 6-1-2018 09:50 PM

Depression and super sedih

Aku berumur 20++..bekerja di syarikat swasta yg termuka. Aku anak sulung dari 4 beradik dan tidak mempunyai bapa. Aku sangat berdikari. Dari form 1 aku tinggal di asrama.

Aku juga sangat mementingkan keluargaku. Memang setiap bulan aku bagi mak aku 500++.. Aku sara adik aku yang bongsu belajar di universiti juga.

Aku berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan yang baru berusia 6 bulan.

Suami aku bekerja dalam bidang retail. Dulu dia bekerja dalam perbankan dan disebabkan beberapa isu,dia tukar kerja lain.

Suami aku ni kadang kala seorang yang straight yang kadang nampak macam nerd. Kalau orang luar tgk suami aku,diorang akan cakap yang suami aku jenis yang lurus. Itu aku akui.

Kita hanya akan kenal seseorang itu bila kita da duduk serumah dengan dia. Suami aku bab time management mmg FAILED. Tetapi aku seorang yg sangat2 mementingkan masa.

Gaji suami aku lagi sikit dari aku. Aku dulu seorang yang tidak boleh menerima sekiranya lelaki meminta duit dari perempuan,tetapi kini aku berada dalam situasi yang mana aku harus mengeluarkan belanja utk suami aku juga.

Dalam kesempitannya, aku pernah membayar sewa keretanya,dalam masa yang sama aku harus membayar kereta aku juga.

Aku pernah bagi duit belanja untuk dia juga. Bila lahirnya anak kami,dan die bekerja dalam bidang retail,ak memegang kad banknya. Dapat je gaji dia,aku akan membeli barang keperluan rumah,susu n pampers anak n bayar sewa rumah,bagi mak dia juga. To be honest,gaji dia bukannya cukup sgtuntuk tampung semuanya.

Aku mengambil pendekatan yang aku perlu hidup susah senang bersama2 tp sebenarnya aku tidak mahu hidup susah. Fyi, dia pernah tampar pipi aku 2 kali dan aku akan ingat sampai bila2.

Walaubagaimanapun,aku selalu doakan yang baik2 untuk suami aku. Suami aku ada cakap nak tukar kerja,tapi aku xsuka akan kerja barunya nanti. Sampai aku ckp aku x redha kalau dia pilih kerja baharu n aku suruh dia pilih aku atau kerja baru tersebut.

Kerja barunya nanti dalam bidang sales n bukan setiap bulan akan achieve target n dapat komisen. Aku risau bulan yang x ok,takkan aku nak tanggung semuanya. Sebenarnya aku sayang suami aku tapi dalam masa yang sama aku tidak menyukainya kerana dia tak berapa ada harta. Sekarang zaman najib semua nak gunakan duit. Aku sedih memikirkan hidup aku yang ada suami yang banyak hutang

Suami aku juga susah nak bangun tidur n suka lewatkan solat. Aku bencikan perbuatannya yang tidak bertindak sbg ketua keluarga.

Aku jadi stress,sedih and i am under depression. Aku pernah meminta cerai dikala emosi aku tidak stabil dan selepas melahirkan anak,aku jadi makin garang dan sangat beremosi. Aku tidak tahu ingin berbicara pada siapa kerana aku rasa tiada siapa akan memahami keadaan aku..

Orix Publish time 6-1-2018 10:10 PM

Biasa lah sis.... baru2 mendirikan rumah tangga mmg mcm ni.. Wlupn I belum kahwin, tapi I admit, I ada 3 elder sisters, ketiga2 ada masalah dgan husband deyols dari segi beri nafkah kewangan... Sebabtu I smpai skrg tak kahwin2 lg dan agak trauma jua lah melihat drama2 yg berlaku dlm perkahwinan my sisters.. Bila baca masalah sis ni lg la I seremm.. All I can say, sis bersabar jelah.. Mana tahu satu hari nnt suami sis rezekinya tiba2 terbuka luas.. sis ikhlas kn apa2 bantuan kewangan yg sis dh berikan.. jgan diungkit.. besar ganjarannya nnt.. tp kalau dh smpai suami naik tangan tu, kalau I mmg siap laaa...... :huffy

adindasm Publish time 6-1-2018 10:20 PM

Semoga Allah gantikan musibah yg sis sedang hadapi dengan yg lebih baik aminnnnn ya rabbalaaminnn {:mlproud:}

Genkidesuka Publish time 6-1-2018 10:23 PM

Edited by Genkidesuka at 6-1-2018 10:26 PM

Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Akak tk tau nk ckp apa kecuali BERSABARLAH.Jgn layan perasaan sedih tu.Kesian kt anak.Amalkan doa Al Mathurat pagi dan ptg.Dlm tu ada doa jauhkan kita dari bersedih dan dililit hutang.As for the slaps on the face that u got from ur husband, haram tu hukumnya.Apa yg trigger dia bertindak sampai melampaui batas mcm tu?   Mmg salah TT ke mcm mana?   Apa pun, TT tegur suami elok2, ingatkan dia seorg suami tk boleh buat mcm tu walaupun sdg amat marah.Hal kewangan tu... seeloknya, duduklah berdua bincang elok2.Ini hal rumahtangga kalian.Carilah jln utk berdamai tanpa melibatkan org lain ye.Mana boleh jimat, jimatlah.Berbelanjalah ikut keperluan.Kalo perlu, let go je la satu kereta.

CardiGans85 Publish time 6-1-2018 10:24 PM

Sabar tt..hopefully semuanya akan berlalu nnt. Masing2 ade cabaran masing2 sis.

onexox97 Publish time 6-1-2018 10:53 PM

saya pernah baca ustaz nasihatkan para isteri supaya memaafkan 100% suaminya supaya murah rezeki
jadi maafkan lah suami, tak rugi pun kalau maafkan dia

keduanya belanja menurut kemampuan
banyakkan bersedekah

ketiga nya terima suami seadanya

keempat kalau rasa nak bercerai jangan mintak dengan suami, pergi buat permohonan di mahkamah, makin cepat makin bagus, fast action fast result

CiliPadiSedap Publish time 6-1-2018 11:19 PM

terkesima baca, pernah lalui.

whitePoison Publish time 7-1-2018 12:39 AM

bersabarlah.. bab duit ni memang akan jadi pergaduhan. Bincang la elok2 dengan suami, rancang kewangan dengan betul.

Joannalee Publish time 7-1-2018 01:17 AM

Masalah duit mmg blh buat gaduh...Tp ape yg paling x suke ialah penampar pipi 2x tu... suami dah la Gagal mendidik isteri n sediakan keperluan isteri . Siap isteri pulak bg duit dkt die.. tu pun muka tebal tampar pipi isteri.. suami yg dayus.Semoge tt menemui jalan penyelesaian...masa mula kenal Xtau je die byk hutang?

PyoNaRi Publish time 7-1-2018 02:49 AM

Zaman najib ni.semuanya duit duit.apa yg boleh i katakan utk u sis,bertabahlah.doa banyak2.doa mudahan suami berubah.bukan utk dia saja.tapi utk sis dan anak jugak.:)

cahaya_almas Publish time 7-1-2018 03:27 AM

Kalau saya jd tt sy mtk berpisah....bkn apa...ank sorang lg senang kita nak handle...nanti dh dpt anak 3 4 org...time tu bru nk mtk cerai...mkin ssh...n mgkn sbb anak menyebabkan kita fikir dulu tuk berpisah...ada kes...dia sbr ngan suami dia yg culas nk bg nafkah..smpi anak 5 baru nk tuntut cerai...skrg dh cerai suami langsung tk amik pusing psl anak...anak 5 beb...xwife tk keje..n x suami pn tknk bg nafkah..kasihan...sblm parah baik tt atasi awal2...tk pn tt kena test suami...konon2 blk kg ke time dia wat perangai...kalau dia betul2 syg tt time tt merajuk msti dia akan berjanji tuk berubah...tp kalau mgkir janji baik lah tt blah awal2 ye...

HatiSedihsangat Publish time 7-1-2018 08:05 AM

Tq tuk semua sokongan..nt sy reply..saya hanya mampu baca je semua baru..

annadonna Publish time 7-1-2018 08:30 AM

Memang skrg trend isteri bergaji tinggi dan tanggung keluarga. Bukan you aje sis, ramai seluruh dunia. So nasihat aku jgn stress you are not alone. Nak suruh sabar pun rasanya you lagi faham makna sabar.

Kita ada hukum syariah so ikut syariah. Oleh kerana tak wajib isteri bagi suami duit so you bayar benda yg perlu utk you dan anak. Duit you jgn bagi husband langsung sebab dia ada income walau tak byk tapi ada. So you tak perlu rasa bersalah. You dah cover byk hal penting kewangan family so thats it. Keraskan hati jgn hulur duit kat husband. Itu akan jadikan you less stress. Dan itu tak berdosa.

Klu masih sayang suami tak perlu cerai melainkan you mmg dah menyampah kat dia. Penampar 2 kali tu mmg tak patut tapi klu you hati baik boleh anggap itu asam garam rumah tangga maybe you can forgive but not forget. Memang kepantangan perempuan dilempang lelaki but maybe you aje tau kenapa you dilempang.

Mungkin husband you jugak tgh stress ada tak you guys bincang hati ke hati? I dont know ego suami you tahap mana but sometimes satu open discussion yg dua pihak runtuhkan ego masing masing boleh selamatkan keadaan.

Klu you pilih untuk harung situasi ni you kena menerima segalanya dgn positif dan realistik. Inilah bhgn hidup you yg you pilih. You have to be a modern and sophisticated woman. Tak salah perempuan tanggung keluarga. Itu hanya hal paradigm dan mentaliti. Tapi mesti tau hak dan mesti respek the marriage. Kalau semua tak jadi then berundurlah dari alam perkahwinan. Yg penting jgn stress sebab hidup byk pilihan. Kita saja kena pilihnya.

doubleA Publish time 7-1-2018 11:59 AM

Fail time management kalau i pun susah kompromi. Apa kebaikan suami yg you nampak?

sarahmirza Publish time 7-1-2018 02:51 PM

Dah ambil kaedah merancang keluarga?
Selagi pendapatan suami tak mencukupi, jangan mengandung lagi ya.

penmerah Publish time 7-1-2018 03:59 PM

kesiannya.... tak mampu nak beri pendapat
apa kebaikan suami tu?
mungkin dia rajin tolong buat keje rumah, jaga anak tip top, pandai jaga hati bini?

kenkurang boleh menampung kekurangan duit nafkah dia tu

penmerah Publish time 7-1-2018 04:00 PM

sib baik anak baru sorang
jgn tambah lagi ye
tunggu kewangan stabil dulu

kuihbakar Publish time 7-1-2018 04:24 PM

Sabar ya TT (hugs)

MyNameIsIris Publish time 7-1-2018 07:39 PM

annadonna replied at 7-1-2018 08:30 AM
Memang skrg trend isteri bergaji tinggi dan tanggung keluarga. Bukan you aje sis, ramai seluruh duni ...

I sokong komen u 200%. Semua yang ada dalam benak i u dah keluarkan... good comment..

As i said b4, tak semua masalah perlu diselesaikan dgn cerai. Inilah dia realiti dalam perkahwinan.

Tt jangan stress sangat.. u kena duduk semeja dan bgitau dia ur part. U boleh bantu tapi bukan hulur duit cash pada dia. InsyaAllah Allah akan murahkan rezeki u dan suami sikit demi sikit.

dewimalam78 Publish time 7-1-2018 08:37 PM

Edited by dewimalam78 at 7-1-2018 10:32 PM

Apa yg boleh ai katakan, bersabat la tt. Doa selalu minta pd allah jalan keluar.
Pengalaman ai hampir sama. Yg beza, gaji ai sgt kecil, suami gaji agak besar. Tp dia sgt berkira. Asyik kena tadah tgn. Duit taska pun guna duit ai dgn alasan dia dh tanggung rumah dan kereta.
Lps 5thn berkahwin, income dia bertambah. Pun masih berkira. Stres hy tuhan je tau. Ms ikut suami sambung belajar, ai tak keja xde income. Pegi city centre gagahkan jln kaki 10-15mins. Nsb baik cuaca sejuk. Nak naik bas pun kira ada duit sen2.
Saat ai stres, ai pilih dekatkan diri pd allah. Muhasabah diri. Check kebaikan dan kelemahan suami. Hidayah dtg..ai decide oklah ai redha. Follow je ragam suami. Psl berkira tu biarlah allah yg menghukum. Tp alhamdulillah..ai rs berkat ai redha dan sabar..akhirnya suami bagi ai duit poket, dan ai buat busines online.
Lepas 10thn berkahwin, bila suami dpt naik pangkat dan gaji lebih..dia start bagi duit dapur tiap bulan tanpa miss till now dh 5thn.

Bagi ai, setiap hardship atau ujian allah tu pasti ada hikmahnya. Sb suami berkira dulu kala, ai jd pandai berdikari. Pandai cari duit sendiri. Pandai manage duit belanja. Sket kita bersyukur, nanti allah akan tambahkan lg.

Sori ot panjang. Sbg isteri tt kena bagi semangt pd suami utk usaha lebih sket utk perbaiki kewangn family. Rsnya tak perlu manjakan dia sgt dgn tolong hulur duit. Biar dia usaha lebih sket.

Pages: [1] 2 3 4
View full version: Depression and super sedih


ADVERTISEMENT