seribulan Publish time 6-1-2018 06:23 PM

...HOTS 1- majmuk...

Negara Islam yang pertama di Madinah yang dipimpin oleh Rasulullah SAW menjadi kuat dengan sokongan golongan Muhajirin, Ansar dan Yahudi.

Sebagai anggota masyarakat, bagaimanakah kita boleh menyumbang ke arah kekuatan dan kejayaan masyarakat majmuk di Malaysia?




Source- contoh soalan KBAT

skinskin Publish time 6-1-2018 07:12 PM

x taw la jawapan ni releven ke tidak.. satukn smua sekolah rendah.. melalui situ kita dpt mengenali smua bangsa dgn lebih baik.. setakat kaum cina india nak belajar bahasa ibunda mereka tu sekolah kebangsaan pon bleh mengadakan pelajaran tu..

skinskin Publish time 6-1-2018 07:14 PM

weii tt ni ke soalan kbat:lol::mad:

seribulan Publish time 6-1-2018 08:02 PM

skinskin replied at 6-1-2018 06:14 PM
weii tt ni ke soalan kbat

Tahu takpe :)

Nah-


Ms. Ragini runs an NGO, which works to rehabilitate street children. You areKamal/Kavita a reporter for Times Today. Frame 10 interview questions based onthe given input.

orgsepang Publish time 6-1-2018 11:28 PM

Semua warga negara kenal lancar( pelat tak apa) bahasa malaysia :$

coldrunning Publish time 7-1-2018 12:30 AM

1) Hapuskan sekolah jenis kebangsaan
2) Majukan sukan di Malaysia - Sukan dapat menyatukan kaum. Contoh - Hoki, Badminton

jackthereaper Publish time 7-1-2018 01:07 AM

semuanya kena bermula dari akar umbi.. kaum di malaysia tidak kukuh bersatu disebabkan nilai2 persahabatan tidak diterap sejak kecil lagi.. pergaulan terbatas akibat kurang komunikasi.. orang tua kata kalau nak melentur buluh biar dari rebungnya.. nilai persahabatan tolak ansur sesama kita dapat dibentuk jika kanak2 ini dpt bergaul sejak kecil.. kita patut contohi indonesia macam mana rakyatnya yg juga berbilang agamadapat berkomunikasi dlm satu bahasa dengan fasih melalui pendidikan yang sama

day2 Publish time 7-1-2018 01:17 PM

Saya setuju kena mula dari rumah. Pendekatan ibu bapa sndr. Nak mengubah dunia kena ubah diri sendiri. Kita kena terapkan sikap hormat menghormati, tunjukkan rasa mesra dgn bangsa lain. Nanti anak akan ikut. Anak kita yg akan mmbesar jd generasi yg menyambung apa yg kita terapkan.

Dari segi masyarakat, ya betul.. Satukan semua sekolah bg anak2 bergaul bersama tnpa beza jns bangsa dan latar belakang.

haliamerah Publish time 7-1-2018 04:09 PM

xkira bangsa apa pun,,kena saling hormati dan bersatu..negara berbilang kaum dan bangsa..tak boleh petningkan diri sndiri..tolak ansur...

semua kena diterapkan dr ksekolah rendah..dari rumah..

sayang menyayangi antara 1 sama lain...negara ni ibarat rumah kita..

kasih sayang yg utama...bukan suruh bercinta..tp nilai kasih n sayang antara manusia yg lain...baru la aman...

mascotek Publish time 7-1-2018 05:13 PM

Amalkan sikap tolak ansur antara kaum di Malaysia. Jauhkan sifat2 & pemikiran negatif terhadap kaum lain.

Perbanyakkan program2 yang melibatkan masyarakat berbilang kaum agar silaturrahim antara masyarakat kekal utuh tak kira di mana jua.

SOFIA2017 Publish time 7-1-2018 06:26 PM

1) kita perlu berinteraksi, hormat & ikhlas dlm memahami agama,kepercayaan dan budaya bangsa lain
2)saling bertolak ansur dan tolong menolong antara satu sama lain
3)menganjurkan aktiviti yg boleh disertai pelbagai bangsa untuk mengeratkan hubungan
4)beri pendedahan kepentingan bersatu padu antara kaum melalui pembelajaran dan aktiviti sosial

virgocircus Publish time 7-1-2018 09:01 PM

Edited by virgocircus at 7-1-2018 09:05 PM

Contohilah Indonesia. Semua warga tidak kira bangsa jawa,melayu,cina,batak semua berbangga bertutur bahasa indonesia. Sedangkan di Malaysia? Ada bangsa yang tidak reti langsung bertutur bahasa kebangsaan. Kalau ada pun sejenis cakap pelat. Ada juga anak menteri yang tidak fasih bahasa melayu. Alasan sebab dihantar belajar di sekolah internasional. Siapakah yang harus dipersalahkan? Kerajaan harus memandang serius hal ini. Lama-lama jika dibiarkan akan menjadi barah kepada negara.
Sebagai masyarakat pula, kita hendaklah sentiasa mengamalkn sikap toleransi, bersatu padu, tolong menolong sesama manusia tidak kirabangsa dan agama. Barulah masyarakat majmuk hidup aman dan harmoni akan sentiasa berkekalan.

masmelon Publish time 7-1-2018 09:56 PM

1- yang paling penting sekali kita kena hormat-menghormati. jangan sesekali persoalkan kepercayaan dan pegangan mereka .

2- ajak diorg untuk involve dengn segala aktiviti kemasyarakatan yg kita buat, contoh gotong royong ke, or kenduri kendara jgn biar diorg rasa tersisih.

MisXoXo Publish time 7-1-2018 11:18 PM

Kita perlulah bersama sama menghormati adat dan budaya kaum lain. Janganlah racis dan nak bangsa lain hormat kita, tetapi kita sebaliknya. Tunjukkan contoh yang terbaik kerana itu yang Allah suka kan.Ini penting untuk mengekalkan persefahaman antara kaum. Tiadalah bermasam muka dan bersangka buruk atas isu yang tidak relevan. Dengan ini,
semoga semua rancangan pembangunan dapat dijalankan dengan jayanya. Malaysia akan dikenali sebagai negara yang aman dibawah satu bumbung dengan perpaduan pelbagai kaum yang utuh.
Oleh itu, jika kita sentiasa bersatu-padu ,inshaAllah, komuniti atau masyarakat kita akan menjadi kuat dan utuh.

kuihbakar Publish time 9-1-2018 11:35 PM

Hormat menghormati, tolong menolong, bertolak ansur, sentiasa berlapang dada dalam memberikan teguran dan menerima teguran, positif dan bersangka baik, kebersamaan dalam jiwa dan tindakan
Pages: [1]
View full version: ...HOTS 1- majmuk...


ADVERTISEMENT