Rebus, Salut, Goreng! Mudahnya Buat Golden Ball Ala Sushi King
Memang meleleh air liur bila masuk Sushi King. Mana tidaknya, banyak sangat pilihan sedap-sedap dan memang sesuai sangat datang dengan kekasih, keluarga dan anak-anak.Paling menjadi pilihan ramai adalah Golden Ball! Serius sedap! Kalau orang dewasa pun suka, apatah lagi budak-budak kan?
Kalau kerap sangat minta ke Sushi King boleh botak juga kepala keluarkan duit. Apa kata para ibu cuba buat sendiri di rumah.
Kali ini kami kongsikan resipi daripada Asmalizan Ismail, cara-cara nak buat sendiri Golden Ball ala Sushi King.Senang sangat!
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/05/141603hgayer4hsomh3rya.jpgFoto: FB Sushi King
Bahan-Bahan:
Telur ayam – direbus dan dikupas kulitnya
Minyak untuk menggoreng
Bahan salut
Telur ayam - dipukul
Tepung tempura
Breadcrumb secukupnya
Cara-Cara
1. Didihkan air dan rebuskan telur ayam sehingga masak
2. Apabila telur telah sejuk kupaskan kulitnya
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/05/132216o2p25jrrffjguj5l.jpgFoto: gudeatswthmw.blogspot.my
3. Celupkan telur tadi dengan telur yang telah dipukul dengan rata
4. Salutkan pula dengan tepung tempura sehingga rata. Ulang dua kali kemudian celupkan semula dengan telur
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/05/132216szczl2psgt71otii.jpgFoto: gudeatswthmw.blogspot.my
5. Akhir sekali salutkan sehingga rata dengan breadcrumb. Buat sehingga habis
6. Panaskan minyak dan gorengkan sehingga kuning keemasan. Angkat dan ketepikan
7. Biarkan sejuk dan potong tengah-tengahnya
Bahan-bahan topping:
Filamen ketam
Mayonis
Cara-Cara
Rebus sebentar filamen ketam. Angkat dan toskan
Hiris halus filamen ketam tadi. Campurkan dengan mayonis dan gaul rata
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/05/132223dahxl0xp53gk0uc0.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/05/141701nk4pzwyfsi4diewa.jpgFoto: Facebook
Senang je kan? Selamat mencuba! -CARI
Kredit Resipi: Asmalizan Ismail sedpnyaa.. nak buat nak buattt.. tq mod Tiap kali pergi Sushi King wajib makan golden ball ni. kalau nak buat sendiri kena buat byk2 kalo tak rugi.padahal mkn sebiji je dah kenyang.tapiberterima kasih jugakla bagi resepi neh tepung tempura tu cmne.. baru harini dgr Aku ingatkan dia salut ngan kentang & tempura.. Huhu.. Kenyang makan ni.. Tak payah amik banyak2 plate tu.. Ni ngan hanjuku cheesecake tu.. Dapp Wah... nak cubalah menu ni.... mcm senang Macam sedal..boleh cuba ni kentut mesti busuk boleh try ni. Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!! Tq for the recipeee
Pages:
[1]