'Punten' Nasi Impit Versi Jawa Yang Anda Harus Cuba! Sedap Berlemak Rasanya..
Mungkin ada yang pelik dengan namanya. Tapi, bagi masyarakat Jawa, makanan Punten bukanlah sesuatu yang pelik dan asing bagi mereka.https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/01/112835yoobmhccdzzbff55.png
Punten adalah sejenis makanan tradisi Jawa seakan-akan nasi himpit yang popular dalam kalangan masyarakat melayu.
Cuma, yang berbeza ialah Punten mempunyai rasa yang berlemak seperti nasi lemak kerana pembuatannya dicampur dengan santan dan garam.
Masyarakat Jawa biasanya meminati Punten ini jika dimakan bersama dengan sambal merah ataupun sambal totok Jawa. Memang terbaik!
Nak tahu cara-cara membuat Punten? Jom ikuti perkongsian dari Air Tangan Cik Siti cara-cara nak buat Punten.
Bahan-bahan (untuk 2 orang):
1 cawan beras (sebaiknya beras biasa)
1 cawan santan
1 sk garam (atau secukup rasa - seperti membuat nasi lemak)
Air secukupnya
Cara-cara membuatnya
1)Basuh dan masak beras macam biasa - sekali dengan santan & garam.
2)Bila air nasi dah kering, keluarkan nasi ke atas dulang atau bekas, dan tekan-tekan dengan daun pisang atau plastik.Ratakan... Mula-mula memang agak melekat, tapi bila dah nak sejuk semakin elok... tekan-tekan sampai rata dan padat.Sejukkan sebelum dipotong dan dimakan.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/01/112835gtpvtiprtxrxivxb.png
3)Bila dah sejuk, boleh potong...Kalau potong waktu ia masih panas, jawabnya melekatlah nanti.
Siap untuk dimakan bersama sambal yang anda suka! - CARI
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/01/112835y01f2v12zvdhh50d.png
X pernah makan seblom ni... Raya aritu ada member bawak... Marvellous lahh... Makan ngan sambal yg pedas... Perghh buat lontong pun sedap Dl ms kecil2 mmg setiap raya buat..buat pulak atas talam besi yg bsr tu atau pun loyang besi yg besar tu. Yg buat renyah tu nk kena tekan2 dgn daun pisang. Byk plak tu kena buat..plg best mkn dgn pecal sayur + lontong.
Yummy wahhh.. menarik gak.. nanti nak ajak mak iols buat sama2.. :lol: sodap ni kalo di makan untuk mongunyah {:cryrun terliur tengok Ala x penah nmpk pon family belah my mom buat....mcm menarik ni. Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!! Nak try la.... org kata sedap Edited by rosmahisham at 1-6-2021 10:14 PM
Pernah beli..mkn dgn sambal ijo/ sambal ikn bilis.anak sy tercari2 lg sampai skrg ..kedai tu dh lama xbukak.ramadhan 2 tahun lepas dpt mkn ni org jual.tp mcm.ada rasa kelapa parut sikit la yg sy beli tu sedap sgt. Sedapnya punten. Nak2 cicah dengan sambal bilis.
Pages:
[1]