Mopiko Publish time 4-1-2018 03:48 PM

Girls, tolong baca. Ini sebab lelaki suka wanita tanpa solekan / Mekap




http://www.sinarviral.com/wp-content/uploads/2017/12/2252a1ad0d9dfbdebe089a2c47aaa84f-678x381.jpeg

1. Suka wanita yang yakin.Lelaki memandang keyakinan seorang wanita itu sebagai sesuatu yang seksi. Bukan mudah untuk seseorang wanita untuk meninggalkan alat solek mereka tanpa keyakinan yang tinggi. Sekiranya anda berani keluar dengannya tanpa secalit pun mekap di wajah, jelas kelihatan keseksian anda kerana keyakinan anda itu.2. Tidak suka wanita obses.Lelaki sukakan wanita yang cantik tetapi tidak suka dengan wanita yang terlalu obses dengan kecantikan. Walaupun mahu ke kedai mamak, anda sudah mengenakan solekan yang tebal seperti mahu ke majlis makan malam! Kaum lelaki tidak mahu pasangan mereka terlalu bergantung kepada solekan sehingga menganggapnya sebagai ‘tuhan’ dan tidak boleh hidup tanpanya.3. Suka melihat anda ketika bangun tidur.Apa yang pasti, anda tidak akan mengenakan sebarang mekap sekiranya anda tidur dan lelaki menganggap rupa paras wanita yang baru bangun tidur itu sangat seksi. Bukan itu sahaja, wajah anda yang natural itu membuatkan si dia terbayang-bayang rupa paras anda ketika tidur di sebelahnya setelah anda berdua berkahwin kelak.4. Lelaki tidak suka menunggu.Setiap kali anda ada temu janji dengannya, pasti si dia harus menunggu anda di dalam kereta kerana anda mengambil masa terlalu lama untuk bersiap. Lelaki sememangnya tidak suka menunggu, jadi dia lebih suka anda keluarnya tanpa mengenakan apa-apa solekan untuk menjimatkan masanya.5. Cantik luaran tidak penting.Pada peringkat awal perhubungan, cantik luaran sememangnya dipandang lelaki. Tetapi lama kelamaan, sekiranya anda cantik tetapi tidak pandai mengambil hati, kuat merajuk, suka membebel atau sering menyusahkannya, si dia akhirnya akan merasa bosan. Jadi, cantik luaran dan dalaman itu sama-sama penting untuk memikat hati lelaki.

Sumber: Baituljannah

melinda_kerr Publish time 4-1-2018 03:53 PM

i mekap untuk diri sendiri bukan untuk mana2 lelaki. kita nk melawa bukan semata2 nk puaskan hati lelaki dan apa lelaki nak.

onexox97 Publish time 4-1-2018 04:10 PM

i tak mekap pun
pakai bedak je
tapi nampak la palsu sbb kalu tak pakai bedak lagi hitam

senahitam Publish time 4-1-2018 04:14 PM

iols x reti mekap n x minat pun nak blaja mekap. laki iols pun x suka iols mekap. ckup la masa hari2 special je cm kawen n tunang. hehehe

niena90 Publish time 4-1-2018 04:21 PM

Mekap atau tidak, jodoh itu Allah SWT yg tentukan.

Adakah? Publish time 4-1-2018 04:22 PM

Mehhh...iols yg x mekap just lip balm n berbedak ni takde pun laki nak..point yg betul nye laki suke ppuan lawa.yg x mekap tp natural beauty of kos la pilihan utama kannn :$

nazzse Publish time 4-1-2018 04:48 PM

Pakai compact powder/baby powder lepas tu calit lipstik sikit kira makeup tak??
Melampau lah keluar takleh calit bedak sikit pun..bukan nak cantik utk org lain pun, utk diri sdiri rasa yakin je

aja109 Publish time 5-1-2018 08:07 AM

Adakah? replied at 4-1-2018 04:22 PM
Mehhh...iols yg x mekap just lip balm n berbedak ni takde pun laki nak..point yg betul nye laki suke ...

betul2...ckp je xnk yg mekap tp pandang yg mekap2 jgk..

natural beauty tu mesti yg flawless gile2 punye tu... yg xmekap sgt mcm kite ni xde spe pandang...{:noseo

MyNameIsIris Publish time 5-1-2018 01:39 PM

i mekap tapi 50% kurang dari hijabista punya kuantiti mekap
mekap walaupun natural mekap (nude style) akan bagi impact kat muka
nampak lebih kemas, lebih menarik dan wangi

kat rumah... rumah lah
itu pun jaga jugalah rambut, kulit muka, kuku, bau badan
ni maintain kepam, apa dapat?
lelaki mulut je kata tak suka bini mekap segala
tapi kalau muka bini kepam, gigih gak pandang pompuan lain

noraidil_06 Publish time 5-1-2018 01:41 PM

Sy suke nk make up.siap msk kelas make up.siap buka gp utk make up.but i think make up is not for me.x make up pun sejam bersiap (tp muke cenggitu gak la), kalau make up, mau 2 jam x siap2

MyNameIsIris Publish time 5-1-2018 01:42 PM

Adakah? replied at 4-1-2018 04:22 PM
Mehhh...iols yg x mekap just lip balm n berbedak ni takde pun laki nak..point yg betul nye laki suke ...

ni i setuju
lelaki memang akan pandang pompuan lawa
walaupun dia sendiri hauk

tapi kalau muka level biasa marhaen (macam i lah juga).. tambah sikit mekap light-light cukuplah
nampak kemas menarik sikit
bukan untuk lelaki, untuk confident diri sendiri je

masmelon Publish time 8-1-2018 08:28 PM

iols mmg akan make up tpi light2 je lah bukan utk sape pon utk diri sendiri . kalau x, rse x confident x g mana2 ..

zennaya Publish time 8-1-2018 09:12 PM

Edited by zennaya at 8-1-2018 09:14 PM

tak tau pulak kalau x mekap,dikaitkan high level confidence. sejak dari remaja sampai dah umur 30 series kalau duk rumah or keluar pegi kerja,santai2 ke,x pernah calit senipis gincu,bedak. natural,mcm mana duduk rumah,mcm tu keluar rumah. bila nak kawen je nanti,terpikir nak mekap.
itupun yg basic. cuma sesekali,i beli halia muda,kupas kulit,lepas tu sapu kat bibir. akan nampak cam pakai gincu,sedangkan x pun.

xyura Publish time 10-1-2018 10:53 AM

Jarang makeup hihi

iraizz Publish time 13-1-2018 10:53 PM

nazzse replied at 4-1-2018 04:48 PM
Pakai compact powder/baby powder lepas tu calit lipstik sikit kira makeup tak??
Melampau lah kelua ...

Aku pun pakai bedak compact dgn lipstik je

Farnor Publish time 15-1-2018 10:52 AM

Edited by Farnor at 15-1-2018 10:53 AM

Saya pergi kerja pakai bdak compact,lip glose,guna pelentik bulu mata,dan last pencil eyebrow tak sampai 5 minit haha ..because kalau saya keluar pergi shopping atau nak lepak dgn kawan memang langsung tidak bermekap.. Tp penampilan tu memang to update la.

xyura Publish time 15-1-2018 11:28 AM

saya makeup bila saya rase nak makeup je tapi selalunye memang jarang nau..

Artemesiaa Publish time 15-1-2018 02:58 PM

Hakikatnya hanya segelintir je yang suka wajah tampa make up kebanyakannya lebih prefer mereka yang mengenakan makeup tapi yang tak keterlaluan macam nak naik stage show.Kalau tak caya boleh lihat gelagat mereka mata mereka akan tertumpu kepada mereka yang bermakeup atau tidak.

CikBersahaja Publish time 30-4-2018 09:47 AM

Bersolek untuk kepuasan sendiri.
Tapi masa pernah bercinta dulu, awal-awal kenal, ex adelah cakap suka kecantikan natural.
Bila lama-lama sikit, dia tanya kenapa tak bersolek.. dia suka kalau bersolek..
Pulak dah.. hehe

akudracula Publish time 30-4-2018 10:51 AM

sy bermake up basic je tu pong p keje...
kalu kuar ngan org tu biasa nye bedak je...n bg bibir sikit...
terjadi sekali je kuar tak tepek tak tegur pong org tu jd dia tak kisah kot...
awek dia ni comot....{:singo
Pages: [1] 2
View full version: Girls, tolong baca. Ini sebab lelaki suka wanita tanpa solekan / Mekap


ADVERTISEMENT