skinskin Publish time 3-1-2018 09:13 PM

Biar Miskin Harta Jangan Miskin Jiwa

"Ramai orang tidak dapat membezakan antara keseronokan dengan kebahagiaan atau ketenangan jiwa. Atau mungkin mereka tidak pernah menikmati kebahagiaan, sekalipun seringkali mengecapi keseronokan. "

Begitu ramai penghibur yang bertaraf lima bintang yang berjaya menjadikan ribuan peminatnya bersorakan gembira apabila melihat pertunjukannya, tetapi dia sendiri tidak bahagia.

Maka tidak hairanlah jika ramai artis ternama terlibat dengan dadah dan hidup dalam tekanan. Sesungguhnya keseronokan bukan semestinya kebahagiaan atau ketenangan jiwa.

Sesiapa yang kita lihat Allah tidak merezekikan kepadanya keseronokan atau kegembiraan tertentu, bukanlah bererti Allah tidak memberikan kepadanya ketenangan jiwa. Maha luas kurniaan Allah, betapa ramai orang yang kurang harta dan rupa, tetapi lebih bahagia daripada yang hartawan dan rupawan.

Bukan semestinya seorang raja, presiden, perdana menteri dan menteri itu lebih bahagiaan perasaan dan jiwanya dari seorang guru yang tidak dipagari pengawal, tidak dikenali ramai melainkan murid-muridnya yang masih mentah dan terpencil.

Entah berapa ramai mereka yang berjawatan besar itu yang jauh lebih serabut perasaan dan jiwa mengenangkan masa depan kedudukan, pengikut dan nasibnya. Lebih daripada keserabutan ribuan manusia yang lain.

Mungkin meja makan orang besar itu hebat, layanannya istimewanya, makanannya mahal, tempat tidurnya enak, kenderaannya mewah, sorak-sorai untuknya meriah, tetapi kebahagiaan dan ketenangan jiwa belum tentu muncul di celahan itu semua. Bahkan, berapa ramai manusia dalam dunia ini yang Allah azabkan mereka menerusi harta dan anak pinak mereka.


Tweety_Senrose Publish time 4-1-2018 01:09 AM

Semoga Allah sentiasa melindungi semua umat2 nya. Amiin :$

CiliPadiSedap Publish time 4-1-2018 01:39 AM

contoh lauk pauk mewah tp nikmat makan hilang deria rasa hilang.
nikmat makan, rasa terletak kt anggota badan bukan pada nilai pada sesuatu barang.

contoh beli rolls royce tapi pakai no.plate labuanlepas tu sewakan kat semenanjung lepas tu buat ig live( kufur nikmat, duit banyak tapi cukai jalan pun tak mampu bayar)

ni contoh sahaja tak de kena mengena dengan alif syukri mahupun kucing dodi.

merrissa Publish time 4-1-2018 10:15 AM

ntah la bagi aku...biarpon kaya harta sekali pon....haruslah kaya juga jiwanya.....itu baru betoi....

ini org kita....harta pon xda...perangai pon x semegah....ada harta plak....memandang hina org lain jugak

onexox97 Publish time 4-1-2018 12:05 PM

miskin xapa
tapi jangan malas
masalahnya dahla miskin malas pula
inilah yg dikatakan miskin harta miskin jiwa
hati mesti besar

SOFIA2017 Publish time 4-1-2018 12:24 PM

bila kita berada di atas dgn mempunyai segalanya...jangan sesekali kita menghina atau mengeji mereka yg kekurangan....
hidup ibarat roda....x selamanya berada diatas

NurAlia14 Publish time 4-1-2018 01:26 PM

biar miskin asalkan ingat yg maha pencipta...dr kaya tp harta haram..

CardiGans85 Publish time 4-1-2018 06:01 PM

Edited by CardiGans85 at 4-1-2018 06:03 PM

Benar..jika kita punya segala yg org lain mahukan tp jiwa kita kosong, kita ni jauh lbh miskin dr faqir miskin.

Hidup biar sederhana tp jiwa kaya raya dgn sentiasa mengingati Tuhan Maha Besar.

Ya Rabb, jauhkan lah hambaMu ini dari istidraj/riya' dan seumpamanya.

abc1234569 Publish time 11-4-2018 01:51 PM

Edited by seribulan at 12-4-2018 07:08 AM

spammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

Aquarius9283 Publish time 4-8-2018 09:42 PM

Biar miskin harta jgn miskin adab
Biar miskin harta jgn miskin ilmu

a1ast0r Publish time 16-12-2018 05:20 PM

Setuju tapi masalahnya dunia dan realiti sekarang prinsip tidak boleh beli nasi - pepatah Abang Sokernet di Facebook ;P

adila39 Publish time 16-12-2018 06:40 PM

Edited by adila39 at 16-12-2018 10:44 AM

Baru nampak topik ni. Sangat setuju.

Sadly saya dikelilingi org yg begini. Sangat taksub dgn harta and still xrasa happy. Kadang pelik.

A complete life still unhappy and lacking of jiwa

Apa tu jiwa?

Apabila kita utamakan kasih syg, kita utamakan apa yg mustahak dlm hidup.

Kalau i, yg penting dalam hidup ialah ketenangan. To achieve that? kenalah ada jiwa yg kuat

Masih belum sukses tapi xmau jd manusia yg hidup tanpa jiwa..sangat rugi.

Redvelvet3 Publish time 16-12-2018 08:18 PM

Betul tu ada duit berjuta pun tapi jiwa tak tenteram tiada gunanya jugak...

seribulan Publish time 7-3-2019 08:46 AM

Jiwa perlu diisi selain keperluan duniawi :)

Bonda_Aniey Publish time 3-4-2019 08:12 AM

Entah ler bg saya biar semua kaya... selagi hidup ni pemikiran kena kaya.. kewangan pun kena kaya.. dlm dunia ni kalau tak ada duit haishhhh bukan kawan je boikot kadang dlm keluarga pun leh nampak musibatnya...

misswhy24 Publish time 3-4-2019 03:52 PM

Pada saya miskin harta takpe lg...harta blh dicari..tapi kalo miskin adab & kasih sayang... lama2 nnt org pun membenci...

zoomin Publish time 4-4-2019 01:34 AM

Biar tak kaya janji jgn berhutang byk kerana bila berhutang akan jadikan jiwa tidak tenteram

Raysara7 Publish time 4-4-2019 08:49 PM

Biar miskin harta di dunia, janji kaya di akhirat.. :C

Merahsaga Publish time 10-4-2019 10:32 AM

Aku tak impikan menjadi kaya raya...cukup sekadar aku dapat membayar hutang yang membantu aku mendapat hidup selesa di dunia ini...(rumah, kereta, ptptn)...tapi aku sangat impikan untuk menjadi kaya pahala dan kebaikan yang dapat aku bawa ke akhirat nanti....Insya Allah.....istiqomah itu merupakan satu perjuangan pertempuran peperangan jiwa, nafsu dan akal.

krimkraker Publish time 15-4-2019 06:57 AM

Kaya dengan duniawi...tak bermakna kaya dgn ilmu akhirat. Sebaik-baik manusia bersederhanalah dengan duniawi, kejari ilmu akhirat...klu ade yg mempunyai kedua2 nie...mmg satu bonus utk dirinya..
Pages: [1] 2
View full version: Biar Miskin Harta Jangan Miskin Jiwa


ADVERTISEMENT