Cari-suzy Publish time 3-1-2018 01:31 PM

Fazura Wanita Terbaik, Jodoh Dunia Akhirat – Fattah Amin

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/03/121506jp0i6ix6alz050wp.jpg


Tahun 2017 ditinggalkan dengan penuh kemanisan oleh pasangan yang baharu dua bulan mendirikan rumahtangga, Fattah Amin dan Fazura.


Mendapat jolokan ‘Power Couple’ pada tanggal 1 Januari 2018 lalu, menyaksikan bingkisan luahan rasa syukur mereka berdua kerana dipertemukan, bercinta dan hubungan berakhir dengan sebuah perkahwinan.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/03/121529fyyyah0avr188z0r.jpgPasangan romantis berkongsi kebahagiaan dengan peminat setia.



Menyorot kisah duka Fattah Amin, awal 2017 dia dikatakan bercinta dengan jutawan tudung, Neelofa. Oleh kerana faktor-faktor luar hubungan itu dikatakan berakhir dalam keadaan tidak baik. Kecewa dengan kisah tersebut, peminat setia Fattah cuba menghiburkan dia dan aktres gandingannya dalam Hero Seorang Cinderella, Fazura dengan usikan manja menjodohkan mereka.


Akhirnya, setelah mengharungi pelbagai dugaan pasangan itu mengikat tali pertunangan dan seterusnya menikah.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/03/121701xpp5kvv3z2esmcfu.jpgFattah Amin dan Fazura selamat diijabkabulkan pada 27 November 2017.

Ucapan mengharukan daripada Fattah Amin kepada Fazura menggambarkan betapa pelakon itu amat menghargai kehadiran Fazura dalam hidupnya. Fattah juga menyatakan Fazura jodoh terbaiknya, dunia dan akhirat.


Berterima kasih kepada peminat dan penyokong setianya yang tidak pernah berhenti berdoa, dia mengharapkan supaya ikatan perkahwinan tersebut berakhir ke syurga.


https://www.instagram.com/p/BddAyomlzk5/?taken-by=fattahaminz


Fazura juga turut berkongsi rasa di akaun Instagram miliknya. Dia mengucapkan rasa syukur kerana dipertemukan dengan lelaki idaman, hero di dunia dan akhirat.


https://www.instagram.com/p/BddlmDCgt3V/?taken-by=missfazura


Rata-rata peminat turut berasa terharu dengan ucapan tersebut dan berjanji akan terus menyokong pasangan bahagia itu.


Semoga pasangan Fattzura ini terus maju jaya dan tabah menghadapi dugaan pada masa akan datang.- CARI

friedfishsoup Publish time 3-1-2018 01:33 PM

Happy couple alhamdulillah.

MissNoGood Publish time 3-1-2018 01:59 PM

happy for them...semoga kekal hingga ke jannah

MissNoGood Publish time 3-1-2018 01:59 PM

happy for them...semoga kekal hingga ke jannah

sepitsiput Publish time 3-1-2018 02:02 PM

utk Fatzura...terimalah lagu khas dr meols utk chuols berdua...semoga berbahagia selamanya...

WgZYvGKkY5o

Despacito Publish time 3-1-2018 02:13 PM

Really happy for them. Semoga kekal till jannah

budakpink Publish time 3-1-2018 02:17 PM

Alahai x abis2 la demer ni udah2 la tulis karangan kat ig memasing.dah 10x kot dieorg up muji2 kau terbaik. Untung dpt kau. Haha

cahaya_almas Publish time 3-1-2018 02:20 PM

Mgkn terbaik bg fa.....n calon terburuk tuk lelaki lain....huhu.....n mmg sesuaikot mrk ber2 sbb sama2 baik...

mu@h@h@ Publish time 3-1-2018 02:21 PM

saya suka... sy suka...2ketul ni...

mu@h@h@ Publish time 3-1-2018 02:21 PM

saya suka... sy suka...2ketul ni...

akies Publish time 3-1-2018 02:26 PM

Semoga bahgia selamanya :C

crazypink Publish time 3-1-2018 02:28 PM

happy for them ...semoga kekal bahagia till jannah :loveliness:

nurchomel Publish time 3-1-2018 02:32 PM

semoga berbahagia sampai ke syurga

gebugebas Publish time 3-1-2018 02:34 PM

budakpink replied at 3-1-2018 02:17 PM
Alahai x abis2 la demer ni udah2 la tulis karangan kat ig memasing.dah 10x kot dieorg up muji2 kau t ...

Duk Muji jela weii

giyomi Publish time 3-1-2018 02:40 PM

Euwwwwwww...sori to say. macam diaorg jer kawen, mak bapak kita pon kawen sampai sekarang kekal bersama hokey, tak perlu nak war2kan pon.

samasam90 Publish time 3-1-2018 02:44 PM

meolls tgk gaya fattah di london, kalau boleh 24jam ngeseks

willow12 Publish time 3-1-2018 02:49 PM

giyomi replied at 3-1-2018 02:40 PM
Euwwwwwww...sori to say. macam diaorg jer kawen, mak bapak kita pon kawen sampai sekarang kekal bers ...

Zaman socmed mcm ni lah uols.. Zaman dulu2 tulis2 surat panjang2... Iols terjumpa surat my father to my mom...amboi bukan main indahnya bahasa. In fact, kat belakang foto2 dlm album pun depa dok tulis love quotes bagai... Cuma beza zaman ada ig ni...benda2 ni broadcasted tanpa batasan.

So, for me it is their life somehow. Yg patut kita control ialah our mind sebenarnya. We decide nak see it positively or the other way round.

haruslah Publish time 3-1-2018 02:50 PM

perkahwinan adalah satu permulaan....

Badigol Publish time 3-1-2018 02:54 PM

.................

giyomi Publish time 3-1-2018 03:00 PM

willow12 replied at 3-1-2018 02:49 PM
Zaman socmed mcm ni lah uols.. Zaman dulu2 tulis2 surat panjang2... Iols terjumpa surat my father...

yes true it's their life, but shouldn't it be kept to themself rather than showing to the world how loving they are. whether you are an artist or not, this things should abadikan selamanya dlm kenangan masing2 bkn letak dlm socmed yg tak pasal2 ppl can do anything to those pics. Ini pendapat sy tp mgkn ada yg berpendapat sebaliknya. No worries, be happy.
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: Fazura Wanita Terbaik, Jodoh Dunia Akhirat – Fattah Amin


ADVERTISEMENT