Menakjubkan, Gua Penuh Dengan Kristal Amethyst! Siap Boleh Bermeditasi Di Dalamn
Ini betul-betul wow! Nak pergi sini tak?Kalau cakap tentang batu permata, biasanya yang apa yang kita fikir adalah perhiasan dan ia bukanlah besar mana pun. Tapi tahu tak di Australia terdapat sebuah gua yang penuh dengan Kristal jenis Amethyst?
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/02/105935c8s9j985jcwcjdss.jpg
Foto: Crystal Castle FB
Gua Amethyst ini sebenarnya ‘dilahirkan’ di Uruguay dan mengambil masa 120 juta tahun untuk wujud. Ianya terjadi apabila terdapat gelembung udara di dalam lahar, lalu dengan tekanan dan haba yang luar biasa bergabung dengan besi telah menjadikan berjuta-juta kristal Amethyst.
Gua Amethyst yang kini dikenali dengan nama Enchanted Cave, telah ditempatkan di Crystal Castle, di bandar Mullubimby, Australia. Di sini juga terdapat pasangan quartz geode yang paling tinggi di dunia.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/02/105935q53elfxnte95lzd3.jpg
Foto: Crystal Castle FB
Eh, tapi bagaimana gua yang berasal daripada Uruguay boleh pergi ke Australia pula? Sebenarnya, ianya hanyalah sebuah batu tongkol yang besar dan berongga penuh dengan Amethyst!
Bagi pengunjung dan penggemar kristal, mereka boleh bermeditasi di dalam gua ini. Tapi kalau nak ada sesi meditasi ini, kena buat tempahan terlebih dahulu dengan harga 80USD.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/02/105935tyuyuatloyzagvzy.jpg
Sesetengah orang berpendapat yang batu kristal mujarab bagi mengubati penyakit dan Amethyst mampu mendetoksifikasikan badan. Betul atau tidak fakta ini, ianya bergantung kepada banyak faktor.
Namun tetap kecantikan dan keunikan gua ini tidak dinafikan oleh mata setiap pengunjung yang datang.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/02/105934t3xf3iixhi6or5h3.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201801/02/105934huwp511l5rlqpno6.pngFoto: Carian Internet
Apa tunggu lagi!! Jomlah pergi! Serius, tak mungkin akan menyesal.Nak tahu maklumat lanjut klik sahaja, https://www.crystalcastle.com.au/ -CARI cantikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk Woowwwww cantik nyaaaaa Cantik
Mmg santekkkk {:childlike Cantik nye alahai {:spot iols pencinta abadi gemstone, besnyerr kalo dapat gi situ Cantikkkk nye{:childlike {:childlikeo
{:childlikeo
{:childlikeo cantiknyaaa, kaler pon lawoo cantiknye............... purpleeeee{:1_152:}
cantikkkk tp xnk la sesi meditasi, 80usd baik g mkn duit tu Cantik sangat warna dia...dari nak rasa rileks meditasi tu terus stress kene bayar USD 80 :dizzy: MyStiQu3 replied at 10-2-2018 05:39 AM
Cantik sangat warna dia...dari nak rasa rileks meditasi tu terus stress kene bayar USD 80
{:mlbigsmile:}{:mlbigsmile:}kan
tapi memang sangat cantik....{:mllove:}
Pages:
[1]