willow12 Publish time 1-1-2018 02:02 PM

(Esisi comeback) Ya Dato Rahim Razali akan kembali ke kerusi pengarah filem! Bak

Oleh kerana membaca bukan budaya kita, iols hanya ambil petikan "penting" drpd artikel yg disiarkan via utusan malaysia semalam. Hehe.. Yg rajin baca panjang2 sila ke portal utusan ye..



Setelah meraih pelbagai kejayaan demi kejayaan dan kali terakhir mengarah filem Aiman Alone (1995), Rahim kini bersedia untuk muncul kembali menerusi arahan filem terbarunya bertajuk Melayu pada pada tahun 2018.

Rahim berkata, filem terbaru itu berkisar tentang kisah politikus Melayu dan penyatuan semula orang Melayu di negara ini.

“Filem Melayu ini tentang nasib kita bangsa Melayu menjurus ke arah penyatuan semula orang Melayu.

"Filem ini sebenarnya ialah sebuah kisah cinta dalam suasana hidup dan senario politik masa kini yang bakal menyatukan semula bangsa Melayu,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Menurut Rahim, filem Melayu ini juga dihasilkan berdasarkan skrip yang ditulisnya sendiri menerusi perspektif tentang arena politik negara secara tidak langsung mengaitkan kata-kata hikmat Laksamana Hang Tuah “Takkan Melayu Hilang Di Dunia!”

“Jadi, menerusi filem ini saya nak beri pandangan sendiri, tentang pergolakan politikus Melayu di negara kita dan penyelesaiannya dari sudut orang seni,” beritahu Rahim lagi.

Mengenai siapakah hero dan heroin yang bakal membintangi filem berkenaan, Rahim memberitahu sejak mula beliau memikirkan skrip filem tersebut, pelakon paling popular tanah air, Neelofa, berada dalam radar perhatiannya.

“Sedari mula lagi watak heroin, saya bayangkan untuk Neelofa. Pelakon utama lelaki, tak kisahlah,” katanya mengakhiri perbualan.


Iols meminati karya2 pengarah/pelakon legend dato rahim razali. Zaman kegemilangan filem abang (1981) iols masih budak2 tp layan je la filem2 melayu sbb sumber hiburan sgt terhad. And karisma heols terserlah dgn filem2 heols dikatakan beri nafas baru kpd filem melayu zaman itu. Filem terakhir yg diarahkan n diterbitkan heols kalau tak silap iman alone. Well, nmpknya pd usia menghampiri 80 tahun, passion heols masih kuat in film making. Persoalannya, heols membayangkan noor neelofa sbg pelakon utamanya! Sbg peminat tok rahim razali iols hanya mampu hmmmmm....sajork. Apa komen acik2 semua?

cikbudu Publish time 1-1-2018 02:05 PM

Errmm jugok tuan tanah kedaun weiii

sharlenetexas Publish time 1-1-2018 02:09 PM

neelofa tu melayu ke?


kiah_mai_pulak Publish time 1-1-2018 02:10 PM

Bila ayat bakal sunting tu... terus rasa filem tu akan flopped giler. Baik ko pk 2-3 kali, kalau nk sunting gak, x buat comeback pun x pe la kome..

fadz84 Publish time 1-1-2018 02:10 PM

Hope DRR ni berjaya membentuk lofa jd pelakon yg sebenar-benarnya dan pkai wardrobe yg bersesuaian dgn watak / jln cerita..

ahnjaehyun Publish time 1-1-2018 02:13 PM

{:1_545:}Alhamdulillahberita yang mengembira kan di awal tahun 2018

Sila meninggal ygmasih lagi di tahun 2017 {:1_563:}{:1_563:}{:1_563:}

ahnjaehyun Publish time 1-1-2018 02:18 PM

@adeqo adakah ini genre filem/drama yang kita bincangkan suatu masa dulu? {:1_563:}{:1_563:}

masnona Publish time 1-1-2018 02:22 PM

Maka akan ada hijab koleksi melayu yach thn ni

September14 Publish time 1-1-2018 02:23 PM

Wow lofa x sabar nya nk tgk

ahnjaehyun Publish time 1-1-2018 02:26 PM

Moh ramai2 kita ke panggung:lol::lol:walaupun,lum tentu lagi lofa terima tawaran ini :$:$

p/s : dah ada dah komen2 yang sengal{:1_563:}{:1_563:}

yangsemb Publish time 1-1-2018 02:38 PM

Oh yeah? Hope its gonna be a hit

HannahMontana Publish time 1-1-2018 02:48 PM

Dato Rahim Razali sendiri pun sudah lusuh

berlakon watak bodoh dlm Mok Cun jatuh standard cari makan punya fasal terima saja lah.

Baik Dato pergi taubat saja...bukannya boleh menongkat langit.

fadz84 Publish time 1-1-2018 02:49 PM

ahnjaehyun replied at 1-1-2018 02:26 PM
Moh ramai2 kita ke panggung    walaupun,lum tentu lagi lofa terima tawaran ini

p ...

Klu betul passion dia berlakon & x bertembung ngan jadual keje yg super busy.. lofa should consider this offer .. dato rahim razali kot..

borrow Publish time 1-1-2018 03:00 PM

umo 80 , dh 20thn x direct pilem ,Actress lofa :o

Aiyo mcm disaster jah.

cahaya_almas Publish time 1-1-2018 03:02 PM

Wow..tp nape lopak...ramai lg yg best kot lakonannya...izara lg better kan....

willow12 Publish time 1-1-2018 03:06 PM

ahnjaehyun replied at 1-1-2018 02:26 PM
Moh ramai2 kita ke panggung    walaupun,lum tentu lagi lofa terima tawaran ini

p ...

Let's positive okeh.

Just day 1 of 2018, chill2 yach!

adeqo Publish time 1-1-2018 03:11 PM

ahnjaehyun replied at 1-1-2018 02:18 PM
@adeqo adakah ini genre filem/drama yang kita bincangkan suatu masa dulu?

Eh chuolss.. impiann chuolss bakalann menjadi kenyataann..

Mohonn hajjah terima offer ini... {:1_152:}
Dato Rahim Razali mesti skripp dia bersasteraa abiss..

Teringat cerita wan embong..:$lakonan hajjah best kat tele tuu..

Orgkgdukobesi Publish time 1-1-2018 03:22 PM

Teringat filem arahan DRR,tsufehsofiah...suka dgn filem tu

kiah_mai_pulak Publish time 1-1-2018 03:24 PM

cahaya_almas replied at 1-1-2018 03:02 PM
Wow..tp nape lopak...ramai lg yg best kot lakonannya...izara lg better kan....

Kann.. sallywho pun not bad apa.. jauh lebih bagus dari hajbir

umbut Publish time 1-1-2018 03:24 PM

Lofa x pandai berlakon.. asyik kerut kening je.. bagi nabila atau zara zya ke
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7
View full version: (Esisi comeback) Ya Dato Rahim Razali akan kembali ke kerusi pengarah filem! Bak


ADVERTISEMENT