XhelloX Publish time 30-12-2017 08:04 AM

Suami Macam Tak fikir masa depan

Hello semua

I dah berkahwin dengan suami dalam 6 tahun. Anak 2. Anak masih kecil (1 & 5 yo). I housewife. Husband I baru lost his job. FYI, husband I ni anak kesayangan mak dia. In law I quite ado ado, so selama kerja ni pon mak dia ada bagi duit jugak kat husband I sikit (I tau sbb I baca whatsapp dia. He would never told me sbb I akan marah). MIL I baik org nya alhamdullillah. But now dia dah lost his job, MIL I ckp cari kerja lain and sementara tu dia tanggung kitorang. We dont have much saving (boleh lasted 1-2 months) je, jadi mmg rumah, kereta, bill, school anak etc MIL bagi duit. We dont live lavishly pon, sederhana je. I sebenarnya graduate and penah kerja dalam bidang yang boleh dapat gaji tinggi di MY ni tp for some unfortunate reason I choose to b housewife. I ada side business sikit2. My husband just average student and kerja pon biasa je. But he is a loving father. Dengan anak and I dia baik.

My issue, I rasa husband I malas dan tak push himself to the outmost potential. Maybe I pon sama la kot. I dont want to be like dat so I nak nasihat forumers on how to improve ourselves togethet. Tau la kekadang laki ni kita cakap sikit sentap. I plak jenis cepat naik angin, husband calm (kekadang too calm sampai slow in everything). Please share your experience.

Bawah ni few points la yg I nak tulis bahaha nak je bagi panjang kan.

1. I dah tak sanggup hidup atas bantuan in law. Tapi I rasa my MIL ni terlalu manjakan husband smpai dia terbiasa "dibela". Dia kerja tp still kalau x cukup duit akan minta extra fund. Tak fikir nak cari income extra. It is my duty ke nak cari kan extra fund tu? I dah penah suruh husband start extra income like online business tp dia mcm lost/tak reti/kena org guide/no effort (I tak sure mana satu sbb dia tak akan bangkang tp lama2 benda tu akan berlalu pergi dibawa angin bayu)

2. No saving plan/future financial plan. This maybe due to money constrain jugak kot as he sometimes kena minta extra fund kejadah nya nk nyimpan kan. But still

3. No or little effort untuk membantu tingkatkan potensi anak. I percaya anak kecik2 la kita nak ajar dia agama, membaca. I believe in fun learnings. I kekadang akan sit down baca buku with my kid or akan nyanyi. Dan akan ajar muqaddam untuk his/her Islamic learning. But my husband jarang involved.And I susah nak make time kekadang as I have another little one to look after and house chores lagi. Kekadang nak bawak main playground or outdoor activity yg best2 pon malas nak bawak, so kekadang settle w playground depan rumah yang sendu. Anak pon dah boring main situ. Geram lah

4. Dia akan play games pastu bagi anak tgk tv/utube. I bukan lah ibu yg jaki sangat anak takleh tgk screen time segala tp agak2 la wei. Tak kan aku je nak ada effort nak drag anak dari screen time. Ko main game je kan boleh tak stop and layan anak main. Explore his/her mind instead sumbat je dgn tv.

5. I penat jadi mcm leader pulak dlm rumah ni walhal dia la patut jadi leader. I kena make decision, I kena settle anak, ajar anak, house chores, side income (tak make money sgt sbb I dont have time sgt nk mengadap). Kekadang rasa patut I settle w anyone from my field yg sah2 gaji dah 10k now but I believe in Allah's plan. I dpt husband yg penyayang. Husband I solat (kekadang ada miss - me too), but that's it. I selalu ajak jom pegi masjid, jom pegi kuliah, jom dhuha sesama, jom baca quran sesama. But wont lasted sbb I je sesorang lebih and he need the push yg I tak dpt nk bg everyday la sbb I too have my thing and kids to look after.

Sorry korang. Mcm masalah picisan pulak but really nak tau u guys punya cara and planning/experience

gereksey79 Publish time 30-12-2017 08:16 AM

Kebanyakkan points yang TT list down..ada kena mengena dengan apa yg saya lalui..my own experience..bila berlarutan ianya akan lead kepada isu yg lebih besar

Kita as a wife akan jadi “penat” dan “fed up” seterusnya boleh hilang sabar dan menjurus kepada naik suara/kurang hormat disebabkan kita nampak dia takde effort untuk improve life

Setiap orang ada expectation dalam marriage/life..sangat beruntung kalau dapat pasangan sehati sejalan

Apa yg saya boleh katakan..cuba slow talk..bincang hati ke hati agar both sides tau apa kehendak/keperluan pasangan..Seriously kalau berlarutan..akan timbul masalah yg lebih besar nanti

onexox97 Publish time 30-12-2017 10:16 AM

sama dgn sy tapi suami sy sakit, apa yg sy rasa ialah kita
nombor satu kena syukur
nombor dua kena kenalpasti kekuatan dan kelemahan masing2
nombor tiga tt kena kerja balik, sbb laki ni dia xakan bergerak bila kita suruh so kita buat je atas kapasiti kita, jangan merungut bahagian dia tak buat,
nombor empat tt kena bantu dia berusaha dapatkan kerja, at least nampak effort contoh buat uber ke
nombor lima sabar banyak diperlukan , sabar xda limit, dia infiniti, jangan berfikir pasal bercerai

XhelloX Publish time 30-12-2017 10:32 AM

onexox97 replied at 30-12-2017 10:16 AM
sama dgn sy tapi suami sy sakit, apa yg sy rasa ialah kita
nombor satu kena syukur
nombor dua ke ...

So far takde rasa nk bercerai tu (penah terfikir la time marah tp cpt2 istifar). Sebab rasa rumahtangga okay cuma kena berusaha lebih je lagi nk tingkatkan potensi diri. Part nk sama2 buat tu yang taktau camne

Kekadang tgk instagram (ni contoh je) si haniz zalikha tu rasa mcm mana dia buat ye. I yakin she is the leader hehe. Mcm mana dia boleh groom laki dia tu sampai ke tahap sekarang. I want dat (sorry I bukan karat tp apa yg baik I ambik tu je)

XhelloX Publish time 30-12-2017 10:33 AM

onexox97 replied at 30-12-2017 10:16 AM
sama dgn sy tapi suami sy sakit, apa yg sy rasa ialah kita
nombor satu kena syukur
nombor dua ke ...

I ada baca juga thread u. Smpai google what is e penyakit sbb xpenah tau. All the best to u ya sis

Cekgushilla Publish time 30-12-2017 11:20 AM

XhelloX replied at 30-12-2017 10:32 AM
So far takde rasa nk bercerai tu (penah terfikir la time marah tp cpt2 istifar). Sebab rasa rumaht ...

Hanis tu bukan dia groom si herol tu
Cuma herol tu syg sgt kt dia..dream girl dia kot..dh dpt susah2 hantaran 91k tak kan nk sesiakan
Dan dia harus buktikan hanis tak salah pilih dia..tu mmg meolls puji dia..

onexox97 Publish time 30-12-2017 11:32 AM

XhelloX replied at 30-12-2017 10:32 AM
So far takde rasa nk bercerai tu (penah terfikir la time marah tp cpt2 istifar). Sebab rasa rumaht ...

nombor keenam jangan banding life kita dgn org lain
nombor ketujuh jangan pendam masalah
nanti bawak masalah

bertabahla kita semua

onexox97 Publish time 30-12-2017 11:39 AM

XhelloX replied at 30-12-2017 10:33 AM
I ada baca juga thread u. Smpai google what is e penyakit sbb xpenah tau. All the best to u ya sis

syukur lah kalau suami takda sakit tu
masih boleh digroom
yang sakit ni pun saya masih prrcaya boleh recovered tapi kalau xnak berubat sy mohon undur diri lah, xpalah xdak wawasan nak jadi kaya pun yg penting ada usaha nak cukupkan keperluan
sekarang ni dia dok kat kampung
berubat kot
doa baik2 je lah

naina Publish time 30-12-2017 02:16 PM

Em.. Nak tolong tapi xtau nak komen apa. Tapi susah ckit kalau laki dah biasa hidup senang dan sentiasa dibantu. Kira manja la. Takut2 oneday klu mil dh xde ke apa dah xde tmpt bergantung masa tu dh trlmbat..
Pasal anak tu.. Huhu rumah kitorng xde tv skng.. So anak2 memang kena layan la cakap2, mmbaca. Round2 taman naik moto pg playground mana2..try la u.

XhelloX Publish time 30-12-2017 03:18 PM

naina replied at 30-12-2017 02:16 PM
Em.. Nak tolong tapi xtau nak komen apa. Tapi susah ckit kalau laki dah biasa hidup senang dan senti ...

Bagus juga camtu kan. Tak bukak tv. Kena kerjasama dgn husband sbb yg selaku bukak dia haha sbb dia nk main game.

Ye saya pon takut kalau mil dah xde dia lost. I just want a stabil income jw now so that I boleh focus dkt anak2. Sekarang rasa too much dlm otak and kekadang rasa buat single parenting

naina Publish time 30-12-2017 05:33 PM

XhelloX replied at 30-12-2017 03:18 PM
Bagus juga camtu kan. Tak bukak tv. Kena kerjasama dgn husband sbb yg selaku bukak dia haha sbb di ...

Uols ada buat invesment tak utk masa depan u dan anak2. Since u kata saving takde.. Maybe u ada invest insurans ke dah tolak utk byr aset ke apa ke.. Sbb mcm weols pon susah nk dpt saving sbb husbnd sorg je keja.. Cume kite byk tolak pada benda2 cmtula masa depan atau masa susah ke..
Tv tu dah rosak. Hntr kedai xbaiki2 lagi. Husbnd xnk beli baru.. Nnt asik tgk tv jer.. Baik layan main2 dgn dorg. Biar rosak segala barang dlm rumah dorg explore. Bg iols its okay as long dia rajin layan anak2. Bw jalan2.

sarahmirza Publish time 1-1-2018 01:18 PM

Bukan tak fikir masa depan tapi tak bercita2 tinggi.
Cukuplah dengan apa yang ada..
Lebih kurang macam tu la.
Buat masa ini, jangan menambah anak ya TT.
Sekarang zaman duit, nak kencing pun kena bayar.

rospinki Publish time 1-1-2018 01:31 PM

Ya..zaman duit:lol:

Ada duit semua jadi. Cakap kosong bole masuk lombong{:1_563:}

alieyrina Publish time 1-1-2018 04:48 PM

Susahla kalau manja mcm tu..semua pun ada fund..mcm mana nak move 4wd..dia kena dpt wake up call atau kena penampaq sedas 1 hari baru dia bangun ..hg amik ja lah selagi mak mentua nak bagi..

jiran aku pun xdak tv..sampai anak dia kata umah aku best sbb ada tv..
Heehehe..dia sewa umah sebelah dia suruh tuan umah angkut tv dr umah tu..

mr_cool5885 Publish time 1-1-2018 05:42 PM

Hubby ank sulung ke.

yangsemb Publish time 1-1-2018 05:54 PM

Ooopppss...after 6 years of marriage, yur savings can only last for 1-2 mons...macam suspen pulak baca. Iolls rasa, elok u kerja balik mengikut kelulusan yg u ada when u find caretaker yg dipercayai utk jg anak2 u. Altho yur MIL support yr fam now & before, but who knows kann apa yg bakal mendatang.
Othwise, hopefully yur hubby dah ada asset2 spt rumah, tanah or kedai ke altho he is not cash rich. Maaf terbanyak bicara pulak..

onexox97 Publish time 1-1-2018 07:11 PM

mr_cool5885 replied at 1-1-2018 05:42 PM
Hubby ank sulung ke.

hubby sy yg sama ciri dgn suami tt ni anak sulung

mr_cool5885 Publish time 2-1-2018 02:35 AM

onexox97 replied at 1-1-2018 07:11 PM
hubby sy yg sama ciri dgn suami tt ni anak sulung

Tbh ank lelaki sulung (ank 1st lelaki) mmg ibu akn terlebih syg compare to yg laen.

penmerah Publish time 2-1-2018 02:56 AM

Kalau aku jadik TT dgn Gini Gaya hubby... Idoklah aku berhajat nk tambah anak

onexox97 Publish time 2-1-2018 09:11 AM

mr_cool5885 replied at 2-1-2018 02:35 AM
Tbh ank lelaki sulung (ank 1st lelaki) mmg ibu akn terlebih syg compare to yg laen.

plus point utk lebih disayangi
dia sahaja anak lelaki
Pages: [1] 2
View full version: Suami Macam Tak fikir masa depan


ADVERTISEMENT