Makan Nasi Tampi Dalam Rumah Berusia 100 Tahun! Marilah, Di Rumah Makan Sri Mual
Sekarang ni kalau tanya nak makan di mana, kebanyakan mesti terfikir nak pergi cuba restoran yang paling baru. Tapi pernah dengar tak tentang Rumah Makan Sri Muallim yang beroperasi di dalam rumah berusia lebih 100 tahun?Rumah Makan Sri Mualim terletak di Tanjung Malim, Perak dan ianya unik bukan sahaja disebabkan sejarah yang terkandung di dalamnya tetapi dari segi hidangan makanan ala tradisional yang ditawarkan.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/29/161801xjcssjcrz50crbac.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/29/161800z585p48h08wy8wh8.jpgFoto: FB
Rumah kampung yang diubah suai menjadi tempat makan ini dibina tanpa paku, dan menariknya pelanggan dapat merasai suasana kampung dengan makan bersila.
Sebagaimana Rumah Makan Sri Mualim ini bertemakan Melayu tradisional, begitu juga dengan menu makanan yang dihidangkan. Pelanggan yang datang boleh menikmati masakan tradisional masyarakat tempatan zaman dahulu iaitu Nasi Tampi.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/29/161801ubk9ke2gadnznoga.jpgFoto: FB
Set nasi tampi ini mempunyai tiga pilihan lauk utama iaitu kari kepala ikan, kari kambing atau asam pedas kambing bersama ayam percik bersantan dan telur masin goreng. Set ini juga datang dengan Sambal Buruk, resipi asli turun-temurun.
Akhir sekali, hidangan tradisional dan bersejarah ini berakhir dengan pencuci mulut iaitu kayu rebus atau pisang muda rebus bersama kelapa parut.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/29/161801aqoqnpqbqsodm8rb.jpgFoto: Berita Harian
Minuman yang dihidang pula adalah air serai yang penuh dengan khasiat dan kebaikan untuk kesihatan.
Rumah Makan Sri Mualim
Alamat: Simpang empat UPSI, Tanjung Malim, Perak
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/29/161801pnq9dxud9rxgtf9f.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/29/161800jus4sm4s555lln4s.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/29/161801st58w588ven80z6x.jpgFoto: FB
Dengan pelbagai pilihan yang ada, memang terliur memikirkan tentangnya. Jadi tunggu apa lagi, datanglah ke Tanjung Malim untuk menikmati pengalaman makan hidangan Melayu tradisional! -CARI
Sedaaaaapppnye tengok. Tetambah ubi kayu rebus tu. Da lama x makan. :drool3: Woww sedap nya lauk gini...teringin nk makan 'kayu rebus' {:smile hagham xtau
pd hal org perak jgk ni;P
xpe2...ade rezeki, sok2 jom kita pi ramai2 hmmm peha ayam tu sedapnyaaaaa :drool3: Nampak sedapppp cemuih dh mkn laguni:lol: pencuci mulut kayu rebus????{:question balik kg nnt blh sggh dlu.. nmpk sdap.. sedapnye
{:teatime Jangan lupa makan pau juga ya Berapa harga sedulang tu? Mcm menarik je. Boleh buat short gateway ke belah sana Sedap plak nampak ubi kayu rebus tu nampaknya. Aiseh Menarik mknan yg dihidang kn berapa satu set tu Wahhh...nampak menarikss trrtarikksss {:smile sedapnyaa.. nak try lah mak aii dah macam nasi ambeng
sedapnye supernaturalee replied at 29-12-2017 05:13 PM
hagham xtau
pd hal org perak jgk ni
ooo org perak ka?
nt uols bgtau sedap ke tak.
nmpk menyelerakan sgttt :D
ipanimanz1 replied at 30-12-2017 12:37 AM
sedapnye
{:teatime
sedap2 juga, regenya camana?
Pages:
[1]
2