Cari-Norlili Publish time 22-12-2017 10:47 AM

Bro, Betulkah Lelaki Mudah Move On Berbanding Wanita?

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/21/191531bcjctrrfvptf8cws.jpg
Foto: pecels.com




Apabila wujud hubungan cinta antara dua hati, memang takkan dapat lari dari perasaan patah hati atau putus cinta di tengah jalan. Inilah kitaran kehidupan yang harus dilalui meskipun hati kita sakit.


Kalau boleh, janganlah berterusan dalam kesedihan. Pergilah bercuti di mana-mana atau sibukkan diri dengan urusan kerja atau aktiviti seharian. Mungkin hati lebih tenang seketika atau mana tahu boleh terus lupakan kisah sedih itu, kan?




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/22/103353r8vvasa4bv3rjrna.gif



Ramai yang percaya, kalau dalam hal patah hati ni lelaki lebih mudah move on berbanding wanita. Kadang-kadang kita tengok ada lelaki yang nampak cool sahaja sampaikan segelintir wanita menyangka, lelaki langsung tak pernah peduli dengan perpisahan.


Memang tak ikhlas sayang ke, macam mana? Langsung tak nampak terkesan pun dengan perpisahan tu sedangkan wanita lebih menderita sedih.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/22/103837akfaee4mfa3r81am.gif



Namun, fakta yang ramai tidak tahu sememangnya lelaki memang lebih mudah move on berbanding wanita. Malah ada kajian menyatakan kebanyakan lelaki memerlukan hanya sebulan untuk move on berbanding wanita yang memerlukan lebih dari 4 bulan.




Kenapa ya?


Ini kerana lelaki memiliki kekuatan hati yang tinggi dalam mengawal perasaan sendiri. Sebab itu logik adalah perkara yang teratas dalam kehidupan mereka. Bagi mereka perhubungan yang bermula dan berakhir itu adalah kitaran dalam kehidupan manusia, jadi mengapa perlu berlebihan?





https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/22/104107dsm7s3fu0fhfznrs.jpgFoto: The MagZone






Namun, tak bermaksud mereka langsung tidak peduli atau tidak berperasaan. Tetapi, ia adalah kelebihan mereka sebagai seorang lelaki untuk cepat melupakan sesuatu yang tak dapat dijangkau.


Kalau diambil dari sudut positif, wanita haruslah mencontohi makhluk bernama lelaki ini untuk segera bebas dari 'drama patah hati'. Bersedih tu tak salah, ia normal bagi kita manusia biasa. Cuma jangan berlama-lamalah ya, takut memudaratkan diri sendiri. - CARI

mdhelmi Publish time 22-12-2017 12:16 PM

sbb beza cara berfikir
laki otak bercabang
pompuan otak lurus

yangsemb Publish time 22-12-2017 08:50 PM

Iye kott..specially klu dh ada spare tyre {:run

zakiahmahadi Publish time 30-12-2017 07:13 AM

Mungkin betul sbb pemikiran lelaki dan perempuan berbeza
Pages: [1]
View full version: Bro, Betulkah Lelaki Mudah Move On Berbanding Wanita?


ADVERTISEMENT