R2D2 Publish time 21-12-2017 11:20 AM

Tular petua nenek perangkap lipas dalam kereta

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/lipas_cropped_1513774117.jpg



Buat perangkap lipas ikut petua nenek, kongsi di media sosial dan tular.

Betapa tidak, dengan hanya menggunakan minyak masak, susu pekat, dan marjerin, lebih 30 ekor lipas masuk ke dalam perangkap dihasilkan.

Peniaga, Muhammad Ridhwan Abdul Rashid, 22, tidak menyangka apa yang dihasilkan mendapat perhatian.

"Sebelum ini saya gunakan penyembur serangga tetapi tidak berkesan. Nenek beri saya petua bagi membunuh lipas yang berkeliaran di dalam kereta.

“Saya hanya campurkan tiga bahan iaitu minyak masak terpakai, susu pekat dan marjerin di dalam bekas dan letakkan di dalam kereta semalaman," katanya.

Muhammad Ridhwan berkata, cubaan kali pertama itu berhasil apabila dia berjaya memerangkap lebih 30 lipas.

“Banyak lipas terperangkap. Puas hati apabilapetua nenek itu berkesan menyebabkan saya buatkan untuk ahli keluarga yang lain," katanya.

Menurutnya, petua itu dikongsi di Twitter miliknya pada Isnin lalu dan mendapat 8,412 Retweet.

"Tidak sangka petua itu tular dan mendapat komen. Ada yang mencuba dan berhasil," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Disember 2017
Pages: [1]
View full version: Tular petua nenek perangkap lipas dalam kereta


ADVERTISEMENT