Cari-Hafizi Publish time 18-12-2017 02:58 PM

5 Hiking Port Rare Di Perak Wajib Cuba! Moh Le Kita Yob Yong

Boleh dikatakan kebelakangan ini aktiviti hiking menjadi aktiviti pilihan ramai selain berbasikal dan berlari.


Bagi yang duduk di Perak, atau luar Perak pun boleh! Tengok senarai di bawah, ini lima Hiking Port paling rare anda wajib cuba sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.


Bukit Engku Busu, Lumut
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/18/134235i84pqozyrr5oz67p.jpg
Bukit Engku Busu mempunyai 8 Check Point


Terletak di Lumut, Bukit Engku Busu antara bukit yang sedikit mencabar bagi beginner yang mulaberjinak hiking kerana laluannya yang sedikit curam dengan batu dan berakar.


Mempunyai ketinggian 331.4 meter bersamaan 1,087 kaki dari aras laut, bukit ini mempunyai dua laluan dengan lapan titik semak (check point). Jika anda sampai ke puncuk Bukit Engku Busu ia adalah kawasan rata yang dikelilingi pokok tanpa ada pemandangan yang menarik.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/18/135445am1r11cx3xc9me1j.jpg
Laluan yang sedikit mencabar di Bukit Engku Busu, Lumut


Namun jika anda ingin melihat pemandangan yang begitu menenangkan sambil menikmati kesejukan angin yang bertiup terdapat satu bahagian di antara CP 6 dan CP 7 yang menjanjikan pemandangan separuh kem Navy, pulau pangkor serta lautan.


Bukit 300, Teluk Batik
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/18/133941vvvmvdmvz9q8n8e5.jpg
Laluan di Bukit 300, Teluk Batik yang santai


Berbeza dengan Bukit Engku Busu, Bukit 300 merupakan bukit yang cukup popular di kalangan penduduk tempatan. Ini kerana keadaannya yang cukup santai bagi mereka yang ingin hiking.


Nama Bukit 300 diambil daripada tingginya 300 meter dari paras laut dan mempunyai sembilan titik semak (check point) yang sentiasa kelihatan semasa mendaki.


Tetapi awas, bagi mereka yang baru mula mendaki anda mungkin akan diuji dari segi mental kerana keadaan laluannya yang kelihatan seakan mencabar hingga ada yang boleh berputus asa.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/18/134752mpexgm2ggs28gspl.jpg
Puncak Bukit 300, Teluk Batik


Bukit 300 ini cukup sesak dan penuh ketika hujung minggu kerana menjadi tumpuan ramai termasuk yang sudah berkeluarga untuk beriadah bersama keluarga di hujung minggu. Di puncak Bukit 300 terdapat kawasan rehat yang cukup menenangkan bersama kemudahan seperti pondok, kerusi serta buaian untuk berehat selepas penat mendaki.


Bukit Kledang, Ipoh
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/18/144415s191z12w7bb9bau7.jpgPemandangan dari Bukit Keledang, Foto: kakisini.com.my


Bukit ini cukup popular dikalangan penduduk Ipoh dan menjadi pilihan semua peringkat umur untuk beriadah sama ada awal pagi mahupun petang kerana mempunyai beberapa laluan hiking.



Dengan ketinggian 800 meter bersamaan 2,640 kaki dari paras laut Bukit Kledang menawarkan anda pemandangan hutan yang menenangkan disamping anak sungai serta air terjun.


Laluan untuk kepuncak bukit terdiri daripada beberapa trek hutan serta jalan berturap. Menurut laman sesawang Kaki Sini terdapat empat laluan mendaki yang paling terkenal iaitu 4-2, 4-3, 4-9 dan RTM.


Setiap laluan mempunyai tempoh masa perjalana yang berbeza bagi laluan 4-2 anda perlu mendaki selama satu jam, 4-3 satu jam 30 minit, 4-9 dua jam dan RTM selama empat jam.

Bukit Batu Suloh, Ulu Kinta, Ipoh
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/18/144649ycl3iecoz30ooee3.jpgFoto: Eypoh Hiker's




Terletak di Ulu Kinta Ipoh, Bukit Batu Suloh berkongsi laluan yang sama untuk ke Gunung Korbu dengan ketinggian 401 meter bersamaan 1,253 kaki.


Menurut Blog Eypoh Hiker's, laluan untuk ke Bukit ini adalah laluan yang sama ke Gunung Korbu di mana perlu masuk ke kiri kawasan Rekreasi dan anda akan menjumpai perkampungan Orang Asli dengan perjalanan sepanjang dua kilometer lagi sebelum sampai di kaki bukit.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/18/144649dhe42kzslskffs6s.jpgFoto: Eypoh Hiker's




Di permulaan pendakian anda akan berjalan di laluan denai yang agak berbukit sedikit sebelum berjumpa dengan laluan yang agak pacak. Trek ini juga sedikit licin dan memerlukan anda untuk berpaut pada akar-akar yang ada.


Selepas sampai di puncak anda akan dapat melihat beberapa gunung berdekatan seperti Gunung Korbu, Gunung Gayong dan Gunung Yong Belar.


Bukit Bangkong Chemor, Ipoh
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/18/133911m2dzzabjg44444zp.jpg
Pemandangan dari Bukit Bangkong, Chemor - Foto: Eypoh Hiker's


Bagi yang ingin menikmati pemandangan menakjubkan sekitar Chemor, Kanthan, Jelapang dan bandar berhampiran sekitar Ipoh anda boleh cuba mendaki Bukit Bangkong, di Chemor ini.


Setinggi 300 meter bersamaan 1,022 kaki dari aras laut bukit ini terletak berhampiran dengan Kampung Baharu Tanah Hitam, Seri Desa Tanah Hitam dan Kemajuan Tanah Ulu Chemor (Kaki Sini).


Laluan yang santai dan sedikit pacak hanya memerlukan masa sekitar satu jam untuk sampai ke puncak bukit ini bagi menikmati pemandangan menakjubkan


Kaki Hiking apa lagi nak tunggu? Moh le kita! -CARI

aleesyasofia Publish time 18-12-2017 10:19 PM

blik kg lps nie blh ler cuba..

yangsemb Publish time 19-12-2017 07:35 PM

Moh le kite rerameiii {:give

Cari-Faizal Publish time 20-12-2017 01:56 PM

boleh cub ni. skrg ni pun mcm dh jinak2 dlm aktivit hiking
Pages: [1]
View full version: 5 Hiking Port Rare Di Perak Wajib Cuba! Moh Le Kita Yob Yong


ADVERTISEMENT