Cari-Faizal Publish time 15-12-2017 12:04 PM

Ramai Kata Susah Cari Lokasi Air Terjun Sungai Pandan Di Kuantan. Nah! Ini Koord

Kuantan adalah salah satu daerah di negeri Pahang yang terletak dibahagian Pantai Timur. Bila lokasi di Pantai Timur biasanya kawasan bentuk muka buminya terdiri daripada laut.

Tapi, ramai yang tidak tahu di Kuantan terdapat tempat peranginan air terjun. Wow, memang menarik!

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/02/215755l3v193ctgq7dqcdd.png

Lokasi air terjun Sungai Pandan, Panching Kuantan berada kira-kira 36 KM dari pusat bandar Kuantan melalui simpang bersebelahan Masjid Jaya Gading, Kuantan.


Sepanjang perjalanan, anda akan melalui jalan yang kiri dan kanannya adalah ladang kelapa sawit dan kuari. Kedengaran agak adventure juga kan. Tetapi jika anda nak guna google maps pun boleh. Taip jer koordinat (3.7905471,103.1447454) insyallah sampai la nanti.

Bayaran masuk ke Air Terjun Sungai Pandan

Untuk memasuki tempat ini anda dikenakan bayaran RM 2 bagi dewasa dan kanak-kanak bagi mereka yang masih bersekolah rendah. Ada juga bayaran tambahan bagi mereka ingin parking kereta di tempat lebih dekat dengan kawasan air terjun. Tetapi, mereka yang meletakkan kereta di kawasan pintu masuk hutan rekreasi, ia adalah percuma.


Tapi kena berjalan jauh sedikit la ke tempat air terjun tu. Di sini terdapat beberapa tingkat air terjun, tapi bagi memudahkan pengunjung yang membawa anak-anak kecil, ada baiknya anda memilih dikawasan bawah sahaja kerana terdapat kolam yang telah dibina bagi kemudahan anak-anak untuk berenang. Tempat ini lebih selamat.

Jom tengok gambar sekitar kawasan air terjun Sungai Pandan, Panching Kuantan

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/02/215754o1qq6aj2118t9j2f.png


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/02/215755nf41z8cqec8uemqu.png

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/02/215756sg0vxphxxs4xxsx9.png

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/02/215757d1ze1rsh13qy5sq1.png

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/02/215757xpphqshlk71sm7ss.png


Secara keseluruhannya tempat ni memang best sekiranya anda semua ingin melakukan aktiviti bersama rakan-rakan atau keluarga. Segala kemudahan asas seperti tandas dan surau ada di sini.


Selain itu, ada juga ruangan yang disediakan untuk anda membuat BBQ siap ada tempat pemanggang lagi. Tapi ianya ikut konsep siapa cepat dia dapat la.


Tapi kalau lambat pun boleh je guna alternatif lain dengan kreativiti sendiri untuk membuat tempat pemanggang.

Selamat bercuti ke sini!- CARI

CardiGans85 Publish time 15-12-2017 12:06 PM

Hari tu g kuantan igt nk pegi cni tp hujan la pulak.

kikuri Publish time 15-12-2017 12:20 PM

dah elok ke tmptnya... 4 tahun lepas aku siap mandi sekali dgn bewak... mmg pastu aku xnk pg dh walopon xdelah jauh dr rumah

nisako Publish time 15-12-2017 01:16 PM

wah menarik ni...............

Amina_Mirza Publish time 15-12-2017 01:45 PM

Cantik jugak tempat ni. Boleh pegi nanti

moonbug Publish time 15-12-2017 02:23 PM

Lama tak pegi sini. Last tahun 2008

miemiecha Publish time 15-12-2017 03:17 PM

bertahun dah x g,..
ok lah amik bayaran utk pemulihan..
blh g nih

dubuk Publish time 15-12-2017 03:40 PM

dah sampai panching ni terbaik

kamil8891 Publish time 15-12-2017 08:59 PM

hahaha aku lepas je dengar berita kes budak maut kene air kencing tikus sampai la ni aku tak pergi mandi... dulu tempat yg air terjun turun tu lebar siap ade couple bawah bawah turjahan air tu...sekarang ni dorg da pecahkan n air tu jd dua terjunan hahahaha

yangsemb Publish time 17-12-2017 12:29 PM

Cantiknya {:cryrun

saviour_09 Publish time 19-12-2017 09:03 AM

dah makin bersih..bagus la
aku nak syor orang luar pergi mandi2 sini pun tak segan dah
ni asyik2 mandi kuala kenau je ;P
Pages: [1]
View full version: Ramai Kata Susah Cari Lokasi Air Terjun Sungai Pandan Di Kuantan. Nah! Ini Koord


ADVERTISEMENT