Cari-Zai Publish time 15-12-2017 10:59 AM

Biskut 3 Bahan Yang Rangup Dan Sedap Gila! Sila Percaya, Okey

Bayangkan biskut yang mempunyai tiga bahan saja tapi rasanya memang tidak akan anda lupakan sepanjang hayat! Ia tidak lain tidak bukan – shortbread! Senang dan cepat nak buat, tau. Kalau malas juga, tak tahulah nak kata apa.


Anda tidak akan mahu membeli biskut mentega lain yang diimpot dan dijual di dalam tin (serta mahal harganya) setelah merasai shortbread yang anda buat sendiri ini!




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/12/181922ayswi233yg8dhjii.jpg
Ayak gula aising sebelum dihidangkan
Foto: myfoodbook



Sedap betul makan bersama secawan teh atau kopi. Nak-nak dapat semangkuk aiskrim di sebelah. Fuh, memang layan habis!


Kalau rajin atau sukakan hiasan yang cantik-cantik, boleh juga dibungkus dengan kertas yang cantik macam hadiah. Atau anda boleh tabur hiasan manik, badam mahupun cip coklat di atas biskut.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/12/182333kda2c2itwztvt5f7.jpg
Boleh hias dengan 'Royal Icing' berwarna-warni
Foto: thescullykitchen



Inilah asas doh biskut yang sungguh mudah. Mentega (bukan marjerin), gula kastor dan tepung gandum. Kalau nak lebih rangup, boleh tambah sedikit tepung beras. Tak guna telur langsung, jimat kan!



Pilihlah mentega paling baik kerana aromanya lebih harum. Mentega terbaik (harga mahal sikitlah) diperbuat daripada krim susu tulen dan tiada campuran soya, kelapa sawit atau jagung. Namun, jika anda tidak sukakan rasa mentega, boleh digantikan dengan marjerin. Bagi yang tak tahu, shortbread adalah dasar (base) untuk kek keju.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/12/182503p5cpmxj8cqp7yq2x.jpgBahan utama, tak nak guna tepung beras pun tak mengapa



Pastikan anda menekan doh supaya rata dan sama ketebalannya. Jika ada bahagian shortbread yang tebal, ia tidak akan masak sempurna. Manakala, bahagian nipis akan lebih cepat hangus. Jadi, sentiasa pastikan ketebalannya sekata. Potong dengan pisau tajam supaya membentuk jejari atau segi empat. Bila shortbread sudah masak, barulah dipotong terus dan dialih ke atas redai untuk menyejukkannya.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/12/182707sy333u3n553a3kve.jpgAdunan shortbread mudah diubahsuai. Nak perisa oren, cip coklat atau kismis atau koko, kurangkan tepung sukatan yang sama.
Foto: bettycrocker



Bahan Biskut Shortbread:
125 gram (g) mentega
50 g gula kastor
175 g tepung gandum, diayak
1 sudu besar tepung beras (opsyenal)
Gula kastor, untuk tabur




Cara Membuatnya:


1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan tepung dan tepung beras (jika guna). Uli perlahan hingga menjadi doh.
3. Lengser tin pembakar berukuran 25-26 cm dengan mentega.
4. Ratakan adunan tadi, biar sekata tebalnya dalam anggaran 4mm.
5. Cucuk permukaannya dengan garpu.
6. Potong bentuk jejari tapi jangan sampai putus.
7. Bakar pada suhu 160 darjah Celsius selama 40-45 minit atau hingga keemasan. Bila sudah masak barulah dipotong hingga putus.






https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/12/183137jmmdm65ejmmr7m6u.jpgSesuai sebagai cenderahati atau Krismas





Semudah 1, 2, 3 saja kan? Selamat mencuba semua! - CARI





sapasapa Publish time 14-5-2021 06:03 PM

Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!
Pages: [1]
View full version: Biskut 3 Bahan Yang Rangup Dan Sedap Gila! Sila Percaya, Okey


ADVERTISEMENT