kookie92 Publish time 15-12-2017 12:13 AM

PERTANYAAN TENTANG PENULISAN NOVEL

Assalammualaikum. Terima kasih sudi membaca. Saya ialah penulis yang baru berjinak2 hendak menghantar karya saya kepada publisher di Malaysia. Saya mungkin akan menghantarnya ke SRpublication kerana saya minat dgn Siti Rosmizah. Saya ingin bertanya pendapat dan tips tentang pemilihan publisher kerana saya pernah terbaca ada sesetengah publisher yang menindas novelis sendiri dari segi royalti. Dan jika saya menghantar novel &seterusnya diterima, bagaimanakah perkiraan peratus royalti dan betulkah saya perlu menunggu setahun untuk mendapatkan hasil yang pertama? Ada novelis disini boleh berkongsi pendapat ?

ladyFinger12 Publish time 15-12-2017 10:22 AM

Edited by ladyFinger12 at 15-12-2017 10:25 AM

waalaikumussalam.

1. tentang pemilihan publisher
depends pd genre manuskrip kita. Sebagai contoh kalau action thriller mkin fixi, legend press
kalau cinta, kseni/pu2, intens, love novel dan byk lagi

2. tentang royalti
publisher menindas penulis mkin ada tp tak tahulah siapa yg dah terkena dan yg mengena
peratus royalti ditentukan oleh publisher. Boleh check dekat laman web mereka. Selalunya ada diterangkan pd bahagian syarat2 menghantar manuskrip ATAU semasa surat tawaran setuju terbit diterima pun ada dinyatakan. Kalau rasa publisher menindas, JANGAN terima. Mudah saja

Tempoh masa royalti dibayar... selalunya 9 - setahun mungkin. Tp itu utk cetakan pertama. Cetakan kedua dan seterusnya lebih cepat. Bergantung kp publisher juga. Semua itu ada dinyatakan dlm surat perjanjian setuju terbit

Ada publisher bg deposit mcm SR publications. Tapi x byk. Kalau tak silap rm500. Jumlah akan ditolak dari royalti pertama yg bakal diterima nanti.

Sebagai tambahan, sila perhatikan dlm perjanjian adakah manuskrip dibeli terus hak cipta atau sementara saja. Selalunya penulis tak jual hak cipta. Kontrak hak milik sementara saja iaitu dlm tempoh perjanjian terbitan. Misalnya 3 tahun atau 5 thn

Ipo Publish time 20-12-2017 11:36 PM

ladyFinger12 replied at 15-12-2017 10:22 AM
waalaikumussalam.

1. tentang pemilihan publisher


Oh sekarang ni, masih ada publisher beli terus manuskrip ke?:o

Ipo Publish time 20-12-2017 11:43 PM

Pemilihan publisher ni bergantung kepada genre cerita. Rumah penerbit ni ada bermacam- macam stail. Kalau tt dah pilih SR Publication, bermakna genre manuskrip tt tu genre cinta.
So, untuk genre cinta , banyak je publisher yang nak genre gini:
Karya Seni
Karnadya publishing
Fajar Pakeer
Lovenovel publication
Idea kreatif publication
Intens publication
Annasaa

Jangan pulak hantar ke Fixi, Lejen press, dan rumah penerbitan indie yang lain pulak:lol:. Genre cinta publisher indie ni lain sikit

ladyFinger12 Publish time 22-12-2017 03:45 PM

Ipo replied at 20-12-2017 11:36 PM
Oh sekarang ni, masih ada publisher beli terus manuskrip ke?

tak tahulah ipo tp perlu hati2 juga masa baca agreement. Jgn tertipu plak nnti

kookie92 Publish time 14-2-2018 03:48 PM

ladyFinger12 replied at 15-12-2017 02:22 AM
waalaikumussalam.

1. tentang pemilihan publisher


Tima kasih atas maklumatnya..
Ye sy akan berhati2 semasa sain agrement..hee
Doakan saya ye..hehe..

kookie92 Publish time 14-2-2018 03:48 PM

Ipo replied at 20-12-2017 03:43 PM
Pemilihan publisher ni bergantung kepada genre cerita. Rumah penerbit ni ada bermacam- macam stail....

tima kasih ipoo..

ladyFinger12 Publish time 15-2-2018 12:34 PM

kookie92 replied at 14-2-2018 03:48 PM
Tima kasih atas maklumatnya..
Ye sy akan berhati2 semasa sain agrement..hee
Doakan saya ye..hehe ...

Oh, mms sudah diterima ya? Tahniah n all the best. Tajuk apa?

kookie92 Publish time 4-4-2018 10:22 PM

ladyFinger12 replied at 15-2-2018 04:34 AM
Oh, mms sudah diterima ya? Tahniah n all the best. Tajuk apa?

belum lagi lady.. Still tengah siapkan .. Dah 98% cuma nak touch up sikit2.
Pages: [1]
View full version: PERTANYAAN TENTANG PENULISAN NOVEL


ADVERTISEMENT