melnanzz Publish time 14-12-2017 04:25 PM

[V71] All About Fattah Amin **berangkat ke Eropah untuk berbulan madu **Menang A

Edited by melnanzz at 24-12-2017 04:53 PM

ALL ABOUT FATTAH AMIN

VOLUME 71


Sambung borak pasal Fattah Amin kat sini. Latest gosip pasal Fattah Amin, please visit bod gosip tempatan.


Sementara tu, jom layan OST Coffee Prince: Selalu by Insomniacks


VjD5b0_r2_0



Latest mainstream news pasal Fattah:


http://www.mstar.com.my/Themes/MSTAR/img/mStarLogo.png
Fattah 'Hilang' Selepas Produksi Tukar Perancangan
Diterbitkan: Rabu, 13 Disember 2017 2:05 PM
Oleh: NUR ASYIKIN MAYUDIN
asyikin@thestar.com.my

http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2017/12/13/13/22/emarina%201.ashx
Emarina dan Fattah ketika berada di belakang pentas sebelum bersiaran langsung. Foto Instagram: @aqoimran

PETALING JAYA: Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Kamal menafikan pelakon Fattah Amin bersikap tidak profesional dan tidak mahu Neelofa kendali segmen pertama program MeleTOP pada malam Selasa.

Emarina berkata, Fattah sememangnya mempunyai urusan yang tidak dijangkakan dan terpaksa pulang beberapa minit sebelum program itu bersiaran secara langsung.

"Jika Fattah tak nak jumpa Neelofa, dari awal lagi dia tak datang dan terus balik sebaik saja selesai bersiaran bersama Hlive.

"Dia memang sudah bersedia di belakang pentas tapi beberapa minit sebelum kami nak bersiaran secara langsung, dia terpaksa pulang.

"Sebab ada urusan yang tidak dijangkakan dan tidak dapat dielakkan," kata Emarina ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/12/13/fattah-astro/~/media/db20bd7b375a46b2aa11997397d20a80.ashx
Ramai yang membuat spekulasi Fattah tidak profesional apabila tidak mahu Neelofa mengendali program tersebut

Emarina diminta mengulas spekulasi mengenai Fattah yang dikatakan enggan muncul dalam program tersebut disebabkan tidak mahu bertentang mata dengan Neelofa.

Mengikut perancangan awal, Fattah akan muncul bersama Fahrin Ahmad bagi tujuan mempromosikan drama My Coffee Prince lakonan mereka yang kini disiarkan di Astro Ria pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam.

Tambah Emarina lagi, pihak dia berterima kasih kepada Fattah yang sanggup memandu kereta dari Kedah untuk memenuhi undangan bagi mempromosikan drama berkenaan.

"Kami ingin berterima kasih pada Fattah dan pihaknya yang sanggup memandu pagi-pagi dari Kedah untuk promosi drama terbarunya.

"Kalau diikutkan jadual Fattah sangat padat dan dia juga terpaksa membatalkan mesyuarat penting untuk hadir ke program yang sudah dijadualkan," ujarnya.

Dalam pada itu, pihak Astro juga memohon maaf mengenai status yang dimuat naik di laman Instagram rasmi program tersebut sehingga menimbulkan perbalahan.

Menurut Emarina, segala kekeliruan antara pihak Neelofa dan Fattah sudah diselesaikan selepas tamat program tersebut.

"Kami mohon maaf sebab tidak nyatakan secara jelas mengenai situasi ketika itu. Fattah memang ada tapi dia tidak dapat hadir secara langsung.

"Kekeliruan antara pihak Lofa dan Fattah juga sudah selesai selepas program tamat bersiaran," kata Emarina.

http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/12/13/fattah-astro/~/media/3c53fc08f37c41259405dc16f148819a.ashx
Fahrin (kiri) turut terkejut apabila Fattah tidak muncul di saat-saat akhir.

Fahrin Ahmad Tidak Sedar Fattah Hilang

Sementara itu Fahrin yang turut berada di lokasi kejadian memberitahu dia sendiri hanya sedar ketiadaan Fattah sebaik dahaja dia naik ke pentas set MeleTOP.

Kata Fahrin, pada awalnya dia dan Fattah sudah dimaklumkan pada sesi taklimat yang mereka perlu muncul pada segmen pembukaan rancangan itu tanpa adanya pengacara namun ia ditukar pada saat-saat akhir.

"Kami membuat persiapan untuk mengendalikan segmen pembukaan MeleTOPberdua (bersama Fattah) sahaja pada awalnya, namun pihak produksi membuat perubahan saat-saat akhir yang mana turut ada Neelofa dan Nabil.

"Dalam kesibukan itu saya naik ke pentas dan mencari-cari, Fattah sudah tiada. Saya juga terpingga-pingga kemana dia menghilang secara tiba-tiba," ujarnya.

Fahrin berkata, dia terdahulu bersama-sama Fattah mempromosikan drama lakonan mereka dalam program Hlive! di lokasi yang sama sebelum ke program popular tersebut.

Bagaimanapun, Fahrin berkata, mujur dia seorang yang berpengalaman dan mampu mengendalikan situasi berkenaan secara bersendirian.

"Kami (Fahrin dan Fattah) sudah rancang apa yang masing-masing patut cakap tapi nasib baik juga saya sudah biasa bercakap dan tahulah apa nak cerita tentang drama itu," ujarnya.

Dalam pada itu, Fahrin berkata, sehingga kini pelakon tersebut belum menghubunginya menjelaskan perkara berkenaan.

"Sejujurnya saya memang tidak tahu apa yang berlaku ketika itu, hanya pihak produksi yang tahu cerita sebenarnya," ujar Fahrin.

anisania Publish time 14-12-2017 04:27 PM

Pergh naik tingkat lagi.

Oroi8887 Publish time 14-12-2017 04:32 PM

Hai fattah:loveliness:

shaun_bb Publish time 14-12-2017 04:32 PM

Rumah baru... {:mlhi:}{:mlhi:}{:mlwa:}{:mlwa:}

boylondonn Publish time 14-12-2017 04:32 PM

Gayatnya iols duk benang baru niiii. Lol iols mulakan dgn ucapan tahniah atas lakonan fattah yg semakin improve

Husna Publish time 14-12-2017 04:34 PM

yeah.. rumah baru.. ok smbung undi semua ...

Didi_dido Publish time 14-12-2017 04:36 PM

Yeayy..umah baru. Xyah susah2 nk cari kt dulu banat

elinaelina Publish time 14-12-2017 04:37 PM

Thanks mel

melnanzz Publish time 14-12-2017 04:37 PM

Maydan comment pasal Fattah Amin

https://www.instagram.com/p/Bcq-ZokBMSn/

DyBBora2 Publish time 14-12-2017 04:38 PM

Simple nyer tajuk tt mel...mentang2 dh kena campak di sempadan bendang ;P

DyBBora2 Publish time 14-12-2017 04:39 PM

Meols kalu masuk forum...mesti klik kat forum latest hot tu...ada je nmpk umah abam & kaka..kdg2 kat atas...kadang2 kat tgh... jom memeriahkan suasana :lol:

nicolebaby Publish time 14-12-2017 04:40 PM

Aca admitted kat Hospital ker chuols...dari Igs PZ tadi.
Speedy Recovery Aca :)

JDT Publish time 14-12-2017 04:40 PM

Masuk mengadap.
TQ Mel..

anisania Publish time 14-12-2017 04:41 PM

melnanzz replied at 14-12-2017 04:37 PM
Maydan comment pasal Fattah Amin

Tgk gmbr ni kat IG.. iols terus senyum simpul.

anakkerengga Publish time 14-12-2017 04:42 PM

Rumah baru

DyBBora2 Publish time 14-12-2017 04:42 PM

opsss lagik satu...sapa2 yg x leh tgk mycp tu...leh ler tgk kat astrogempa..install je la apps tp ketinggalan sket ler episod2 tu... kat youtube pon astrogempak ada upload

Selamat menonton :loveliness: meols dh tgk smpi ep 12 dah.... :lol:

pisang_tanduk Publish time 14-12-2017 04:43 PM

yuhuu yestana bertingkek2..

kayooo abam...;P

tahtah Publish time 14-12-2017 04:44 PM

DyBBora2 replied at 14-12-2017 04:42 PM
opsss lagik satu...sapa2 yg x leh tgk mycp tu...leh ler tgk kat astrogempa..install je la apps tp ke ...

mcm best jeee epi hri nih.kan kan kan???

muneerah Publish time 14-12-2017 04:45 PM

Ahkak check in blowing soft kisses to everyone!!

DyBBora2 Publish time 14-12-2017 04:47 PM

tahtah replied at 14-12-2017 04:44 PM
mcm best jeee epi hri nih.kan kan kan???

Ahah kannnn.... x sabar nk komen tapi tapi tapi...bila malam jer meols dh lebur tido dolu...he3. Nk komen awal kang spoilt abih lak ;P
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: [V71] All About Fattah Amin **berangkat ke Eropah untuk berbulan madu **Menang A


ADVERTISEMENT