Cari-Nora Publish time 13-12-2017 01:55 PM

Pengembara Solo! Siem Reap Destinasi Paling Sesuai, Baca Tips Ini Dulu

Nak mengembara solo, tapi di mana destinasi yang sesuai? Jawapannya, mestilah Siem Reap, Cambodia!


Bagi yang sukakan sejarah,budaya dan seni, anda mesti seronok melawat bandar kecil yang terkenal dengan kuil zaman purbanya seperti Angkor Wat.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/13/112141ej5a7q06t8q9fubu.jpg


Namun tahukah anda ada banyak lagi kuil zaman purba di Siem Reap yang boleh diterokai? Kalau nak rasai pengalaman seperti dalam filem Lara Croft: Tomb Raider atau kembali ke zaman purba lampau, datanglah ke sini!


Sebelum itu pastikan anda membaca tips di bawah ini bagi memudahkan perjalanan anda nanti!


1. Tukar duit anda ke matawang USD. Kebanyakan urus niaga menggunakan USD. Ada juga yang menggunakan Cambodian Riel (2000 Cambodia Riel = 0.50 USD)


2.Bawa wang secukupnya. Jika mengeluarkan wang di ATM tempatan anda akan dicaj 4-5 USD setiap kali pengeluaran!


3. Pengangkutan: Anda boleh sewa basikal dengan harga 2 USD dan motor seperti Scooter pula 10 USD. Namun pelancong hanya dibenarkan bawa motor hanya di bandar Siem Reap. Untuk melawat kuil-kuil purba seperti Angkor Wat, anda boleh menaiki basikal (kalau anda seorang yang cergas!), sewa kereta atau tempah perjalanan anda dengan pemandu tuk-tuk. Harga bermula dari 15USD sehari.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/13/112142pmp232bfuupcps8m.jpg


4. Lokasi penginapan: Bagi yang mementingkan makanan halal, anda boleh menetap berdekatan dengan kampung Steng Thmey. Terdapat banyak pilihan makanan halal dan sedap belaka. Ia merupakan kampung orang Cham dan ada antara mereka yang pandai berbahasa Melayu.


5. Untuk pengalaman unik anda boleh menaiki bar bergerak yang dinamakan Peace and Love Tuk Tuk Bar. Mereka turut menyediakan minuman tanpa alkohol dan mocktail di sini. Anda akan dijemput seawal 3 petang dan dibawa ronda-ronda sekitar Siem Reap dan berhenti di sebuah lokasi indah untuk menyaksikan matahari terbenam.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/13/112142dc3p5kzkuqaapqlp.jpg




6. Kalau nak unik lagi cubalah Happy Pizza atau daging buaya di sini.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/13/112142l1yvky18flkkfbtl.jpg




7. Anda juga perlu bijak mengatur lawatan anda ke Taman Arkeologi Angkor. Tiket masuk sehari untuk melawat kuil-kuil adalah 37USD.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/13/112142ym8nvj4ggjmkpv9z.jpg



Turutan lawatan yang disyorkan adalah seperti berikut (mengambil kira faktor cuaca, masa dan jarak).


a) Angkor Wat (datang sini sebelum matahari terbit kerana pemandangan dan suasana yang sungguh indah hingga mampu membuatkan anda mengalir air mata)


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/13/135458y9xvvfcnfiyfn9to.jpgFoto: Amazingplaces.com




b) Ta Phrom (terkenal kerana filem Lara Croft: Tomb Raider)
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/13/112142lxtnyn9ff4pftit6.jpg



Rb7ezWhWK1s


c) Neak Pean (dahulu kuil ini boleh diakses namun kini sebahagian besar kawasan ditenggelami air sekaligus menjadikan suasana tenang menusuk kalbu)


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/13/112142mkvgglkkkvvwfcxj.jpg




d) Preah Khan (Terdapat binaan yang mirip seperti di Athens, Greece)
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/13/112142xlly7mny7b03b6f8.jpg




e) Angkor Thom (Juga bermaksud Great City, ia merupakan pusat bandar terakhir empayar Khmer)
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/13/122016bm62gxf7gk611u27.jpg




f) Pre Rup (kalau anda masih bertenaga, saksikan matahari terbenam di sini kerana tidak ramai orang)
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/13/134750u4cu0vevxv461axx.jpgFoto: Cambodiahotels.com



Bagi yang suka berendam boleh ke Phnom Kulen National Park dan mandi-manda di air terjun. Cuaca panas memang segar dan sedap kalau dapat air terjun!


Jangan risau, Siem Reap selamat bagi wanita yang gemar mengembara solo! -CARI

harrypoter Publish time 13-12-2017 02:45 PM

tak minat sgt, aku lagi minat meneroka alam semulajadi

syue86 Publish time 13-12-2017 03:48 PM

mmg plan nk ke sini!
btw, muslim bley makan daging buaya ke?

sherry70 Publish time 13-12-2017 08:12 PM

siam reapso far selamat utk perempuan .. saya selesa je masa d Siam Reap jln2 naik basikal . even my neice pun kata rasa lebih selamat d siam reap dari KL

nishgau Publish time 13-12-2017 09:59 PM

I play psn games all the time using psn codes

freesia71 Publish time 14-12-2017 08:10 AM

Itu je ke tourist attraction kat siem reap?

nhazlin Publish time 14-12-2017 11:37 AM

syue86 replied at 13-12-2017 03:48 PM
mmg plan nk ke sini!
btw, muslim bley makan daging buaya ke?

Setahu I haram. Daging buaya dikategorikan sebagai najis kerana ia bukan daripada jenis haiwan yang halal dimakan, sama ada disembelih atau tidak.

syue86 Publish time 14-12-2017 11:45 AM

nhazlin replied at 14-12-2017 11:37 AM
Setahu I haram. Daging buaya dikategorikan sebagai najis kerana ia bukan daripada jenis haiwan yan ...

i see..thanks ek..
klu serangga mahkruh right?

nhazlin Publish time 14-12-2017 12:37 PM

syue86 replied at 14-12-2017 11:45 AM
i see..thanks ek..
klu serangga mahkruh right?

makhruh rasanya..

*betulkan kalau salah..*

yangsemb Publish time 17-12-2017 05:15 PM

Semoga dapat pergo solo trip one day{:smile

Cari-Faizal Publish time 20-12-2017 01:57 PM

happy holiday semua

zaziot Publish time 21-6-2018 10:09 AM

im going to siem reap 1st flight esok..xtau la apa plannye..ikut org je ni

suesz Publish time 11-9-2018 08:43 AM

Salam .

Nak tanya, untuk tuk2 uols deal siap2 kat Malaysia ke atau deal kat sana?

samperit Publish time 8-10-2018 01:19 AM

suesz replied at 11-9-2018 08:43 AM
Salam .

Nak tanya, untuk tuk2 uols deal siap2 kat Malaysia ke atau deal kat sana?

Dulu I pegi deal dgn hotel. Deorg siapkan driver. Tuk2 driver memang available dkt mana2, bersepah2. Should be no issue.

suesz Publish time 8-10-2018 12:57 PM

samperit replied at 8-10-2018 01:19 AM
Dulu I pegi deal dgn hotel. Deorg siapkan driver. Tuk2 driver memang available dkt mana2, bersepah ...



Thanks..
I went there, hujung bulan lepas, i amik klook je hehe... senang dan murah sikit kot compared dengan sewa tuk2.
Dorang akan ambil dan hantar balik ke hostel.


Nak share sikit pasal restaurants halal, boleh jumpa kat area Steung Thmei Village tu ada dalam 3-4 buah..
cuma, portion dorang quite besar juga utk solo traveler. sedap, tapi tak mampu abiskan hahaha..
Tempat-tempat ni semua tak jauh dari pub street & Night market (night market kat sanaa banyakk tempat, fenin nak melayan) :'( .




Pages: [1]
View full version: Pengembara Solo! Siem Reap Destinasi Paling Sesuai, Baca Tips Ini Dulu


ADVERTISEMENT