Cari-Hafizi Publish time 12-12-2017 12:10 PM

Dimasak Atas Dapur Arang, Not Kotiaw Kerang Jadi Igauan Di Manjoi Ipoh




Bila sebut Kuey Teow Kerang pasti ada di kalangan individu yang menggemarinya akan berasa teruja. Namun mungkin ada yang menganggap makanan ini adalah antara hidangan yang simple dan biasa.


Tetapi pernahkah anda melihat atau merasa sendiri Kuey Teow Kerang di masak di atas dapur arang? Ya itu keistimewaan kedai makan yang lebih dikenali sebagai Not Kotiaw Kerang ini.


Terletak di Jalan Dato Sagor, Kampung Sungai Tapah, Manjoi Ipoh, Not Kotiaw Kerang ini popular dikalangan penduduk setempat kerana ia sudah beroperasi sejak 1988.





https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/08/234924a2f4qx9fsbmb8aqa.jpg

Selain dimasak atas dapur arang, ejaan Kuey Teow di kedai ini juga berbeza dari yang asal kerana dieja mengikut sebutan penduduk setempat iaitu Kotiaw.


Berjalan masuk di kedai ini kita akan melihat susunan Kuey Teow dan Mi serta kuali yang diletakkan di atas dapur arang bagi tujuan memasak Kuey Teow yang cukup popular ini.



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/08/234922zxlmm0tafp10mwtd.jpg



Menurut pemiliknya, Muhammad Akmal, idea memasak Kuey Teow di atas dapur arang diwarisi dari ayahnya yang turut mempelajarinya daripada kawannya.


"Apabila kita memasak di atas dapur arang dia memberi satu rasa yang berbeza daripada menggunakan dapur gas.

"Kerana itu, kebanyakan pelanggan yang datang ke gerai kami akan memesan Not Kotiaw Kerang bagi merasa keistimewaan makanan ini di masak atas dapur arang," katanya.


Beroperasi bermula jam 5 petang sehingga 11 malam, Not Kotiaw Kerang juga menawarkan harga yang berpatutan kepada pengunjung dengan harga sepinggan Kuey Teow Kerang hanya RM4.50.





https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/08/234932zkcym1f3999myfg4.jpg


"Masa kami mula berniaga harga Kotiaw Kerang RM1 sepinggan tetapi akibat kenaikan harga barang tahun demi tahun kami terpaksa menjualnya pada harga RM4.50," katanya.


Jika anda penggemar tegar makanan ini maka tidak rugi mencuba Kotiaw Kerang dengan Ekstra Kerang yang memberikan anda limpahan kerang segar dan manis dengan harga hanya RM7.50 sepinggan.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/08/234959y7qqwzqqu0zfiwz7.jpg

Sedap sungguh dimakan panas-panas selain rasa kerang yang manis. Sampai buat kita tertunduk makan tanpa menoleh ke kiri atau kanan ekoran menghayati Kotiaw Kerang yang popular di kalangan penduduk Manjoi ini.

Macam mana, terliur tak? -CARI

hazelinsnow Publish time 12-12-2017 01:13 PM

Mmg sedap kotiaw dia ni..

myakayina Publish time 12-12-2017 01:26 PM

hazelinsnow replied at 12-12-2017 01:13 PM
Mmg sedap kotiaw dia ni..

mmg sedap ek? klu pi ipoh boleh la nak try nti..

hazelinsnow Publish time 12-12-2017 01:39 PM

myakayina replied at 12-12-2017 01:26 PM
mmg sedap ek? klu pi ipoh boleh la nak try nti..

pd i sedap laa.. dari dulu kalau blk kg mmg g sini je kalau nk mkn kotiaw..

tembikai Publish time 12-12-2017 05:11 PM

sedapppnyaa.....

kimchipedas Publish time 12-12-2017 09:57 PM

Npk sedap wehh tp jauh bebenor teman nk ke sana

yangsemb Publish time 12-12-2017 10:59 PM

Yummmss menarikss

merrissa Publish time 13-12-2017 10:06 AM

kenapa nampak x menarik pon....tp kotiaw kat manjoi mmg sodap....

sapeka Publish time 13-12-2017 12:58 PM

rasa lapar pulak tengok ktiaw ni

DeeHanania Publish time 3-2-2018 06:30 PM

Sedap yer!!!!

sapasapa Publish time 14-5-2021 05:57 PM

Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!
Pages: [1]
View full version: Dimasak Atas Dapur Arang, Not Kotiaw Kerang Jadi Igauan Di Manjoi Ipoh


ADVERTISEMENT