Cari-suzy Publish time 7-12-2017 12:50 PM

Neelofa Tepis Dakwaan Berlagak Dengan Upiak, Mohon Maaf Pada Netizen

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/07/120513a6ddzajaeuldzl7a.jpg.thumb.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/07/120659nxhehn8l0etfh0ct.jpg
Neelofa semasa menemubual Upiak Isil di program Meletop




Gara-gara menyuruh tetamu jemputannya diam dan gagalberkomunikasi dengan baik ketika menemubual penyanyi tular Tak Tun Tuang, Upiak Isil di program Meletop, Neelofa teruk dihentam netizen.


Rata-rata netizen menganggap Neelofa berperwatakan kasar dan kurang profesional kerana tidak membuat raptai dengan penyanyi tersebut sebelum temuramah dijalankan.


Menurut netizen, apabila Neelofa menyuruh penyanyi tersebut diam dan sering mengulang perkataan tidak faham, Upiak Isil kelihatan terpinga-pinga dan hilang tumpuan. Ini menimbulkan perasaan kurang senang pada penonton.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/07/120822tvpp29uwtvhwemrv.jpg
Neelofa ketika menghadiri pertujukan pakaian dalam Victoria Secret




Bagaimanapun, Neelofa semasa ditemubual oleh Berita Harian dalam majlis memperkenalkan telefon bimbit keluaran terbaru Oppo semalam, menepis dakwaan tersebut dan memberikan penjelasan bahawa temubual itu sebenarnya diadakan dalam suasana santai dan dia merasakan Upiak Isil amat menghiburkan dan berperwatakan lucu.


"Jika diikutkan, ketika mengacarakan program itu bersama Nabil Ahmad, kami sangat seronok menemubualnya. Kami ketawa kerana dia memang seorang yang kelakar dan spontan. Saya sendiri tergelak besar apabila dia memaklumkan sudah ada 19 album, tetapi satu saja yang laku.

"Cuma, ketika program itu bersiaran, saya dan Nabil tidak faham bahasa yang digunakan kerana loghat penyanyi dari Bukit Tinggi, Padang, itu sangat pekat, hinggakan saya sendiri terpaksa ulang soalan dan apa yang diperkatakannya berkali-kali. Saya cuba memahami apa yang dituturkan olehnya sebaik mungkin sebelum melontarkan soalan seterusnya.

"Karakter dia sendiri sangat berwarna. Saya sebagai pengacara pula cuba memberikan reaksi terbaik terhadap setiap tetamu yang diundang ke program itu. Jika ada yang salah anggap dan nampak diri ini kasar atau bersikap kurang ajar, saya dengan rendah hati memohon maaf," katanya kepada Berita Harian.



Tidak mahu perkara tersebut berlarutan, Neelofa juga dengan merendah diri memohon maaf jika ada netizen yang menganggap dirinya berlagak dan menegaskan dia dan Nabil hanya memeriahkan program itu yang berkonsepkan hiburan dan santai.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201712/07/120934mzgkinx9r9a1akzn.jpg
Neelofa menghadiri majlis memperkenal telefon bimbit jenama Oppo.




Nampaknya bukan sahaja baru-baru ini corak pengacaraan Neelofa ditegur, sebelum ini juga terdapat penonton yang kurang berminat dengan cara Neelofa mengendalikan program tersebut.


Sehingga ada kalangan netizen yang mahu Astro menukar pengacara. Namun begitu, kecaman netizen tidak berbekas buat Neelofa dan Astro kerana rancangan tersebut masih mendapat rating yang tinggi dan popular. - CARI

wikedsaikel Publish time 7-12-2017 12:58 PM

Nelopa da minta maaf bab ni. Waaaahhhh

putehkundor Publish time 7-12-2017 01:00 PM

Katanya dah nak habis kontrak kan...

katibism Publish time 7-12-2017 01:01 PM

Ada video x minta maaf??? Ke propa jugak

prettyuglybabe Publish time 7-12-2017 01:07 PM

fashion tudung beliau dah bertukar jadi anak tudung ke sekarang?

pusak_lanji Publish time 7-12-2017 01:12 PM

muka lopak makin nampak tua...faktor mekap kah?atau wajah tiada nur akibat mepersendakan syariat pemakaian tudung islam...yang pasti..buah di dada nampak besar semacam...hahahahahhaha

tomaz Publish time 7-12-2017 01:14 PM

Meletop ni byk betul ulangan. Jumaat sabtu ahad. Ke time tayang hari selasa rating x tinggi sbb tu kena ulang byk kali. Acah2 claim show paling tinggi rating padahal gabung sekali ngn ulangan yg di hadap acik kepam yg sama jgk;P :lol:

simatakucing Publish time 7-12-2017 01:15 PM

"Kaffer" (cover) tu ak tegelak tgk lopak bedekah,geli hati no gayenye :lol:

tomaz Publish time 7-12-2017 01:18 PM

pusak_lanji replied at 7-12-2017 01:12 PM
muka lopak makin nampak tua...faktor mekap kah?atau wajah tiada nur akibat mepersendakan syariat pem ...

Bubis tu mmg gene chuolss.X boleh buat apa dah. Boleh ke thread haters fattzura utk tgk bubis fam ni. Hahahah

MatDeghem Publish time 7-12-2017 01:26 PM

Hajjah sudah world ok. International. Level United Nation.
Ini upiak indon jongos hajjah tarak main lah.....:lol:








Tapi hajjah lupa yg dia hanya mampu host meletop dgn Nabilawak :lol:

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/thumb/e/ea/Pengacara_MeleTOP_%28Nabil_%26_Neelofa%29.jpg/440px-Pengacara_MeleTOP_%28Nabil_%26_Neelofa%29.jpg

Nabilawak {:1_563:}


Harap Hajjah undur dari meletop...{:1_152:}





barfi Publish time 7-12-2017 01:28 PM

Baguslah you minta maaf. I wonder, mmg lopa ni bila bercakap dengan org dia akan pandang org dengan ekor mata ya?

Dari segi etika pandang org dengan ekor mata tak elok kan? Macam mengejek. Someone correct me if im wrong

Minami2013 Publish time 7-12-2017 01:37 PM

Cantik lofa.... anyway, dia mintak maaf dah... walaupun i rase mmg depa 2 org ni ie lofa & nabil mmg gitu ler cara depa mengacara... lofa blur & nabil byk mengarut... :lol:

cascutes Publish time 7-12-2017 01:44 PM

lofa belajar dari nabil... x segan minta maaf walaupun rasa x bersalah..... harap lepas ni tok vida nampak potensi lofa dalam melawak dan boleh ganti jihan tuk next GV..... dengan follower lofa yg 5.3m tu klu 10% togok pamoga kaya la tok vida.... ambek hajah jadi duta.... duo2 ore klate so lagik senang lofa nak faham apo yg tok vida kecek.....

shailyvelera Publish time 7-12-2017 01:45 PM

barfi replied at 7-12-2017 01:28 PM
Baguslah you minta maaf. I wonder, mmg lopa ni bila bercakap dengan org dia akan pandang org dengan...

kan babe...macam mengeji je gayanya...huhuh

edoraixora Publish time 7-12-2017 06:37 PM

Bulat betul muka lofa dlm pic dia pakai baju merah tu
Tak sesuai lah plak rase pakai tudung pesen gitu
Nampak tua dari usia

dubuk Publish time 7-12-2017 06:45 PM

neelofa nampak tua benar

she Publish time 7-12-2017 06:50 PM

barfi replied at 7-12-2017 01:28 PM
Baguslah you minta maaf. I wonder, mmg lopa ni bila bercakap dengan org dia akan pandang org dengan...

Terus macik praktik kan memandang dengan ekor mata

Sungguh lah hai terasa macik kerek sekalii hahaha cer uols lak try sesambil

barfi Publish time 7-12-2017 06:53 PM

she replied at 7-12-2017 06:50 PM
Terus macik praktik kan memandang dengan ekor mata

Sungguh lah hai terasa macik kerek sekalii h ...

Iols dah praktik dah masa tulis komen ni previously :lol:

kakiporet Publish time 7-12-2017 06:55 PM

lopa ni knk byk buat homework or research ttg guest artis yg dtg.jgn asyik bgntg dgn que card jer.slalu sgt blur,tsasul n xtahu psl artis yg dtg.n pls jgn pilih bulu masa lyn artis yg dtg.

kiambang Publish time 7-12-2017 07:03 PM

Dia ni mengacara berdasarkan que card je ... terasa macam ada kebodohan walaupun meletup tu rancangan santai ..,
Pages: [1] 2
View full version: Neelofa Tepis Dakwaan Berlagak Dengan Upiak, Mohon Maaf Pada Netizen


ADVERTISEMENT