musclemuseum Publish time 6-12-2017 10:24 AM

Cantik itu Subjektif

Edited by musclemuseum at 6-12-2017 10:35 AM

Setiap manusia suka kan kecantikan.
Kenapa wanita selalu dikaitkan dengan kecantikan?
Apa maksud "cantik" di mata kaum wanita?
Kenapa setiap wanita mahu cantik fizikal?

Jika ditanya sesiapa pun kaum wanita, siapa yang tidak mahu cantik.
Tengok aje zaman sekarang ni product apa yg laris. Of course lah product putihkan kulit, slimkan badan and so on.

Sebab apa? Sebab sekarang dah jadi lumrah, kecantikan tu dah macam priority.
Orang cantik, diberi layanan berbeza. Orang cantik, buat apa pun tak apa tak salah.
Orang cantik, senang dapat kerja. Orang cantik, semua orang suka. blablabla..

Tapi pentingkah cantik fizikal?








ablishan Publish time 6-12-2017 10:41 AM

Ya. Cantik itu sangat subjektif. Dulu masa muda2, kecantikan fizikal itulah cantik bagiku.

Apabila usia makin bertambah, definisi cantik juga makin luas. Selain kecantikan fizikal, keluhuran budi bahasa, sifat empati, bertimbangrasa, pemurah, lemah lembut, ketenangan wajah dan banyak lagi nilai2 murni pada diri seseorang itu mengaburi kecantikan fizikal yang lain.

tagas Publish time 6-12-2017 12:12 PM

aku pernah berkwn dgn perempuan cantik ala2 nasha aziz

dress up body cutting segala tip top marveles

tp skali dia ckp mulut bau busuk then perangai pun tak semenggah :P

mrizumi Publish time 6-12-2017 12:48 PM



Setuju..bg aku kcntikan xleh nk ukur dr paras rupa..boleh jd sbb dia yakin dia nmpk cntik or sbb dia pmurah dia nmpk cntik..
Luaran hnya smntara,xda apa yg kekal..pinjaman semata mata..

Kelabuasap Publish time 6-12-2017 01:48 PM

Cantik luaran mampu memikat mata
cantik dalaman mampu memikat hati
Cantik luaran boleh dinilai sekadar jelingan
Cantik dalaman dinilai bila sudah kenal

noraidil_06 Publish time 6-12-2017 02:07 PM

Suke atau tidak,cantik luaran itu penting utk first impression.but then cantik itu pelbagai. Cantik di mata sy,mgkn tidak dk mata awak.

Mgkn presentable itu lbh sesuai disebut.

N yes at my age,cantik bkn stkt rupe paras,how u carry urself juge penting

musclemuseum Publish time 6-12-2017 02:17 PM

Tambahan :

Pada saya dari segi fizikal, kecantikan itu diukur dari segi kebersihan seseorang individu.

Contoh 1 :
kalau muka saje cantik bermekap tebal, TAPI kuku panjang, kasut/selipar kotor, itu turn-OFF.

Contoh 2 :
Kalau muka cantik mekap tebal, handbag branded, barang kemas bling2, phone mahal, TAPI, bilik bersepah, dalam rumah bersepah tak pandai kemas, dalam kereta bersepah, itu juga turn-OFF.

Kesimpulannya :

Bersederhanalah dalam setiap perkara. Utamakan kebersihan, itulah cerminan peribadi anda.

Esmiria Publish time 6-12-2017 02:41 PM

cantik fizikal itu amt pnting bgi aku

snazzydaisy Publish time 6-12-2017 04:51 PM

I kenal one girl during pre-U time... for me dia tak cantik (coz muka kekwat) but she is physically attractive - kulit putih kuning, kulit muka flawless, body skinny wt big boobs... so memang dia fofuler laa di kalangan jantan2... 1st year kapel dgn abang senior, 2nd year onwards kapel dgn mamat same batch...

time keluar dating mmg gojes n wangi habis... but kat hostel, she is so busuk n pemalas... baju yg dia pakai gi kelas hari tu, balik hostel je dia sangkut everything back in closet including her undergarments, then recycle... pakai balik selang beberapa hari & sembur alot of perfume.. nak tgk dia basuh baju seminggu sekali pun susah... tak penah lagi jumpa perempuan sepengotor ini...

I gelak je dgn kebodohan (dan kebutaan) bf2 dia, nak sgt gf yg "sexy" & popular khuennn.. :lol:

Basically, if u dilahirkan cantik secara fizikal, bersyukurlah... guna kelebihan tu untuk tingkatkan keyakinan diri, boost ur career... jgn lah sombong coz beauty fades... try to age gracefully, takyah nak cucuk sana bedah sini...no point, u cant stop the aging process, embrace it instead! Just wrinkles and grey hair... no harm..

Cantik/Handsome vs Kind-Hearted? I will choose Kind-Hearted for obvious reason.

True, cantik is subjective... tu pasal I really really allergic dgn women yg perasan cantik esp yg depend highly on heavy makeup and designer items to look good...so shallow!

ehhh, I ni OT ke :o:lol:

CardiGans85 Publish time 6-12-2017 06:48 PM

Cantik/Handsome vs Hati Budi

Sy akan pilih hati budi. Rupa akn pudar akhirnya tetapi budi baik di kenang jua.

awaynepian Publish time 6-12-2017 08:12 PM

beauty lies in the eyes of beholder...gitchew

Aquarius9283 Publish time 6-12-2017 08:15 PM

Cantik paras rupa itu penting tpi
Cantik budi bahasa ahklak terpuji jauh lebih baik dan bermakna dan dikenang

awaynepian Publish time 6-12-2017 08:16 PM

snazzydaisy replied at 6-12-2017 04:51 PM
I kenal one girl during pre-U time... for me dia tak cantik (coz muka kekwat) but she is physically...

huhu..i recall the same thing..my ex soulmate..masa kt u slalu cerita one girl jiran sebelah bilik..she mix chinese...
sangat friendly n perasan cantik gittu..semua lelaki dia perasan sukakan dia..
but..baju dia according to my ex soulmate...dah dlm baldi..xdan basuh..dia pi iron n pakai balik pi kerja..
i mean..what the..pemalas ke..or baju so sikit sampai xsempat basuh??

friedfishsoup Publish time 6-12-2017 10:36 PM

Cantik tu teda kisah janji hati baik, tak dengki, tk suka ckp buruk. Apa guna cantik muka tapi mulut puaka, dengki, hasut orang

Catpaw Publish time 7-12-2017 09:09 AM

Betul tu cantik sangat subjektif.
Ramai orang suka kuning langsat tapi ade orang suka hitam manis si tampuk manggis, ada orang suka tinggi lampai org lain pula suka kecil molek nampak muda sentiasa. Ada orang suka rambut macam tay tay gorgeous katanya, sedang yang lain suka rebonding. Ada orang warna mata biru sedalam tasik biru, sedang ramai suka berkanta lekapkelabu, hijau, hitamdan sebagainya, fesyen katanya.

Hidup kat dunia ni Allah dah jadikan satu benda sama tapi tak serupa. Semua manusia, tapi ade pelbagai warna kulit, warna mata, gaya rambut, hidung pelbagai saiz, fizikal badan untuk kita saling menyayangi bukan mbenci. Manusia dijadikan segitu hebat apatah lagi Sang Pencipta. Subhanallah.

Walau cantik mana sekalipun seseorang itu di dunia ini, takkan dapat menandingi kecantikan bidadari syurga.

Bagaimana nak menjadi sejelita bidadari syurga yang sentiasa muda, dara dan kekal begitu selamanya tidak dimamah usia?
Melalui akhlak dan amalan kita, oleh itu jomlah kita perbaiki akhlak jadi insan yang lebih baik dan niat buat sesuatu keranaNya dengan ikhlas penuh ketakwaan mencari keredaanNya kerana kita semua milikNya.

netto_ Publish time 7-12-2017 09:26 AM

Cantik tu subjektif. Selalunye org cantik ni die xckp die cantik. Gituh.

Aquarius9283 Publish time 8-12-2017 05:38 PM

Cantik itu perlu tpi jgn terlalu taksub
Takut ia memakan diri

Mrs_barn Publish time 9-12-2017 02:34 PM

Setuju cantik tu subjektif..even perempuan pun boleh tgk perempuan lain cntik ke x...bukan rupa semata..tp aura positif dlm diri pon dh buat orang tu Cantik sgt..kita tgk dia bertudung litup n xde cutting model pon dah cantik sgt..

mh17 Publish time 10-12-2017 11:38 AM

Cantik tu ta same pada pndangan sume org..ada yg pandang cntik budi,ada yg pandang cntik rupe..cntik budi smpi ke tua ko sng,cntik rupe ta menjamin ape2.. Cm kwn aku,hadap suami hnsem,hjung2 kna tgal:curse:

yangsemb Publish time 11-12-2017 07:19 AM

First Impression is very important, so yeah i agree cantik fizikal itu satu bonus
Pages: [1] 2 3
View full version: Cantik itu Subjektif


ADVERTISEMENT