robotech Publish time 6-12-2017 02:12 AM

INFOGRAPHIC: 15 TO 5 FUTURE RMN TRANSFORMATION PROGRAM

Edited by robotech at 6-12-2017 02:16 AM

15 TO 5 FUTURE RMN TRANSFORMATION PROGRAM
https://2.bp.blogspot.com/-UHNbxhwTWUM/WMyiYZm-hFI/AAAAAAAAQhc/2KlS47eazIkxgPZb5ZL3lWxiE_rVBSuXQCPcB/s1600/Malaysian%2BNavy%2B15-to-5%2Bplan.jpg

15 TO 5

MMP maleh nak sebut tentang mulut masin ni tapi pada bulan Oktober tahun 2015, MMP pernah laporkan berita tentang Kapal kelas Kedah yang mahu di upgrade.

https://malaysiamilitarypower.bl ... di-upgrade.html?m=1

Kemudian dalam posting yang sama MMP telah cadangkan hidupkan je production NGPV Meko 100 dan jadikan kapal2 ini full frigate. Kerana selama ni memang MMP berpendapat Meko 100 Kedah Class merupakan design yang baik yang mana negara kita dah kuasai cara pembinaannya.

Mula2 di laporkan oleh malaysiandefence.com oleh Marhalim Abas. Panglima Tentera Laut Admiral Ahmad Kamarulzaman telah menyatakan tentang cadangan bernas TLDM untuk mengubah armada TLDM dari memiliki campuran pelbagai kapal baru dan usang kepada sebuah armada yang kuat, moden, memiliki kapal baru sepenuhnya dan yang paling penting di bangunkan dan di bina oleh industri pembinaan kapal tempatan.

PTL menggariskan bahawa untuk memastikan TLDM keluar dari kepompong masalah penyelenggaraan kapal2 lama yang sangat mahal maka TLDM mencadangkan agar kelas kapal2 TLDM di kurangkan dari 15 jenis kapal kepada hanya 5 jenis kelas kapal yang baru dan lebih moden.

MMP nak cakap satu je la. PTL ni genius. Dulu masa PTL pindahkan TAC ke pengelih kami dah nampak dah beliau ni pantas atur strategi dan taktik. We expected no less from someone with surface warfare background.

So basically TLDM akan menggunakan Stealth Frigate Gowind Littoral Combat Ship (LCS) dan NGPV Meko 100 Kedah Class sebagai tulang belakang Armada. Cadangannya ialah TLDM pada masa hadapan hanya akan mengoperasikan, membina, dan upgrade 5 kelas kapal sahaja iaitu: Gowind, NGPV, Scorpene dan dua kelas kapal baru iaitu Littoral Mission Ship dan Kelas Multi Purpose Support Ship yang baru.

Semua kapal2 baru TLDM selepas ini hanya akan di bina dari lima kelas ini sahaja. Ini akan memudahkan maintenance dan upgrade serta menjimatkan.

Kapal2 dari lima kelas ini akan memiliki keupayaan Multi Role yang boleh mengadaptasi setiap doktrin dan operasi yang di gariskan TLDM dengan fleksibiliti dan integrated network centric warfare yang membolehkan armada TLDM beroperasi sebagai satu unit kohesif.

kita akan sentuh secara terperinci tentang cadangan MMP untuk LMS dan MPSS dalam artikel sambungan.

Menurut Marhalim Abas, PTL berkata secara total kapal2 baru akan melebihi jumlah yang ada sekarang. Beliau juga pernah nyatakan bahawa TLDM mahukan 12 lagi kapal NGPV Kelas Kedah versi Improved.

MMP ingin nak cadangkan rekaan MPSS yang baru menggunakan kapal Joint Support Ship sebagai asas.

apepun...

Tahniah Datuk K kerana plan genius ini dan kami MMP dan semua menyokong untuk expand armada TLDM menjadikannya lebih efisyen, lebih kuat, moden, canggih dan kos efektif untuk di maintain.

NON SIBI SED PATRIAE

- MMP

Sumber:
https://malaysiamilitarypower.bl ... mation-program.html

cmf_BeachBoys Publish time 12-12-2017 12:22 AM

Aku nak tanya, LCS ni skang duk bawah programme NGPV ke Frigate?..sebab ada yang identifikasikan LCS ni sebagai SGPV...mana satu yang betul ni??????

robotech Publish time 12-12-2017 12:47 PM

cmf_BeachBoys replied at 12-12-2017 12:22 AM
Aku nak tanya, LCS ni skang duk bawah programme NGPV ke Frigate?..sebab ada yang identifikasikan LCS ...

Tu lah ramai konfius. Sebab ada sumber berita media semasa kata LCS bawah SGPV, at the same time sumber lain kata SGPV bukan LCS.

Aku husnuzhon je la, kot2 memang ada misinformation yang 'disengajakan'.

beretbiru Publish time 3-2-2018 03:51 PM

robotech replied at 12-12-2017 12:47 PM
Tu lah ramai konfius. Sebab ada sumber berita media semasa kata LCS bawah SGPV, at the same time s ...

Sgpv n lcs tu rujuk program kedua selepas ngpv, dulu mereka gelar sbg sgpv lepas tu keluar pulak pkataan lcs. Mgkin nk sesuaikan konsep terbaru sbb takut kalau pakai sgpv org awam akan fikir tu kelas kapal peronda kedua negara sedangkan ianya adalah frigate.
Pages: [1]
View full version: INFOGRAPHIC: 15 TO 5 FUTURE RMN TRANSFORMATION PROGRAM


ADVERTISEMENT