Cari-Faizal Publish time 5-12-2017 12:56 PM

Resepi Apam 3 Bahan. Betul-Betul Menjadi Ke?

Baru-baru ini, viral di media sosial tentang resepi apam 3 bahan. Apam yang dibuat dengan hanya menggunakan 3 bahan ternyata memudahkan buat mereka yang tidak begitu banyak masa untuk membuatnya.


Tapi, betul ke menjadi? Dengan hanya menggunakan 3 bahan, adakah apam yang anda buat itu betul-betul menjadi? Melihat perkongsian ramai dari group facebook MAKAN APA HARI NI (MAHN), rata-rata berkongsi hasil apam 3 bahan yang mereka buat.


Ada yang menjadi dan ada yang tidak menjadi. Macam-maca rupa yang dan keadaan ada sehinggakan mampu membuat hati tergelak bila melihatnya.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/29/193942iae6i8p5e6d3z633.png
Resepi Apam 3 Bahan. Betul-Betul Menjadi Ke?



Memandangkan ramai yang mencuba apam 3 bahan dan menjadi viral, Eny Abdullah atau lebih mesra dipanggil Kak Eny iaitu seorang Chef Blogger di Malaysia mempunyai ulasan dan komentar yang tersendiri tentang ini.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/29/193942c2z9e8td9911j5d1.png
Apam 3 bahan yang tidak menjadi



CEPAT! Mari kita baca komen dan tips yang Kak Eny kongsikan supaya apam yang anda nak buat nanti akan menjadi dan lebih sedap.

Kuih Apam Viral 3 Bahan Tak Menjadi?


Adoi penat juga ketawa tengok gambar kuih apam viral hari ni yang menggunakan 3 bahan sahaja iaitu 1 cawan telur, 1 cawan tepung gandum, 1 cawan gula. Guna blender, kisar 3 bahan dan kukus. Ramai share mereka buat tak menjadi.


Kenapa ada yang buat menjadi dan ada yang tak jadi.. yang tak jadi tu macam-macam rupa boleh tengok, yang bentuk pokok kaktus, yang jadi macam alien, macam planet marikh pun ada hehehehe..


1. Kalau buat apam ni selalunya ada bahan pengembang seperti yis, eno, baking soda dan ada juga tambah bahan pemantap seperti ovalette. Jika tanpa bahan semua tu, fungsi utama bahan pengembang dan penggebu jatuh kepada telur. Kesian telur terpaksa galas semua tugas atas bahu sendiri hehe.. jadi mohon putar telur tu sampai gebu berbuih putih macam mak korang buat bauhulu tu baru masuk tepung. Jangan la kau baca je kata masuk blender, kau masuk semua bahan sekaligus dalam tu je. Memang bantat la apam tu.


2. Kukus juga memainkan peranan. Balut penutup kukus dengan kain tuala bersih atau ada tudung bawal aidijuma kau dah tak pakai tu boleh jugak guna. ini supaya air tak tumpah atas apam. Kes air tumpah tu apam kau jadi berkedut kedut tak naik sebab berat air tumpah atas dan air juga masuk adunan tu apam kau jadi bantat sebab dah bercampur air.


3. Tips paling senang, balut permukaan acuan dengan aluminum foil supaya air tak tumpah atasnya, baru apam nampak gebu, kering dan elok je.


4. Masa masuk periuk kukus, pastikan kukus tu mendidih dan panas. apam akan naik dengan cantik jika kukusan panasnya cukup. Kalau masuk dari awal, apam kau naik sikit je dah bantat.. masa kukusan dah panas apam kau memang dah tak boleh kembang dah sebab dari awal dah bantat hahaha.


5. Bukan nak kecam, tapi harga eno, yis dan baking soda bukanlah mahal sangat sampai korang terdesak sangat nak buat apam 3 bahan. Kau dah kenapa kedekut sangat, dah apam tak menjadi kau sedih, trauma katanya siap letak hashtag #sistraumatakmaucubalagi


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/29/193942v5qd4139b2hpblss.png
Resepi Apam 3 Bahan



Jangan lupa cuba dan apply semua tips yang Kak eny bagi tahu ni. Insyallah apam yang anda buat akan menjadi. - CARI

CardiGans85 Publish time 5-12-2017 01:09 PM

Bau telor semerbak la..x lalu den nk mkn klu ini je bahan2nya

kuzaime Publish time 5-12-2017 01:49 PM

Pernah try buat..sedap:lol: tp ikut resepi dr page azlina ina fans. Tambah esen vanilla utk potong bau hanyir telur + letak ovallete 1sb.
Kukus dlm 20min..

kikuri Publish time 5-12-2017 01:55 PM

buat jadi je... tapi tambah esen vanilla supaya takde hanyir telur

yangsemb Publish time 5-12-2017 04:32 PM

Nak try laa

dinopower2 Publish time 5-12-2017 06:25 PM

gambo akak tu pun mcm apam..... :lol:

tagas Publish time 5-12-2017 08:35 PM

akak apam tu kalo kuwus mesti cun :2lol:

myakayina Publish time 6-12-2017 12:17 PM

cantiknya apam yg bentuk ros dlm pic tu..

whitelily97 Publish time 6-12-2017 08:29 PM

Boleh la nak try ni

whitelily97 Publish time 6-12-2017 08:29 PM

Boleh la nak try ni

whitelily97 Publish time 6-12-2017 08:29 PM

Boleh la nak try ni

iznanaziz Publish time 7-12-2017 11:48 AM

kuzaime replied at 5-12-2017 01:49 PM
Pernah try buat..sedap tp ikut resepi dr page azlina ina fans. Tambah esen vanilla utk potong b ...

tolong tunjukkan camna nak balut kukus tu.

iznanaziz Publish time 7-12-2017 12:04 PM

myakayina replied at 6-12-2017 12:17 PM
cantiknya apam yg bentuk ros dlm pic tu..

kan...nampak cantik dan gebu
pandai betul dia buat
tak plk kaler tu bercampur2

UsuFie Publish time 7-12-2017 01:09 PM

iznanaziz replied at 7-12-2017 11:48 AM
tolong tunjukkan camna nak balut kukus tu.

kalau usu tak guna foil..usu letak towel bersih (mmg khas utk kukusan).

letak la towel ni biar tertutup semua kukusan tu & tutup dgn penutup.
tujuan dia tak nak bagi air wap menitis atas apam/kek kukus tu.



kuzaime Publish time 7-12-2017 02:37 PM

iznanaziz replied at 7-12-2017 11:48 AM
tolong tunjukkan camna nak balut kukus tu.

X balut pun penutup kukus tu..kukus masa air dh menggelegak baru masukkan apam n lepas 20 minit baru padam api. Cepat2 bukak penutup tu sbb tkut air meleleh atas apam..:lol:

pinkypetal Publish time 7-12-2017 10:28 PM

Kelakar tengok apam tak jadi tu.

kimchipedas Publish time 9-12-2017 01:44 AM

Apam x jd tu dh mcm kepala smurfs dh aku tgk

JerryJemima Publish time 9-12-2017 08:05 PM

Oh gitu je ke resipi apam. Ingatkan rumit sgt

Satu cwn telur tu dlm anggaran berapa bijik?

zakiahmahadi Publish time 29-12-2017 12:48 PM

Nk cb nnti

sapasapa Publish time 14-5-2021 06:02 PM

Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!
Pages: [1] 2
View full version: Resepi Apam 3 Bahan. Betul-Betul Menjadi Ke?


ADVERTISEMENT