Bipolajourney Publish time 2-12-2017 08:55 AM

PA Utama dah berenti, Sis Harap Sokongan Teman.

Edited by Bipolajourney at 11-6-2023 06:43 PM

Assalammualaikum
Nak kata masalah sebenarnya bukanlah masalah besar cuma sebagaimana achik porum tahu sis ni sakit mental 3 jenis. Kalau sebelum ni kemana mana dan apa apa urusan PA sis handle sekarang sis kena buat semua sendiri. Kalau sebelum ini masak yang susah susah tu PA sis akan tolong sedia bahan bahan memasak sis tunggu masak je sekarang sis bila fikir bab masak dan iron baju dah dup dap dup dap u ols. U ols normal takkan dapat faham perasaan panik ni. Sis tak salahkan PA sis tu sebab keje sis hari hari alih perabot. Orang normal pon naik gile keje ngan sis ni. Buat masa ni sis fikir tak mahu ambil pekerja lagi. Sis nak buat kerja sendiri.

Tapi rumah sis akan jadi pelik sebab mengikut suka mood sis susun aturnya. Contoh ruang tamu orang isi sofa. Sis ruang tamu le tempat sis jemur kain.
***********
UPDATE

Telah hampir 5 atau 6 tahun berlalu, alhamdulillah sis semakin stabil dan buat kerja sendirian serta hidup tanpa suami. Buat forumer yang battle dengan mental illness jangan putus asa, dapatkan rawatan awal dan sentiasa pastikan makan ubat on time. Alhamdulillah hampir 6 tahun juga dengan izin Allah dos ubatan sis masih sama dan bukan dalam kategori severe.
************

Bagi kes Ex yang merupakan Forumer dan hacker
I serahkan pada pihak polis dan SKMM bagi siasatan lanjut. Yang mana ada keraguan boleh buat report penafian. Sebelum saman dibuat kena report dulu. Jadi dudaberhias boleh menapak buat report.

Forumer yang bukan Pakar Psikiatrist dalam menentukan kerelevanan sesuatu isu. Again, dudaberhias buat report official penafian.

Ini last I comment insha Allah.
Dan akan update apabila ada hal yang berkaitan sahaja. Jika dudaberhias merupakan seorang mod mohon Forum Cari ambil tindakan sewajarnya.

onexox97 Publish time 2-12-2017 09:15 AM

takpa sis, asalkan sis bahagia dan suami sis memahami sepenuh jiwa raga, saya org normal pun rumah saya tak tersusun, ada je org normal jemur kain kat ruang tamu, tak pelik pun
hidup semakin mencabar, kita semakin takda masa membelek kehidupan org lain sedangkan kehidupan sendiri penuh masalah

Bipolajourney Publish time 2-12-2017 09:21 AM

onexox97 replied at 2-12-2017 09:15 AM
takpa sis, asalkan sis bahagia dan suami sis memahami sepenuh jiwa raga, saya org normal pun rumah s ...

Thank u sis

Sis bukan apa risau kalau kembali ke fasa 2 tahun lepas. Tak boleh buat kerja. Terbaring sahaja lembik. Makan nasi bungkus. Depressed. Ngeri bila diingatkan.

nazzse Publish time 2-12-2017 10:31 AM

no worries, u can do it sis bipo..as long as husband n family faham sudah, depends on each other. pelan2 kayuh, inshallah nti dapat pa baru yg memahami sis..i'm rooting for u sis :)

Catpaw Publish time 2-12-2017 11:21 AM

Jemur je la baju kat ruang tamu tu, jemur elok2 nak2 pulak musim2 hujan ni dah takda tempat nak jemur baju, letak kat ruang tamu senang sikit nak kering pasang kipas kuat2 :lol: selesai masalah baju musim hujan sis

Bipolajourney Publish time 2-12-2017 11:32 AM

nazzse replied at 2-12-2017 10:31 AM
no worries, u can do it sis bipo..as long as husband n family faham sudah, depends on each other. pe ...

Thank you. Sis rasa macam sis dah ada lembik lembik. Sis fobia kalau ingat masa dulu. Beepuluh jam tak keluar bilik u

Bipolajourney Publish time 2-12-2017 11:33 AM

Catpaw replied at 2-12-2017 11:21 AM
Jemur je la baju kat ruang tamu tu, jemur elok2 nak2 pulak musim2 hujan ni dah takda tempat nak jemu ...

Sis walau tak kisah PA tu berenti sis risau kalau ketiadaan PA sis menjadikan sis patah tangan. Maklumlah baju semua dia settle. Iron semua. Basuh pun.

Bipolajourney Publish time 2-12-2017 11:36 AM

Kalau PA sis sedia barang barang masak bolehlah sis masak macam ni. Sis perlu bantuan sebab nak basuh pinggan pun sis dah rasa amat berat.

shernazz Publish time 2-12-2017 11:46 AM

Bipolajourney replied at 2-12-2017 11:36 AM
Kalau PA sis sedia barang barang masak bolehlah sis masak macam ni. Sis perlu bantuan sebab nak basu ...

wei
lapar plak tgk ayam.ni
cait...

MyNameIsIris Publish time 2-12-2017 11:52 AM

Sis... berapa riban gaji sebulan

Bipolajourney Publish time 2-12-2017 12:00 PM

MyNameIsIris replied at 2-12-2017 11:52 AM
Sis... berapa riban gaji sebulan

Gaji tu tak banyak. Actually ex PA sis ni budak yang dah benti sekolah so sis ambil. Ajar memasak semua. Sis kasi RM 50 sehari. Makan minum sis tanggung ada lah 2 kali bonus. OT RM 6 sejam. Januari ni nak carum KWSP untuk dia. Tapi mak nye tak bagi. Bangang pon ye. Lauk lauk kadang sis bagi bawak balik. Dengarnya dah simpan duit banyak hasil keje ngan sis.

Bipolajourney Publish time 2-12-2017 12:03 PM

Nak kata sedih tu bohonglah tak sedihkan. Sis sekarang lebih kepada fobia memikirkan pinggan mangkuk, kain baju semua. Masalah ni bagi orang normal kecil giler bagi sis besar giler. Yang besar pulak sis tak heran.

Catpaw Publish time 2-12-2017 12:33 PM

Bipolajourney replied at 2-12-2017 11:33 AM
Sis walau tak kisah PA tu berenti sis risau kalau ketiadaan PA sis menjadikan sis patah tangan. Ma ...

Boleh sis, u can do it! Tak boleh banyak buat sikit2 sis. Buat ikut kemampuan. Ajak hubby sis buat bersama2 sis. Takpun sekarang kan ada servis kemas rumah lipat baju etc tu semua kan sis, panggil ja orang tu kemas selesai masalah sis. Boleh cuba cari kat fb

XOXO sis {:1_512:}{:1_149:}

Catpaw Publish time 2-12-2017 12:36 PM

Bipolajourney replied at 2-12-2017 12:00 PM
Gaji tu tak banyak. Actually ex PA sis ni budak yang dah benti sekolah so sis ambil. Ajar memasak...

Wow banyak juga tu sehari rm50 untuk budak baru habis spm siap makan tanggung {:fullobagai ada ot lagi   {:childlikeobaiknya hati sis, semoga Allah murahkan rezeki dan limpahkan rahmat dan permudahkan urusan pada keluarga sis amin

Bipolajourney Publish time 2-12-2017 01:18 PM

Catpaw replied at 2-12-2017 12:33 PM
Boleh sis, u can do it! Tak boleh banyak buat sikit2 sis. Buat ikut kemampuan. Ajak hubby sis buat ...

Thank u sis. Terharu sis baca komen sis ni

Bipolajourney Publish time 2-12-2017 01:21 PM

Catpaw replied at 2-12-2017 12:36 PM
Wow banyak juga tu sehari rm50 untuk budak baru habis spm siap makan tanggung   bagai ada o ...

Ya. Memang banyak. Dia kerja dengan sis dari usia 16 dari satu habuk urusan dapur tak tau sampai dah cekap di dapur. Sis ni bukan tak yakin diri cuma sis akui sis memang perlu pembantu. Kerja kerja rumah kasi sis keserabutan yang amat. Tapi alhamdulillah dia berhenti pon mak nya beritahu. Bukan macam ex PA sorang lagi yang buat cerita.

Depa ni nak berenti takut nak bagitau sis sebab depa pernah tengok sis naik hantu. Sekarang ni sis cuma fikir lagu mana nak lalui hari hari dengan buat kerja sendiri.

Sis awal awal dan warning laki sis. Jangan harap le sis nak masak special. Kalau sis mampu goreng telur pon alhamdulillah.

Bipolajourney Publish time 2-12-2017 01:24 PM

Buat masa ni sis tak nak ambik pekerja lagi sebab sis macam dah fobia. Tak taulah esok ke lusa Allah balikkan hati sis. Mungkin ni masanya sis kena belajar handle benda benda sendiri. Nak harap PA keje sampai tua ganyut ? Kalau mikir hala ke depan mungkinlah. Dia masih remaja. Next year 18 tahun.

pearlady Publish time 2-12-2017 02:21 PM

Bipolajourney replied at 2-12-2017 05:24 AM
Buat masa ni sis tak nak ambik pekerja lagi sebab sis macam dah fobia. Tak taulah esok ke lusa Allah ...

susah nya kehidupan bipolar....sy plak cam semua benda nak buat sendiri..lbh jimat..zaman pok jib hidup kena berpada2..x boleh boros..

Bipolajourney Publish time 2-12-2017 02:49 PM

pearlady replied at 2-12-2017 02:21 PM
susah nya kehidupan bipolar....sy plak cam semua benda nak buat sendiri..lbh jimat..zaman pok jib...

Sis kalau boleh nak buat benda sendiri. Dulu semua sis buat sendiri. Dari ke pasar hingga siap terhidang atas meja akhirnya sis depressed yang amat. Sekarang sis umpama patah kaki dan risau nak lalui hari mendatang. Maklumlah biasa sis semua PA sedia even kasut nak exercise. Dulu sis beli makanan bungkus dekat 2 tahun. Fobia yang amat. Terkenang habiskan masa dengan berbaring dari pagi sampai malam dan ulang hal yang sama. Nangis tanpa sebab. Sis khuatir cycle ini akan berulang.

onexox97 Publish time 2-12-2017 03:58 PM

Sis jangan la fikir sangat
jangan la lari dari masalah
hidup kena diteruskan
suami sis tak harapkan kesempurnaan pun
dia terima sis seadanya
tapi saya percaya ada hari dia akan serabut jugak
jadi tenang tenang je
jangan bagi dia serabut sangat
folo the flow je
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9
View full version: PA Utama dah berenti, Sis Harap Sokongan Teman.


ADVERTISEMENT