CARI-MAMS Publish time 28-11-2017 01:29 PM

Inilah Bern, Kota Pelancongan Musim Sejuk Paling Popular Di Instagram

Hujung tahun tiba lagi dan pada masa ini ramai yang mengambil peluang bercuti bersempena dengan cuti hari Natal dan juga tahun baru.


Dalam pada itu, destinasi yang menjadi kegilaan dan pilihan pada musim sejuk ini pastilah ke negara yang sedang mengalami musim itu dan juga salji.


Memetik laman CNN, ternyata ada beberapa destinasi 'musim sejuk' yang sering menjadi pilihan pelancong di seluruh dunia dan seterusnya popular dikunjungi.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/28/131850m7idfnlm8jbd8zsg.jpg



Jika dilihat pada laman sosial seperti Instagram, terdapat jumlah foto dan video yang tinggi untuk hashtag #Bern iaitu satu destinasi pelancongan hebat terletak di Switzerland.


Nyata sekali ia merupakan pilihan tertinggi sebagai destinasi kegemaran ramai bagi menghabiskan cuti musim sejuk.


Ia sekaligus mengalahkan antara pesaing utamanya seperti pergunungan Aspen di Amerika Syarikat, pergunungan Charmonix di Perancis dan sebagainya.


Ternyata kota Bern ini banyak kelebihannya dan tak hairanlah ia begitu terkenal di Eropah. Sepanjang tahun lalu sahaja sebanyak 19.9 juta pelancong sudah menjejakkan kaki ke sini.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/28/131850wgpcmc2tb7eg2ea0.jpg



Terdapat satu akaun khas di Instagram bagi pencinta kota Bern iaitu ilove_bern. Di sini, anda boleh melihat ratusan gambar kota indah ini yang dipenuhi dengan salji pada musim sejuk ini.


Menerusi laman Instagram ini juga pelbagai info yang bakal anda dapati berkenaan kota Bern termasuklah tempat menarik, keindahannya dan sebagainya.


Malah CNN melaporkan hashtag #Bern sahaja telah membanjiri laman sosial dengan lebih 1 juta kali hashtag, manakala di tempat kedia hashtag #Aspen dengan 930 ribu kali hashtag.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/28/132450f37z45odl4tq69pq.jpg



Jadi bagi mereka yang ingin mencuba menjejakkan kaki ke destinasi percutian musim sejuk, Bern mungkin telah membuatkan anda jatuh cinta. Kan?


Bagi artikel akan datang, mungkin kita akan melihat apa pula yang menarik di sini ya! - CARI

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/28/132642mxbn9hxn9mk63nch.jpg




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/28/131850ze3oc3e916ln3l3p.jpgFoto Carian internet

barfi Publish time 28-11-2017 01:35 PM

Mashallah cantiknya..

meisapoya Publish time 28-11-2017 01:43 PM

Lawa gilee. Ok dah blh start menabung {:childlike

moonbug Publish time 28-11-2017 01:59 PM

Cantikkkkk

Themilo Publish time 28-11-2017 02:02 PM

iols pernah pergi Swiss & singgah bandar-bandar macam Zurich, Luzern & Bern nih.. Memang cantik, bersih, segar jek.. kereta pun tak banyak.. cumanya, masa pergi tahun 2008, musim summer tak dapat la merasa kesejukan sebenar, kecuali kat Mount Titlis.

Anyway, it's a good choice kalo chuols nak ke Switzerland.

10 hari kat sana, rasa macam tak puas.

mizruncing Publish time 28-11-2017 02:22 PM

wowww kagumnya

nisako Publish time 28-11-2017 02:42 PM

mmg cantik pernah pergi lps tu rasa x nak balik.... hahaaaa

chaotic_soul Publish time 28-11-2017 02:52 PM

cantiknya kennn

antidote Publish time 28-11-2017 02:59 PM

mmg cantik.. dah penah smpai sana dec2015.. rindunya rasa mcm nak gi lagi

nhazlin Publish time 28-11-2017 03:33 PM

cantiknyaaaaaaa!! {:mllove:}

merrissa Publish time 28-11-2017 05:21 PM

teringin nak main ski kat swiss.......tp mahai la...naik tren pon cukop lah

Airis Publish time 28-11-2017 05:34 PM


Bern memang cantik.. famous with the bears.. I went there in autumn 2006.. lama dah.. dgn pokok2 yg berkaler kuning oren, cantik sgt.. other than Bern I went to Geneva, jalan2 kat English Garden.. Zermatt tgk pergunungan yg marvellous sgt scenerynya.. I fell in love with Switzerland and would like to repeat the experience.

bungarose Publish time 28-11-2017 05:41 PM

Swiss mmg cantik
Tak puas holiday kat sana
Nak g lagi :'(:'(

missus_meow Publish time 28-11-2017 05:57 PM

mmg switzerland negara cantik.peaceful. best kalo dpt pegi lg.

CiliPadiSedap Publish time 28-11-2017 09:34 PM

Tunggu air asia buat direct flight..

MissNigga Publish time 28-11-2017 10:09 PM

senang citer ... mostly negaraa negara europe ni mmg shantek shantek belakoooo ...

faraway1 Publish time 28-11-2017 10:36 PM

cantiknya tapi sebagai seorang yang duduk negara winter wonderland,
malas nak travel masa winter camni hahahah

susah nak nak ada anak, winter jacket tu semua, leceh.

SerenaBlair Publish time 29-11-2017 12:18 AM

Cantiknyaaaaaa

de_ikea Publish time 29-11-2017 12:05 PM

Tempat jatuh lg dikenang. Ini kan pula tempat honeymoon.

Rindu swiss. Mood penantin baru ons dua tiga hari ni. Hihihi

iloveyou Publish time 29-11-2017 02:40 PM

cantikknyaaa, nk kene ada berapa tabung ni bru boleh sampai sana?
Pages: [1] 2 3
View full version: Inilah Bern, Kota Pelancongan Musim Sejuk Paling Popular Di Instagram


ADVERTISEMENT