CARI-MAMS Publish time 28-11-2017 12:37 PM

Acar Ikan Masin, Menu Rare Yang Mengancam Jiwa..

Bagi mereka yang menyukai masakan berasaskan ikan masin, pasti menggemari acar ikan masin.


Rasanya yang sedikit pedas dan digabungkan pula dengan rasa masin dan masam, memang unik.


Anda boleh mencuba sendiri masakan ini dan paling 'best' ia boleh disimpan lama. Maksudnya, ia memang jimat! Jom cuba..


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/28/123257fvsuk2i2mgk667iy.jpg



Bahan-bahan:


200gm ikan masin talang@kurau (potong dadu rendam selama 1 jam)
10@15 biji cili api
10 biji bawang kecil India
5 tangkai bawang putih jeruk
5 sudu besar cuka
3 sudu besar gula melaka
3 sudu besar gula pasir
minyak masak secukupnya
garam jika perlu


Bahan Kisar
4 sudu besar pes cili kering
2 biji bwg besar
4 ulas bwg putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

Bahan Rempah
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar halba
1 sudu besar biji sawi

Cara-caranya:


1. Goreng ikan masin yang direndam tadi dengan api perlahan. Jangan terlalu garing, angkat dan toskan.


2. Goreng bahan rempah tanpa minyak, api perlahan sehingga wangi. Kisar halus, guna pengisar kering, ketepikan.


3. Panaskan minyak tumis bahan kisar tadi sehingga garing.


4. Masukkan bahan rempah kacau lagi sehingga wangi dan pecah minyak.


5. Masukkan bahan-bahan yang lain seperti cuka, gula Melaka dan gula pasir.


6. Masukkan ikan yang digoreng tadi, masukkan bawang merah kecil, cili padi dan bawang putih jeruk.


7. Masak lagi sampai betul-betul minyak keluar di permukaan atas.


8. Biarkan api perlahan, agar minyak terpercik.


9. Rasa dulu jika perlu masukkan garam dan gula lagi.

10.Tunggu sejuk baru masukkan dalam botol, sebaiknya botol kaca. - CARI




Kredit: FB Zaimah Zakaria


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/28/123257pj42ojja63ny6piw.jpgFoto: Citarasawan


lum_lum Publish time 28-11-2017 04:20 PM

Sedapnyer... {:3_98:}

derickwell Publish time 29-11-2017 10:16 PM

dah lapar:lol:

tembikai Publish time 30-11-2017 07:13 AM

aduuu....sedappnya mkn dgn nasi panas...

kucen_miang Publish time 30-11-2017 12:09 PM

sedapnya. menitik air liur.:drool3:

emelia1509 Publish time 1-12-2017 02:37 AM

Penah beli dengan sorang akak tu..RM15..Tapi ikan masin nye berapa ketul je..Baik la iols beli acar buah je baru RM8..
Tapi memang best la, selera makan nasi..

yangsemb Publish time 17-12-2017 03:30 PM

Kecur ayaqlioq {:give
Pages: [1]
View full version: Acar Ikan Masin, Menu Rare Yang Mengancam Jiwa..


ADVERTISEMENT