AbukRokok Publish time 27-11-2017 09:48 PM

HOT! FattZura nikah malam ni!

Fattah, Fazura Dipercayai Nikah Di Hotel Mewah Malam IniNovember 27, 2017Mangga HijauViral0http://www.manggahijau.com/wp-content/uploads/2017/11/Fattah-Fazura-620x381-1-620x381.jpg

KUALA LUMPUR: Ketika kecoh isu pertunangan antara Fattah Amin dan Fazura pada 13 November lalu, timbul pula kontroversi baharu apabila pasangan berkenaan dipercayai melangsungkan akad nikah pada malam Isnin.

Mereka dikatakan melangsungkan pernikahan di hotel Ritz Carlton, Bukit Bintang di ibu negara.

mStar Online yang berada di hotel tersebut sejak 6 petang mendapati pengurus kepada Fazura iaitu Iman Thang turut berada di lokasi berkenaan.
Beberapa pengawal peribadi dilihat berlegar-legar di sekitar lobi hotel.

Sekitar 6.30 petang, dua orang lelaki tiba di lobi hotel dipercayai membawa pakaian pengantin masing-masing berwarna putih dan pirus (turquoise) sebelum diiringi oleh pengawal untuk naik ke lif.

http://www.manggahijau.com/wp-content/uploads/2017/11/HOTEL.jpg

Tingkat 28 hotel ini yang kelihatan dengan nyalaan lampu biru dipercayai lokasi pernikahan Fattah dan Fazura.

Hasil pemerhatian mStar Online lagi, keadaan di perkarangan hotel juga tenang dan hanya pada pukul 8 malam dua individu lengkap berpakaian baju kurung dan baju Melayu berwarna pirus muncul di lobi dipercayai hadir untuk ke majlis itu.

Seorang lelaki yang berpakaian baju Melayu dari warna sama kemudiannya dilihat turun mengambil dua tetamu berkenaan untuk ke tingkat 29.
Hanya mereka yang mempunyai kad akses sahaja boleh ke tingkat berkenaan.
Namun tiada pihak yang dapat mengesahkan perkara itu.

Terdahulu, Fattah, 27 dan Fazura, 34, pada Khamis lalu merungkai persoalan mengenai hubungan mereka yang dikatakan telah bernikah sebelum berangkat menunaikan umrah pada 15 November lalu.
Menerusi sidang media yang diadakan sejurus mereka tiba di tanah air, pasangan itu menyangkal dakwaan sudah berkahwin sebaliknya hanya melangsungkan pertunangan pada 13 November lalu.
Malah pasangan itu tidak menafikan akan bernikah dalam masa terdekat yang akan diadakan secara tertutup sementara majlis resepsi pula akan diadakan pada tahun hadapan.

Sumber; Mstar

alesandra Publish time 27-11-2017 09:50 PM

okey...ini mmgmasalah global{:1_550:}

kiah_mai_pulak Publish time 27-11-2017 09:51 PM

Oh my Allah.. ekslusif sgt #fattzura ni. Kemahen

AbukRokok Publish time 27-11-2017 09:52 PM

alesandra replied at 27-11-2017 09:50 PM
okey...ini mmgmasalah global

kali ni xsalah bod lagi {:1_152:}

bellxx Publish time 27-11-2017 09:52 PM

Choiij mstarrrrrr tak amik iktibar ke dari kes sebelum niiiiii.....biarlah depa umum sendiri

cik_kambing Publish time 27-11-2017 09:52 PM

Ya awlahhh tak abis lgi kee. Penat la nak nervous dh

makcik.karipap Publish time 27-11-2017 09:55 PM

gigih ni. tak boleh sabar diorang umum sendiri ke? diorang yang nikah kau yang panas {:1_550:}

wickedwisdom Publish time 27-11-2017 09:55 PM

Omg. Betui ka

Acikayumii Publish time 27-11-2017 09:55 PM

Adoiiii aku gelak jeeee baca tread ni. Makin menjadi2 ye kisah fattzura

beautifulliar Publish time 27-11-2017 09:56 PM

Gila la reputs ni tak abih2..xphm bahasa ke org ckp nk privacy utk fmily and bff je.Tak ckup dgn gmbr umh nenek org tu ko expose skrg lampu bilik otel kaler biru pn nk merempan skodeng.Bataknye reputs malaya ni.:dizzy:

rayray28 Publish time 27-11-2017 09:57 PM

Wah wah this is hot....but kalau betul pn x de masalah laa hehehee..nazreem pn hrni bukan main post kt ig cm excited gile2 mcm xlama sgt dh lg nk nikah..kalau betul alhamdulillah..kalau tak betul moga dipermudahkn urusan agar cpt dpt disahkan :loveliness:

Bsli Publish time 27-11-2017 09:57 PM

Klu betul tunggu je la ..2/3 hari lagi fazura mesti akn upkn vid... :loveliness:

Thanatus Publish time 27-11-2017 09:59 PM

Aku cuma nak tunggu cocorex sahkan berita nii;P

kakasotong Publish time 27-11-2017 10:00 PM

Meols sbnrnya naik bosan dah dgn gosip diorg ni :mad:

Kalo deyols nk nikah mlm ni pn lantaklaaaa apa masalahnya. Fattzura dh ckp kan deyols nk buat majlis nikah tertutup kosser la reputz ni gigih lahai masing2 follow sampai ke lubang cacing.

idril Publish time 27-11-2017 10:02 PM

sejujurnya hakak berharap fazura kawin dengan bukan artis.
ahli perniagaan yg umur around her age more or less.
andddddd settle down kat overseas.......... sekian rempanan hari isnin hakak

meteorspeed Publish time 27-11-2017 10:03 PM

Umum la kalu nikah dattzura..nanti bnyk speku nanti

simatakucing Publish time 27-11-2017 10:03 PM

Xpelah jadi sejarah manis nnti dlm kehidupan fattah n faz dikejar/diintip paparazzi yg jarang/mungkin xde pda retiss lain :bye:

harashaliqa Publish time 27-11-2017 10:03 PM

Boleh tak weols keep calm and tunggu je keluar dari mulut fattzura sendiri. Give them some space please like faz said as a human right. Gittew.

If betul, sekejapnya documentation settle{:shyo{:shyo{:shyo

ecahaha Publish time 27-11-2017 10:03 PM

Food tasting je kot hahah

mel18 Publish time 27-11-2017 10:03 PM

Amende la wartawan ni..x menyabo..konon nk jd paling cepat.no 1 punya news ke..
Bior je la org tu nak menikah bila..aiyoo
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: HOT! FattZura nikah malam ni!


ADVERTISEMENT