CARI-MAMS Publish time 27-11-2017 12:28 PM

Cuba Teka Mana Satu Ibunya? Gambar Wanita 40 Tahun Tular, Nampak Sebaya Anak!

Terkejut dibuatnya bila melihatkan sekeping gambar yang menjadi tular ini.


Menerusi gambar kolaj itu, seorang wanita, Kiyenia Booker, 40 didakwa merupakan ibu kepada dua lagi gadis dalam gambar berkenaan.


Ramai yang tidak dapat meneka, mana satu anak dan mana satu ibu. Malah, ada juga yang mendakwa wanita berkenaan menipu dan menyamar kononnya sebagai ibu kepada dua gadis itu sedangkan dia adalah kakaknya.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/27/122543ndcceib3ce423l22.jpg



Namun, sebenarnya ia merupakan satu kisah benar. Memetik Oddity Central, Booker dari Nova Scotia ini sememangnya ibu kepada K'Lienya, 18 dan juga Koleiya, 16.


Dia berkongsi dua keping gambar (kolaj) ketika masih kecil dan juga situasi terkini mereka. Memang kedua orang gadis itu semakin dewasa namun menakjubkan ibunya kekal muda malah tak nampak sinci kedutan pun.

"Apa rahsia awet muda awak ya?" Awak nampak makin cantik dan muda dalam gambar yang baru tu.." tulis seorang netizen.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/27/122543nif1rx4191r5n2tw.jpg



Booker sebelum ini sudah mempunyai 60,000 orang pengikut di Instagram kerana mempunyai bakat dan teknik menggayakan rambut yang luar biasa.


Namun, selepas menjadi tular gara-gara gambar kolaj itu, dia kini mempunyai hampir 100,000 pengikut secara mendadak!


Selain dua orang anak perempuan ini, Booker juga mempunyai seorang anak lelaki yang baru berusia 4 tahun.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/27/122543q8phhup7kshb7hnk.jpg




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/27/122543itjj1z8ti5bts41t.jpg



Selepas dikritik kononnya menipu, Booker terus memuat naik beberapa keping lagi gambar dia bersama anak perempuannya itu sebagai bukti yang dia bercakap benar.


Dia juga mengakui berasa agak terluka dengan komen negatif netizen yang menuduhnya menipu. - CARI

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/27/122543xgy0lykk0gjky1ps.jpgFoto: IG Booker

CiliPadiSedap Publish time 27-11-2017 12:56 PM

kalau kulit cmni tak payah pakai qu puteh, mmg menawan macam metallic myvi baru

kimchipedas Publish time 27-11-2017 01:05 PM

Iolls jeles dgn kulit dorg cantik..

Cece1234 Publish time 27-11-2017 01:47 PM

So its true when they say black people dont age..jeles sgt tgk kulit dorg..nampak vibrant and healthy..

HannahMontana Publish time 27-11-2017 01:56 PM

kalau xdiberitahutajuk thread apa maka mungkin boleh confuse ,tp sebab tajuk tu ckp mcm tu aku yakin boleh tahu siapa ibu siapa kah anak...

paz Publish time 27-11-2017 02:28 PM

Betul-betul nampak macam sebaya.

fushimi Publish time 27-11-2017 02:31 PM

mak lagi lawa dari anak

emelia1509 Publish time 27-11-2017 02:37 PM

untongnye kulit xde kedut..tapi memang yg kulit gelap ni kurang kedut..macam aunty indian my nebor, still lawa..

makton Publish time 27-11-2017 02:45 PM

muda nyaa.. i is jelesss :mad:

mieymiey Publish time 27-11-2017 04:13 PM

Nampak macam kakak dengan adik jer. Dengan gaya rambut yang funky, lagi la nampak muda.

puccafan Publish time 27-11-2017 04:51 PM

Mak lagi cun dari anak

Inezkhalidi Publish time 27-11-2017 06:35 PM

{:childlike cantiknya {:iwant{:iwant

lesprincesse Publish time 27-11-2017 10:49 PM

WOW definitely doesnt look40

batmana Publish time 27-11-2017 11:37 PM

laaa,maknanya.
anaknya nmpk cpat tua, xmcm belasan tahun.

PongKang Publish time 28-11-2017 12:05 AM

hasil menjadi vegan selama ini..

missDollie Publish time 28-11-2017 12:14 AM

Yang Mana satu mak nya? Tapi kalo dah dressup ala2 bbnu Mau Tak nampak muda..

jointhecurse Publish time 28-11-2017 08:11 AM

Yang Mana satu mak nya?

Jorja Publish time 28-11-2017 08:11 AM

Kt tempat I ni ada satu family mcm ni tapi 3 doters dia.. si emak pakistani..doters dia mixed sabahan putih gebu mcm kulit orang china tu putih merah naturally. Bila 4 org tu bgambar sama mcm siblings aja.

diss69 Publish time 28-11-2017 09:54 AM

xnmpk mcm 40..lelagi kulit muka cntik walaupun hitam..

dory.thefish Publish time 28-11-2017 09:54 AM

nampak mcm kakak dgn adik.boleh agak mana 1 mak sbbmuka mak matured kn. tp seriously muka mak berganda lawa dr ank2 dia.
Pages: [1] 2
View full version: Cuba Teka Mana Satu Ibunya? Gambar Wanita 40 Tahun Tular, Nampak Sebaya Anak!


ADVERTISEMENT