CARI-MAMS Publish time 27-11-2017 11:44 AM

Sos Nampla Penyedap Rasa, Buat Secara Homemade Lagi Enak...

Bagi anda yang rajin memasak menu seperti nasi goreng, mi goreng, kerabu dan sebagainya antara bahan yang sering digunakan termasuklah sos ikan atau nampla.


Tak sedap rasanya kalau tak menambah sos ikan ini dalam makanan.


Namun, kadang kala rasa tak yakin dengan sesetengah produk di luar sana dari segi tahap kebersihan dan juga sijil halalnya. Tak mengapa, ada cara untuk menyediakan sos ikan ini.


Sebenarnya, ia diperbuat daripada ikan yang dijerukkan. Jus yang terhasil itulah ditapis dan digunakan sebagai sos ikan. Jom cuba!


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/27/114416d0y3tj8cdyatjlt0.jpgSos Nampla Penyedap Rasa, Buat Secara Homemade Lagi Enak...



Bahan yang digunakan:


600gm ikan tenggiri
5 ulas bawang putih | dicincang kasar
1 biji limau nipis | diambil jusnya
5 helai daun salam
2 sudu kecil lada hitam
2 cawan air masak
1 sudu besar garam kasar



Cara-cara membuatnya:


1. Potong kecil ikan tenggiri. Ketepikan.


2. Kemudian dalam satu bekas kedap udara, campurkan air masak bersama garam. Larutkan.


3.Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan tutup rapat. Biarkan selama 2-3 minggu.


4. Selepas tempoh mengawet, tapis air dan simpan di dalam botol. Simpan di dalam peti ais untuk tahan lama.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/27/114416io7oo6fl3dot367g.jpgSos Nampla Penyedap Rasa, Buat Secara Homemade Lagi Enak...




Tip:


1. Biarkan ada sedikit ruang pada bekas kedap udara anda ketika memerap ikan kerana jumlah air akan bertambah semasa proses mengawet.


2. Sos ikan ini boleh bertahan selama 4 hingga 6 bulan. - CARI


Sumber: Rasa

matchstick Publish time 27-11-2017 01:00 PM

byk juga pakai ikan tenggiri tu..musim ikan mahal ni beli aje lah

kimchipedas Publish time 27-11-2017 01:32 PM

Mmg msk suka letak sos nampla ni beli kat pdg besaq murah ckit.

pearl.silver Publish time 27-11-2017 01:54 PM

Masak apa sedap guna nampla ni
I guna buat pad thai je

MissVixen Publish time 27-11-2017 02:22 PM

pearl.silver replied at 27-11-2017 01:54 PM
Masak apa sedap guna nampla ni
I guna buat pad thai je

Masuk dalam red curry, green curry, masak paprik, paru balado, nasi goreng kampung, telur goreng thai. Setakat tu je pernah cuba.

pearl.silver Publish time 27-11-2017 03:07 PM

MissVixen replied at 27-11-2017 02:22 PM
Masuk dalam red curry, green curry, masak paprik, paru balado, nasi goreng kampung, telur goreng ...

Telur goreng thai tu camne

MissVixen Publish time 27-11-2017 03:12 PM

pearl.silver replied at 27-11-2017 03:07 PM
Telur goreng thai tu camne

3 biji telur campur dengan 1 sudu nampla. Pukul sampai buih siket. Panaskan minyak banyak dalam kuali. Pastikan panas betul dengan api paling besar. Tuang telur seluruh kuali. Kecilkan siket api. Pastu masak sampai dia rangup2.

pearl.silver Publish time 27-11-2017 03:27 PM

MissVixen replied at 27-11-2017 03:12 PM
3 biji telur campur dengan 1 sudu nampla. Pukul sampai buih siket. Panaskan minyak banyak dalam ku ...

Ooo...ni mcm telur dadar kt restoran siam ek..

MissVixen Publish time 27-11-2017 08:24 PM

pearl.silver replied at 27-11-2017 03:27 PM
Ooo...ni mcm telur dadar kt restoran siam ek..

Yup. Hahaha. Telur dadar. Macam telur sarang semut dalam laksa juga kot.

greantea Publish time 2-12-2017 11:18 PM

pernah guna buat kerabu jek. y lain x reti nak guna. tkt terlebih masin

KitabTurath Publish time 3-12-2017 06:58 AM

Ikan jenis lain tak boleh guna ker?

orenmango Publish time 3-12-2017 08:46 PM

Ikan tenggiri tu memang mentah ke?

Ipo Publish time 4-12-2017 05:55 PM

Mahal tu guna ikan tenggiri:o
Thank you kongsi resepi..nak try buat

sapasapa Publish time 14-5-2021 06:05 PM

Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!
Pages: [1]
View full version: Sos Nampla Penyedap Rasa, Buat Secara Homemade Lagi Enak...


ADVERTISEMENT