robotech Publish time 25-11-2017 01:25 AM

The Cost of War

The Cost of War

https://3.bp.blogspot.com/-aKNXvMsN3wI/WcOpTn070CI/AAAAAAAAKMY/ml0EPMcRzPAmxFvoCc-wVLPNste_lcKoQCLcBGAs/s640/21740145_1551144821575195_1549588857173078035_n.jpg

Pernah terfikir tak tentang perkara ni. Secara literalnya kita bercakap tentang kos sebuah perperangan. Sebagai contoh. The Siege of Marawi sehingga kini telah menelan sebanyak 3 billion Peso duit perbendaharaan Filipina dan konflik di Marawi yang masih belum selesai terus menerus membebankan Kerajaan Filipina. Ada kemungkinan Filipina sudah kekeringan dana untuk meneruskan operasi memusnahkan Daesh di Marawi.

Angka terkini kematian ialah 552 pengganas terbunuh dan di balas dengan 128 anggota keselamatan filipina terbunuh.

Sebagai perbandingan Kerajaan Malaysia membelanjakan sebanyak RM174 juta sepanjang Ops Daulat bagi menangani pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna, Sabah pada Mac 2013.

Daripada jumlah tersebut Kementerian Pertahanan menanggung kos sebanyak RM89 juta, Kementerian Dalam Negeri (RM49 juta), Polis Diraja Malaysia (RM30 juta) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (RM6 juta).

Kawasan Kese-lamatan Khas Pantai Timur Sa--bah (Esscom) yang ditubuhkan selepas tra-gedi di Lahad Datu untuk memantau kese-la-matan, diberikan peruntukan sebanyak RM2.9 juta.

Itu ialah kos bagi menghadapi konflik berskala low intensity .. Bagai mana pula konflik bersekala besar.
Kita ambil contoh Amerika. Kerajaan mereka membelanjakan sebanyak 4.8 trillion dollars bagi perperangan melawan keganasan di Afghanistan, Pakistan, dan Iraq.

"This figure includes: direct Congressional war appropriations; war-related increases to the Pentagon base budget; veterans care and disability; increases in the homeland security budget; interest payments on direct war borrowing; foreign assistance spending; and estimated future obligations for veterans’ care."

Jadi kepada yang suka melaungkan serang sana serang sini tu. Cuba try fikirkan kesan perperangan itu dari sudut kos.

Info tambahan

Semasa darurat kerajaan menanggung kos perang antara RM130 juta hingga RM150 juta setahun untuk melawan Pengganas Komunis semasa era Darurat.

- MMP

Sumber:
https://malaysiamilitarypower.blogspot.my/2017/09/the-cost-of-war.html?q=adnan&view=timeslide
Pages: [1]
View full version: The Cost of War


ADVERTISEMENT