Ruzaini90 Publish time 24-11-2017 12:05 AM

Dilema Menukar Kerja

Edited by Ruzaini90 at 24-11-2017 12:50 AM

Mohon pendapat semua, masih ragu-ragu berhijrah dan mencari peluang lain.

Saya mendapat peluang kerja lain di Subang, syarikat Safura Aero sebagai It administrator. Sekarang saya sedang bekerja di hometown sendiri iaitu Melaka untuk jawatan Junior it administrator. Di melaka ni saya bekerja di sebuah kilang, hampir 1 tahun di sini. Tetapi tawaran Safura ni berat rasanya nak tolak dengan gaji yang lebih baik dan organisasi besar mgkn ada sesuatu boleh di capai di situ. Cuma itulah, nak menukar suasana kat subang tu semua kene sendiri. Kerja sekarang ni ok belajar benda baru sambil improve diri. Nak kata ok sangat tak juga, tapi biasalah tak boleh jangka semua tu kan.

Kalau korang macam mana ya? Berhijrah atau stay. Masih berfikir tentang ni, kekangan keluarga ke semua tak de cuma dalam fikiran berfikir macam manalah nanti kat sana. Subang tu kos sara hidup tinggi tak?

marumaru Publish time 24-11-2017 12:39 AM

kalau ko takde komitmen keluarga,proceed jah... cari pengalaman sebanyak mungkin...

munchkin Publish time 24-11-2017 12:45 AM

Proceed je. Apa kekangan dlm fikiran ?

Ruzaini90 Publish time 24-11-2017 12:47 AM

marumaru replied at 24-11-2017 12:39 AM
kalau ko takde komitmen keluarga,proceed jah... cari pengalaman sebanyak mungkin...

yeah mmg tak de buat ni, plan nak cari pengalaman kerja sekarang ni notis berhenti 2 bulan keje.

Ruzaini90 Publish time 24-11-2017 12:49 AM

munchkin replied at 24-11-2017 12:45 AM
Proceed je. Apa kekangan dlm fikiran ?

Risau kekangan kewangan sebab perlu cari rumah sewa semua. haha, sebab macam kos tinggi sane kan. Tapi sayang nak tolak.

munchkin Publish time 24-11-2017 01:02 AM

Ruzaini90 replied at 24-11-2017 12:49 AM
Risau kekangan kewangan sebab perlu cari rumah sewa semua. haha, sebab macam kos tinggi sane kan....

Cari bilik sewa dululah. Bila kira kira atau stable baru cari rumah sewa.Berapa ganda gaji naik?

Nenasketum Publish time 24-11-2017 01:41 AM

Zaman sekarang ni dek zaman kilang di Malaysia not doing too well. Hakak tak tau lah Safura Aero tu company apa. Competitiveness memang dasyat sekarang ni. Kos hidup di Subang tinggi lah dari Melaka tapi kalau pandai jaga diri, tak terikut2 member nak beronggeng tiap malam, ok la tu. Tapi ikutkan cabaran, hasutan ada dimana2. Hakak nampak mungkin exposure, responsibility dll yang elok lebih kepada tawaran baru.
Tapi buatlah apa yang acik kepam nasihat kat sini sebagai panduan. Address the issues that is in your heart. Kenapa berat nak terima? Once you faham kenapa hati cuma berat kepada yang satu, mungkin lebih mudah buat keputusan tanpa sesalan dikemudian hari. Yakinlah rezeki hak mutlak siMaha Pencipta.
Sekian, acik kepam.

Ruzaini90 Publish time 28-11-2017 01:03 AM

Alhamdulillah dalam dilema dari dapat satu rezeki baru, saya dapat tawaran interview PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI GRED DH41 first interview jawatan begini. Sy akan cuba ini dulu, mudahan segalanya di mudahkan. Harapnya adalah rezeki kat sini.

Ruzaini90 Publish time 28-11-2017 01:06 AM

Edited by Ruzaini90 at 28-11-2017 01:09 AM

Jika ada yang nak share berkenaan interview Pegawai pendidikan Tinggi DH41 amatlah di alu-alukan.



kuihbakar Publish time 28-11-2017 06:39 AM

Lecturer ya?

Ruzaini90 Publish time 28-11-2017 07:08 AM

kuihbakar replied at 28-11-2017 06:39 AM
Lecturer ya?

Dari yang saya baca, lecturer kat politeknik atau kolej komuniti. Masih prepare cari info pasal ni.

kuihbakar Publish time 28-11-2017 06:13 PM

Ruzaini90 replied at 28-11-2017 07:08 AM
Dari yang saya baca, lecturer kat politeknik atau kolej komuniti. Masih prepare cari info pasal ni ...

Bagus juga jadi lecturer
Pages: [1]
View full version: Dilema Menukar Kerja


ADVERTISEMENT