CARI-MAL Publish time 23-11-2017 05:47 PM

Jom Gulung Twister Ala KFC Kita Sendiri!

Di musim hujan sekarang ini, sedapnya kalau dapat minum teh dan menjamah kuih-muih di waktu petang yang sejuk. Selain kuih-muih, resipi ala Twister KFC ini juga sesuai dijamu ketika minum petang.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/23/174141fasxgsra5n34xxke.jpg


Nak dijadikan menu makan malam pun bagus juga. Eh, jom kita gulung Twister kita sendiri!


Mari semak resipinya yang mudah di bawah. Anda boleh tambah bahan mengikut cita rasa dan susun serta menggulung Twister mengikut kreativiti.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/23/174100xoyrssortxytxft7.jpgFoto: Gimme Delicious






Bahan:


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/23/174059cyk7fc7bymyycfkh.jpg



Roti tortilla
Dada ayam - dipotong dadu mengikut saiz dikehendaki
Mayones
Sos Thousand Island
Daun salad
Tomato - potong dadu
Lobak merah - disagat
Timun - disagat
Keju pilihan




Bahan Perap:
Tepung goreng serba guna
Telur - dipukul
Bahan perasa secukupnya




Cara membuatnya:
1. Perapkan isi ayam dengan perasa selama 15-30 minit
2. Celup ayam dalam telur dan golekkan ke dalam tepung goreng. Lakukan dua kali sebelum digoreng sehingga berwarna keemasan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/23/174059e2wz27n3ca6sw9ya.jpg


3. Bakar seketika roti tortilla di atas kuali non-stick selama 2-3 minit bagi melembutkannya.
4. Sapu mayones pada permukaan tortilla.
5. Susun daun salad, lobak merah, timun dan tomato di atas tortilla. Kemudian letak sos Thousand Island secukupnya.
6. Susun kepingan ayam diikuti kepingan keju di atasnya dan balut tortilla dengan kemas.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/23/174100lk5fjvvgx05all4z.jpg


7. Bakar Twister di atas kuali sekali lagi untuk mencairkan keju. (Tak nak bakar pun tak mengapa).


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/23/174059j1fzt111stuci6z6.jpgFoto: Rasa




Voila! Siap sudah Twister ala KFC kita untuk dihidang. Selamat mencuba. - CARI



Kredit resipi: Mastura Razali menerusi Rasa.my

friedfishsoup Publish time 23-11-2017 09:49 PM

Ok boleh try{:run

snowprincess1 Publish time 24-11-2017 08:47 AM

Senang je nak buat..boleh cuba nanti ni{:hooray

myakayina Publish time 24-11-2017 09:56 AM

aku dah pernah buat resepi ni..mmg kenyang la.. tak mkn nasi dah lepas tu..

nisako Publish time 24-11-2017 10:53 AM

wah bo try la ni.............

MissVixen Publish time 24-11-2017 11:59 AM

Nak sihat lagi, bakar ayam tu. Perap dengan lemon, garlic, thymes 2 jam dulu. Lebihan air perapan didih campur pati ayam dan tepung jagung untuk jadi sos. Sodap juga.

shashawaaa Publish time 24-11-2017 12:58 PM

sedapnya la hai.
lapar nya.
mekaseh uols share gini.
walaupun iols jenis malas ke dapur tp tgk senang gini maybe boleh cuba japgi.

sapasapa Publish time 14-5-2021 06:06 PM

Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!
Pages: [1]
View full version: Jom Gulung Twister Ala KFC Kita Sendiri!


ADVERTISEMENT