CARI-MAL Publish time 23-11-2017 01:29 PM

Siapa Nak Bermalam Seperti 'Banduan' Di Sook Station, Bangkok?

Penjara? Tiada sesiapapun di atas muka bumi ini sengaja suka-suka nak masuk penjara. Mana-mana penjenayah pun tak ada yang suka duduk dalam penjara.


Sempit, busuk dan kotor. Siapa yang mahu, kan?


Tapi, tak semua manusia di dunia ini sama cita rasanya. Mungkin jika anda teringin merasakan kehidupan dalam penjara, anda boleh cuba menginap di sebuah hotel di Bangkok yang bertemakan penjara.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/23/132223ytcpantw8qp0qijw.jpgFoto: Mail Online/Sook Station





Anda boleh merasakan pengalaman bermalam di sebalik tirai besi penjara pada harga 1,309 Baht (RM165) semalaman.


Memetik Mail Online, sebaik sahaja check in di Hotel Sook Station ini, gambar anda akan diambil sebagaimana dilakukan kepada penjenayah. Kemudian, anda akan diberi sepersalinan pakaian tido bercorak hitam putih seperti pakaian banduan.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/23/132223q790g4qa2swagkku.jpgFoto: Travel And Leisure




Anda tidak akan diberikan kunci bilik, sebaliknya anda akan diberi nombor banduan dan berkongsi bilik air seperti penjara sebenar.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/23/132223c4u6zk8pza63aak4.jpg



Tapi acah-acah penjara sajalah. Sebabnya, anda masih boleh menikmati tidur yang lena di atas tilam empuk.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/23/132223fu7bk8m7exbkm5t5.jpg


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/23/132223voqnuoopgug9q9hz.jpg



Selain itu, hotel ini turut menyediakan tab mandi, kedai kopi untuk bersantai-santai serta ruang bekerja untuk menyiapkan kerja-kerja pejabat anda yang terbengkalai tu. Patung beruang pun ada untuk menghiburkan anda!




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/23/132223am0093700kau4d7j.jpgFoto: Mail Online/Sook Station




Ada ke yang terasa nak bermalam macam seorang banduan? Tapi janganlah fefeeling macam penjanayah pula, sudahlah ya? - CARI

Artemesiaa Publish time 24-11-2017 10:35 AM

Kurang minatlah sebab nampak privacy bilik kurang

chinta89 Publish time 26-11-2017 12:17 PM

x bminat.....

SuRiaGreeNz Publish time 27-11-2017 08:56 AM

klu x busuk & x kotor nak jgk cuba utk sehari..

syue86 Publish time 27-11-2017 09:42 AM

mahalnye harga

minahleter Publish time 27-11-2017 06:56 PM

mcm x der privasi ye?

notsospecial007 Publish time 28-11-2017 11:31 AM

xde privasi.. tp mcm menarik jgkkk.. utk dapatkan pengalaman

Cari-Faizal Publish time 20-12-2017 01:54 PM

bleh la sesapa yg bercadang nk buat jenayah tu try2 stay sini

Cari-Faizal Publish time 20-12-2017 02:02 PM

bleh la sesapa yg bercadang nk buat jenayah tu try2 stay sini

zetty1978 Publish time 31-12-2017 03:57 AM

Byr mahal2 tp nk tido pun x senang .. nk gi toilet pun share2 mcm hostel type .. rega hampir 200 tu biasanya dh dpt bilik hotel yg comfort dh .. for the sake of the prison experience, boleh la cuba sapa yg nak .. kalau yg free tu korang buat la jenayah kan ..aku mmg xnk ..

zaziot Publish time 2-1-2018 11:19 AM

xberminat la nk try
Pages: [1]
View full version: Siapa Nak Bermalam Seperti 'Banduan' Di Sook Station, Bangkok?


ADVERTISEMENT