Buang Najis Udang Tanpa Kupas Kulit, Mesti Anda Tak Tahu Cara Ini Kan?
"Siang udang? Eleh, 'kacang' je tu!"Kacang kacang pun mesti rasa menjengkelkan bila nak kena kupas kulit udang sekor-sekor terlebih dahulu sebelum nak buang urat kotoran atau najisnya, kan?
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/22/173404m4hvixvailvv7tab.jpgFoto: Wiki How
Lebih menyakitkan hati apabila urat najis udang itu terputus ketika sedang dibersihkan. Bikin panas saja bagi mereka yang kurang kesabaran tu. Jangan tipu, mesti rasa bengang je kan?
Terdapat banyak cara sebenarnya nak bersihkan udang ni. Ada yang suka 'togelkan' udang tu sebelum dibelah bahagian belakang udang dan dibuang najisnya. Ada juga yang membelah belakang udang tanpa mengupas kulitnya terlebih dahulu.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/22/172735ml337sw3wk3jmf7l.jpgFoto: Heatworks
Kalau anda masih belum mengetahuinya, ada cara lebih mudah untuk membuang najis udang tanpa perlu mengupas kulitnya. Tak perlu guna pisau pun!
Aik, tak pakai pisau atau gunting, macam mana nak buang najis tu?
Senang saja. Anda hanya memerlukan pencungkil gigi.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/22/172735ls53hhal63vh5uzr.jpgFoto: Fine Dining Lovers
Caranya, cucuk lidi pada bahagian belakang udang dan tarik perlahan-lahan sehingga urat najisnya terkeluar, lalu teruskan menarik keseluruhan urat najis itu.
Lakukan dengan lemah lembut ya, supaya ia tidak terputus. Tonton video ini!
https://www.facebook.com/SaaRaaFanpage/videos/1861893267403099/
Cara ini juga sesuai digunakan bagi udang yang dikupas kulitnya. Mudah, bukan? Semoga berjaya mencubanya! - CARI Mmg kena buang eh? serius? aku tak pernah buang weh..aku selalu potong misai ngan tandu tajam dia je. pls senang msk udang rasanya Tak rajin nk buang...makan je...{:run Kalau udang besar x buang tahi tu, nanti makan terasa berpasir errr..baru tau kena buang! {:1_558:} Aku dah pernah buat dah cara tu, tapi kadang-kadang terputus jugak.:dizzy: Dulu ada kwn pantang xmkn udang xbuang taik ni..jd i dpt mkn udang lebih sbb amik bahagian dia..hehe
Klu kt umh masak udang yg saiz sedang ni, i suka buang taik dia..tp klu kkk nk masak cpt2 xsempat i nk kelebet taik udang tu.. X pernah tau heheh.. tq for info wahh selama ni guna pisau je toreh sikit bahagian atas tu tpi ni lagi senang! thanks for the info TT lepas ni try {:gambateho oh guna lidi ke?
selama ni guna pisau je lepas belah belakang udang
Urat hitam tu saluran najis.. memang kena buang.. ramainya x buang.. chef omputih kat tv pun buang tau.. boleh bawa penyakit.. Ooo baru tahu :D Kat tv rancangan ape ntah dah penah tunjuk teknik ni tapi salur tu ditarik/dibuang dr bhg depan, yg ni pulak dr bhg ekor/bawah pulak, kena try ni! Benda tu pasir kan.. Kalo x buang makan byk2 takut berpasir perut. beberapa tahun lepas dapat tahu kena buang urat tu dan sejak dari tu cukup la malas nak beli udang. rela beli sotong.
Serius berguna nih. Jimat mase. Plus lps ni x de la stress takut tercucuk kulit Boleh try ni, thank you tt {:love Dah taw lama dh gne toothpick ni tgk lam cooking show masaleh..tp malas nak buat,nak2 udang kecik..kalau size sederhana tu buang ler jgk.. AKu gunting je bahagian atas tu pastu buang. Kalau dtg angin malas aku aku biarkan je..tp ada jugak yg jenis x potong muncung tajam udang tu eyh.x kena tikam ke masa nk makan nanti?