CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2226|Reply: 4

Salah Tayar Atau Pemanduan?

[Copy link]
Post time 17-11-2017 12:09 PM | Show all posts |Read mode
Rata-rata mereka di luar sana menyalahkan pemandu lori yang menyebabkan kemalangan maut di Lebuh raya Plus arah selatan bulan  lepas…


Tidak dinafikan pemandu lori itu memandu laju di lorong kiri.


Jika dilihat dari komen-komen netizen,setiap orang ada menyatakan bahawa:


1. Lori itu terlanggar ular lalu tidak dapat kawal keadaan.
2. Lori itu terlanggar batu atau besi di tengah jalan.
3. Pemandu lori itu terlalu mengantuk.
4. Alligment lori itu telah lari.
5. Pemandu lori itu tengah 'stone'.


Dan macam-macam lagilah orang komen.


Foto: Berita Harian




Kita boleh menilai atau kata apa sahaja….. sosial media sekarang ini seperti medan pertempuran di alam maya… jika buruk kita sampaikan maka buruklah KEPUTUSAN dia jika baik kita sampaikan dengan izin tuhan makan baiklah jadinya.


Okay berbalik kepada cerita lori ni.
Jika di lihat dari video yang dikongsikan di ALAM MAYA ini, cuba korang stop apabila view dia sampai ke tayar lori itu dan korang zoom dan zoom perhatikan tayar dia?


Tayar lori itu botak weh! Sungguh mengerikan apabila kenderaan besar gedabak ini berjalan di jalanraya dengan tayar yang telah BOTAK.


Dari video yang dikongsikan kita dapat melihat tayar lori itu meletup terlebih dahulu dan malangnya tayar depan yang pecah.


Pemandu lori mungkin telah cuba sedaya upaya untuk mengawal lori itu akan tetapi manakan daya dia seorang nak berpaut dengan lori yang besar itu. Maka kemalangan terjadi!






Berapa banyak KENDERAAN BESAR ini di jalan raya kita ?


Berapa banyak syarikat BAS & LORI yang mengikut prosedur pertukaran TAYAR ?


Berapa banyak KEDAI TAYAR CELUP di MALAYSIA ini ?


abanG harap syarikat lori atau mana-mana syarikat kenderaan besar gedabak ini lebih perihatin dan fikirkan keselamatan pemandu dan orang lain dengan memeriksa TAYAR sekurang-kurangnya 6 bulan sekali.


Foto: Utusan Malaysia


Jika telah BOTAK itu pandai-pandailah pakai MINYAK BON untuk lebatkan TAYAR.


SPAD sila mainkan peranan anda. PUSPAKOM sila semak senarai semak mengenai TAYAR LORI ini.


Sekian sahaja kesimpulan dari abanG.


Semoga kita lebih prihatin dengan kenderaan lain.


Love – abanG -

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2017 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Tayar botak tak kira lori ke motokar please jgn ambil mudah.. satu lagi bahaya kalau suka drive guna satu tangan aja nanti tayar meletops habislah
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 03:23 PM | Show all posts
Dua2 pun salah sebab kalau kurang kedua2nya tetap boleh mengakibatkan kemalangan
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2017 01:25 PM | Show all posts
kalau kenderaan persendirian at least bleh harap la kalau nak check tayar semua in good condition ke x..
tp kalau company2 kenderaan berat ni...semua terpulang pd bos & pekeja2..

kalau bos responsible..most likely pekeja pun responsible jgk..tp kalau bos kedekut duit nak repair tayar ke ape..pekeja bleh buat ape?..lagi2 kalau tgh desperate perlukan keje..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 11:43 AM | Show all posts
betul ke setiap lori ni datang ke puspakom buat check?

ke, runner bawa dokumen je,  blabla, then passed.. renung2kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.057101 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list