Resipi Untuk 'Geng Pemalas'! Lempeng Inti Coklat Crunchy, Senang Je
Perut berkeroncong lapar, nak keluar malas pula. Hidangan paling simple boleh dibuat adalah lempeng.Kalau lempeng biasa memang membosankan! Sesuai untuk 'geng pemalas', kali ini cubalah Lempeng Inti Coklat Crunchy.
Memang terlajak sedapnya. Resepi dari Afil Jefri, ringkas dan mengenyangkan. Jom cuba.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/16/115855kjscc771te7qas6c.jpg
Bahan-Bahan
3 sudu besar tepung gandum
1 biji telur ayam
2 sudu besar gula
Air sebanyak yang perlu
Sedikit garam
Ovomaltine (Hero dalam filem ni)
Cara-Cara
1.3 sudu besar tepung gandum pun dah cukup. (Ikut keperluan masing-masing)
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/16/115120jesluuubauo7skys.jpg
2. 2 sudu besar gula tak terlalu manis dan tak terlalu tawar. Sedang-sedang saja
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/16/115120hem5165641ncffof.jpg
3. Guna sebiji telur ayam bersaiz agak besar. Kalau saiz kecil, guna dua biji
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/16/115120djtej4udfe5jbddf.jpg
4. Ini adalah superhero! Lagi sedap daripada Nutella. Harga sebalang Ovomaltine ini dalam RM20.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/16/115121jetvwkzhydhtlkh7.jpg
5. Garam secukup rasa, guna secubit nak bagi balance.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/16/115121lkecbx3vp6x337jo.jpg
6. Masukkan air untuk bagi pekat
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/16/115121veje2ny6b4qqzjnk.jpg
7. Gaulkan semua bahan-bahan itu dalam satu mangkuk. Sebelum masukkan air, akan jadi kental teruk. Tapi jangan gelabah! Masukkan air sedikit demi sedikit
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/16/115121drtg5z7yq3fqrf9r.jpg
8. Buat sampailah gabungan bahan-bahan itu sebati dan jadi begini
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/16/115121hr6rhwums6m86fos.jpg
9. Panaskan kuali, sapu dengan minyak masak
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/16/115121hr6rhwums6m86fos.jpg
10. Bila dah siap, angkat dan sebelum sejuk,sapukan dengan Ovomaltine crunchy cream itu.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/16/115121ney2mxxnxrnuo62x.jpg
11. Letak lagi satu keping lempeng di bahagian atas
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/16/115121hzh6odeis7g2ozze.jpg
12.Potong, letak dalam pinggan dan hidangkan
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/16/115121ganh6a6mawcxxa1c.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201711/16/115121zzne7nteottwr11t.jpg
Selamat mencuba! -CARI
Kredit Resipi: Afil Jefri jgn la kata geng pemalas...kalau dah x minat tu x minat la..
eheheheh Ok nanti aku try. Aku memang pemalas pun Lempeng pun hangit Menarik! Nanti boleh konah cuba kalau rajin {:good Menarik! Nanti boleh konah cuba kalau rajin {:good Uishh...kecur ayaq lioq iolls {:sing memang pemalas,sampai hangit
Pages:
[1]