dauswq Publish time 15-11-2017 06:15 PM

[SBS] Return - Gong Hyun Jung, Lee Jin Wook, Shin Sung Rok, Park Ki Woong

Pemilihan pelakon SBS Return lengkap; 3 suspek elit digempur menerusi rancangan tv “Return”by      daus    ·                            Published November 15, 2017            · Updated November 15, 2017      

https://i0.wp.com/kmania.info/wp-content/uploads/2017/11/sbs_return.jpg?resize=500%2C500&ssl=1Dari kiri (atas) : Gong Hyun Jung, Lee Jin Wook, Shin Sung Rok                                             
Dari kiri (bawah) : Jung Eun Chae, Park Ki Woong , Bong Tae Kyu                                 
Gambar dikreditkan pada is.plus.
SBS Return telah pun mengesahkan pemilihan pelakonnya dan mengadakan sesi pembacaan skrip pertama kali pada hari ini. Ia berkisarkan tentang gerakan media yang diperhebatkan untuk mencari penjenayah terutamanya di kalangan golongan elit kerana mereka merupakan salah seorang suspek utama terutamanya kes pembunuhan bersiri.Gong Hyun Jung sebagai Choi Ja-Hye,memegang watak bekas peguam yang akhirnya menjadi produser TV disebabkan suatu peristiwa menyedihkan berlaku ke atasnya. Beliau bertanggungjawab menyelia program tv yang akan mencari pembunuh sebenar yang disangkakan wujud dalam kalangan rakyat Korea tak kira golongan elit mahupun marhaen biasa.
Lee Jin Wook pula menjadi ketua polis bahagian homisid bernama Dokgo Young yang banyak menyelesaikan kes-kes kriminal kebanyakannya disensasikan pihak media. Sebahagian besar membabitkan suspek daripada kalangan pengganas ataupun mereka yang berkepentingan.Shin Sung Rok sebagai Oh Tae Suk, merupakan CEO syarikat pembuatan elektronik mudah alih dalam pengkhususan dalamIT. Beliau dianugerahkan “Usahawan Terbaik” kerana menghasilkan aplikasi untuk gadjet telefon mudah alih. Beliau seorang usahawan yang bangkit atas usaha sendiri tetapi rupanya mempunyai tabiat buruk yang agak menakutkan. Beliau disebut-sebut sebagai salah seorang suspek dalam drama SBS Return ini. Penulis dapat menjangkakan wataknya agak mirip dalam SBS My Love From Star di mana beliau menjadi pembunuh bersiri di sebalik kerjayanya sebagai anak chaebol sehingga meraih pencalonan Best Supporting Actor 3rd Cari Kdrama Awards.
Jung Eun Chae sebagai Geum Na-Ra sebaliknya akan menjadi peguam yang akan menjayakan rancangan tv dikelolakan oleh Choi Ja Hye.
https://i1.wp.com/kmania.info/wp-content/uploads/2017/11/sbs_return2.jpg?resize=1024%2C576&ssl=1Gambar sekadar hiasan.
Park Ki Woong, pemenang Best Supporting Actor 1st CARI Kdrama Awards, dikatakan akan melakonkan watak sebagai anak chaebol Taeho Group bernama Kang In Ho. Beliau seorang yang sangat hebat dalam perniagaan, beberapa kali tersenarai dalam 20 usahawan muda terkaya di Korea Selatan. Di samping kemahiran bisnes, beliau jugamempunyai memori yang sangat kuat sehingga mampu mengingati hampir 120 digit Pi (π). Beliau juga dikategorikan sebagai salah seorang suspek selain Oh Tae Suk.
Suspek seterusnya dilakonkan oleh Bong Tae Gyu sebagai Kim Hak Beom, iaitu anak kepada pemilik syarikat pengurusan sekolah. Pada suatu ketika, beliau tiba-tiba mengganas, akhirnya disahkan mengalami penyakit pemecahan keperibadian atau “Dissociative identity disorder” (DID). Beberapa kali cuba didakwa tetapi beliau asyik terlepas.
Premis drama SBS “Return” agak menarik untuk ditonton lagi-lagi ia akan menyelongkar sisi gelap golongan elit yang selalunya cuba ditutup atau dibiarkan kerana pengaruh mereka terhadap senario politik tempatan. Drama ini akan diarahkan oleh Joo Dong Min (SBS “Take Care of Us, Captain”) dan ditulis oleh penulis skrip maknae, Choi Yung Mi. SBS “Return” akan disiarkan sebaik saja SBS Nothing To Lose selesai.
Sumber:is plus, OSEN , xsportnews

https://kmania.info/2017/11/15/p ... ancangan-tv-return/

@idakamaruddin @wima @C1k_J4h @qis13@naqibnasuha

wima Publish time 15-11-2017 06:34 PM

Wah..baca sinopsis mcm best je daus...
Gempak je bunyinya...harapnya bestla...

Pelakon2 pun hebat2...shin sung rok ni sbb muka dia jenis kasar dia selalu dpt watak jahat kan...teringat plak nyampah kt dia dlm drama airport sblm ni...tp watak dia masa tu xdela scary...dlm drama ni klau baca dr sinopsis mcm akan stress je tgk dia nnti....huhuhu

matchstick Publish time 15-11-2017 07:20 PM

Aku turn off betul nk tgk mana2 drama yg ada lee jin wook muka kejung tu

dauswq Publish time 15-11-2017 07:36 PM

matchstick replied at 15-11-2017 07:20 PM
Aku turn off betul nk tgk mana2 drama yg ada lee jin wook muka kejung tu

Terpaksa setuju dgn kau. Naya moon chae won digandingkn dgnnya dlm goodbye mr black dulu. Buat aku geram jek memikirknnya @santubung . :lol:

dauswq Publish time 15-11-2017 07:37 PM

wima replied at 15-11-2017 06:34 PM
Wah..baca sinopsis mcm best je daus...
Gempak je bunyinya...harapnya bestla...



Kan? Awal2 dah state sekian2 ni suspek. Mcm main detektif conan lak hehe

wima Publish time 15-11-2017 09:53 PM

matchstick replied at 15-11-2017 07:20 PM
Aku turn off betul nk tgk mana2 drama yg ada lee jin wook muka kejung tu

Kejung ek dia?

Kayu ke dia berlakon?

Iols x penah layan drama mamat ni..tp penah la tgk dia dlm filem miss granny..hensem dia dlm tu..tp bab lakonan xde la menyerlah sgt..so x fokus sgt plak lakonan dia...

Berlakon jd detektif plak tu kali ni..kalau kayu x best arr...

wima Publish time 15-11-2017 09:55 PM

dauswq replied at 15-11-2017 07:37 PM
Kan? Awal2 dah state sekian2 ni suspek. Mcm main detektif conan lak hehe

Aah...btul gak tu uols...

Nape siap2 state suspek ek..slalu drama2 criminal ni saspen je duk pikir sape jahat..sape punya keja...

Iols teruja nk tgk gong hyun jung berlakon..suka tgk dia berlakon wpun slalu dlm drama mmg x control lgsg..selekeh je...

santubung Publish time 15-11-2017 10:35 PM

dauswq replied at 15-11-2017 07:36 PM
Terpaksa setuju dgn kau. Naya moon chae won digandingkn dgnnya dlm goodbye mr black dulu. Buat aku ...

kesian mak cik ni digandingkan dgn hero kejung :laugh3:

santubung Publish time 15-11-2017 10:36 PM

drama2 korea ni mostly mesti hero ok, heroin kejung. hero ok, heroin kejung

kalau dua2 ok. citer lak kejung

adeh!!!!!

dauswq Publish time 15-11-2017 10:58 PM

wima replied at 15-11-2017 09:53 PM
Kejung ek dia?

Kayu ke dia berlakon?


Aku sakit hati giler tgk dia berlakon dlm goodbye mr black dulu. Konon2 hitman yg macho tp slow, tak nmpk ape jadahnye dia jd hero dlm drama tu. Bab romantik lak, moon chae won kena lead dulu :lol:

C1k_J4h Publish time 16-11-2017 08:56 AM

dauswq replied at 15-11-2017 10:58 PM
Aku sakit hati giler tgk dia berlakon dlm goodbye mr black dulu. Konon2 hitman yg macho tp slow, t ...

adehh..lee jin wook yg hero dlm mr black berlakon drama ni ke?
harap2 dia xmnenggelamkan performance acik gong
turn off tgok mr black sebb dia walaupun aiols suka moon chae won hokayy

bdhia Publish time 15-1-2018 08:59 PM

Tunggu ari khamis nnt....

cm_asamkumbang Publish time 19-1-2018 05:08 PM

LAma tak tengok GHJ belakon..tapi tengok hero..putus pulak nafsu serakah nak tengok:lol:

bdhia Publish time 19-1-2018 09:25 PM

Lps tgk epi 1 n epi 2 versi ONE hd ni...baru faham n ok la buat tertny2 jg la sape pembunuh Mi Yeong....:lol:

C1k_J4h Publish time 23-1-2018 03:46 PM

bdhia replied at 19-1-2018 09:25 PM
Lps tgk epi 1 n epi 2 versi ONE hd ni...baru faham n ok la buat tertny2 jg la sape pembunuh Mi Yeong ...

ok x citernye?
aiols tgok da 4 epsd
weekend ni baru dwnload dan marathon

bdhia Publish time 23-1-2018 03:59 PM

C1k_J4h replied at 23-1-2018 03:46 PM
ok x citernye?
aiols tgok da 4 epsd
weekend ni baru dwnload dan marathon

Uols tgk dah 4 epi tu yg 30 minit setiap epi or 1 jam?...sbb rasa nya cite ni baru start kan...dah tgk 2 epi ni ok la jg...nak cari pembunuh sebenar n suspek2 pula jenis ada kuasa ...maklum la anak org kaya... lps tu mcm biasa la nama je berkawan tp belakang x puas hati...rasa mcm tertunggu jg nak tgk banding drama sbs lain tu...nak2 yg doubtful victory tu rasa hero n heroin kureng jadi watak utama...:lol:

C1k_J4h Publish time 23-1-2018 04:02 PM

bdhia replied at 23-1-2018 03:59 PM
Uols tgk dah 4 epi tu yg 30 minit setiap epi or 1 jam?...sbb rasa nya cite ni baru start kan...dah ...

belum lg..last weekend bz xsempat nak download
once abes marathon nnt aiols komen ya

diorg buat 30 minit 1 epsd erk?okla tu..file xbesar sgt.hehehe
aiols xtgok doubtful victory..so xleh komen:lol:

bdhia Publish time 23-1-2018 04:13 PM

C1k_J4h replied at 23-1-2018 04:02 PM
belum lg..last weekend bz xsempat nak download
once abes marathon nnt aiols komen ya



Rasanya drama skrg mcm buat 30 minit setiap epi...tp kat tv ONE tu terus tyg sejam...sama je kan...mula tgk mcm boring skit ala2 filem hidustan gitu...:lol: sbbnya anak lelaki kaya jadi pewaris n dpt isteri yg sempurna dr smua segi tp jadi surirumah tp hakikatnya ada perempuan simpanan...lps tu nak putus mula jadi pergaduhan n ada kematian....ok smpai situ je la...nnt uols tgk...sbb msk epi seterusnya ok la dah timbul pertanyaan apa yg berlaku sebenarnya..:D

C1k_J4h Publish time 23-1-2018 04:30 PM

bdhia replied at 23-1-2018 04:13 PM
Rasanya drama skrg mcm buat 30 minit setiap epi...tp kat tv ONE tu terus tyg sejam...sama je kan.. ...

oo..da mcm gaya women of dignity
epsd 1 da tunjuk kena bunuh
tp xtau siapa
sampai da last epsd baru settle

typical korean drama
kalau kahwin dgn anak chaebol, confirm bini jd suri rumah tangga kan

bdhia Publish time 23-1-2018 04:41 PM

C1k_J4h replied at 23-1-2018 04:30 PM
oo..da mcm gaya women of dignity
epsd 1 da tunjuk kena bunuh
tp xtau siapa


Senang kot jaga anak n duit dah byk;P...drama womanof dignity tu iols x tgk...pelakon2 drama ni iols x pernah tgk lg diorg berlakon so x tau kayu atau x...:lol:
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: [SBS] Return - Gong Hyun Jung, Lee Jin Wook, Shin Sung Rok, Park Ki Woong


ADVERTISEMENT