melnanzz Publish time 15-11-2017 12:48 PM

(Edisi sarung cincin ke idok?) **Heboh Nikah Malam Tadi #2, **Berangkat ke Mekah

Edited by melnanzz at 15-11-2017 07:30 PM

ALL ABOUT FATTAH AMIN

VOLUME 58

Selamat berangkat ke tanah suci dan menunaikan umrah, kepada Fattah, Fazura, rakan-rakan dan ahli keluarga.

https://www.instagram.com/p/BbgIDgJlfBn/

https://www.instagram.com/p/BbgCUAGgyE1/

https://www.instagram.com/p/BbgDIuAAtTd/

melnanzz Publish time 15-11-2017 12:49 PM

Edited by melnanzz at 15-11-2017 01:06 PM

http://www.mstar.com.my/Themes/MSTAR/img/mStarLogo.png
Heboh Fattah, Fazura Nikah Malam Tadi
Diterbitkan: Rabu, 15 November 2017 7:17 AM

http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2017/11/15/07/30/fattah%20amin%20%20fazura.ashx
Fattah dan Fazura dilaporkan bernikah secara senyap namun tiada pihak yang dapat mengesahkan berita itu. FOTO: Instagram Fattah Amin

PETALING JAYA: Spekulasi bertiup kencang sejak malam tadi (Selasa) kononnya pelakon Fattah Amin dan Fazura bernikah dalam diam.

Pasangan berkenaan dikatakan bernikah di rumah nenek Fazura yang terletak di Petaling Jaya namun tiada pihak yang berani mengesahkan perkara itu termasuklah pasangan berkenaan.

Sejak malam tadi, terdapat beberapa ucapan mengenai perkahwinan itu di status Instagram milik Fattah Amin menerusi gambar Kaabah yang dikongsinya selepas dia menulis kapsyen “semoga semuanya dipermudahkan.”

Bagaimanapun pada awal malam Selasa, mesej ucapan itu telah hilang mungkin dibuang oleh pengendali laman sosial berkenaan untuk mengelak berita kesahihan khabar angin itu terus diperkatakan.

http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/11/15/fattah-fazura-nikah/~/media/68b1a9256c52441e8c19eff2f8178a73.ashx
Perkongsian gambar Kaabah ini mendapat ucapan tahniah daripada peminat Fattah Amin.

Namun pada awal pagi Rabu, beberapa mesej tahniah mula muncul pada status berkenaan daripada peminat yang antara lain memberi andainan pernikahan itu dilakukan mereka bagi memudahkan Fazura mengerjakan umrah bersama Fattah atas sebab mereka suami-isteri.

Dalam pada itu tinjauan sebuah portal berita mendapati rumah nenek Fazura dipenuhi tetamu namun tidak dipastikan majlis apa yang dilakukan selain kawasan rumah berkenaan dikawal ketat, hanya tetamu terpilih sahaja dibernarkan menghadirinya.

Sementara itu wakil artis berkenaan dan pihak pengurusan mereka juga mengunci mulut berhubung perkara itu.

Pasangan berkenaan dijadualkan akan berangkat mengerjakan umrah pada pagi Rabu.

Sebelum ini tersebar khabar angin Fattah, 27, dan Fazura, 34, memilih tarikh 13 November 2017 untuk bertunang namun apabila tiba tarikh itu, tiada pengumuman mengenainya dibuat.

http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/11/15/fattah-fazura-nikah/~/media/965923364107454f94835c4a62391cfb.ashx
Fattah dan Fazura digosipkan bercinta selepas mereka bergandingan dalam drama 'Hero Seorang Cinderella'. FOTO: Instagram Fattah Amin.

Sebaliknya Fattah berjanji tidak akan merahsiakan hal berkenaan selain meminta doa yang baik-baik sahaja buat mereka.

Mereka juga pernah dilaporkan akan bernikah di Makkah namun atas beberapa faktor, pernikahan awal terpaksa dilakukan sebelum kedua-duanya boleh mengerjakan umrah sebagai suami-isteri.

Pasangan ini ditemukan dalam drama Hero Seorang Cinderella dan bermula dari itu, timbullah gosip mereka sedang menjalinkan hubungan cinta.


Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/11/15/fattah-fazura-nikah/#wALqpBKU3PAXzjoQ.99



http://www.sinarharian.com.my/img/sh/images/masthead.png
IG Fattah Amin dibanjiri ucapan tahniah
MEEN TAHRIN
15 NOVEMBER 2017

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.757566.1510716318!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_624/image.jpg
Instagram Fattah Amin.

MALAM tadi hangat diperkatakan pasangan sensasi Fattah Amin dan Fazura dikatakan mengadakan sama satu majlis iaitu sama ada bertunang atau bernikah terus.

Tinjauan di Instagram pelakon kesayangan ramai ini, malam tadi Fattah hanya meletakkan sekeping gambar Kaabah berserta status 'semoga semuanya dipermudahkan'.

Status tersebut telah mengundang pelbagai persoalan di kalangan peminat.Ada yang mengucapkan selamat pergi dan selamat pulang kepada Fattah dan Fazura yang dikatakan bakal mengerjakan umrah bersama keluarga masing-masing.

Ada juga yang mengucapkan tahniah di atas majlis pertunangan atau pernikahan yang berlangsung.

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.757567!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_490/image.jpg
                  
Namun sehingga hari ini tidak dapat dipastikan apakah yang membuatkan berita pertunangan atau pernikahan tersebut tersebar luas di media sosial.

Sinar Harian telah menghubungi pihak pengurusan Fattah, namun hanya dimaklumkan pengurusannya akan menyediakan siaran media secepat yang mungkin berkenaan isu tersebut.

Bagaimanapun, pengurusan Fattah memaklumkan ketika ini Fattah berada di KLIA untuk mengerjakan Umrah bersama keluarganya bermula 15 hingga 23/24 November.

Ditanya mengenai adakah Fazura turut sama dalam rombongan berkenaan, jawapannya, "tiada komen buat masa ini."

melnanzz Publish time 15-11-2017 12:49 PM

Edited by melnanzz at 15-11-2017 03:52 PM

http://www.mstar.com.my/Themes/MSTAR/img/mStarLogo.png
Tunggu Fattah, Fazura Pulang Dari Makkah
qayumazizi@thestar.com.my
Diterbitkan: Rabu, 15 November 2017 1:09 PM


http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2017/11/15/13/01/fattzura%201.ashx
Fattah dan Fazura menunaikan umrah bersama keluarga masing-masing. Foto Instagram: @ohcindala.

PETALING JAYA: Dakwaan mengenai pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura sudah bernikah pada malam Selasa mungkin terjawab apabila pasangan itu berjanji untuk mengadakan sidang media selepas pulang daripada mengerjakan Umrah.

Menerusi kenyataan dikeluarkan kepada mStar Online, pasangan itu akan mengadakan sidang media pada 23 November ini namun tidak dinyatakan tujuan mereka berbuat demikian namun dipercayai ia berhubung rapat dengan pelbagai spekulasi yang melanda mereka sejak akhir-akhir ini.

http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/11/15/fattah-fazura-sidang-media/~/media/b56b1ba16d6a4333be2bf58da1d9e371.ashx
Fattah akan mengadakan sidang media sebaik sahaja pulang dari menunaikan umrah. Foto Instagram: @fattahaminz.

"Dengan rendah hati, Fattah dan Fazura ingin memohon seribu kemaafan dan memohon doa dari semua rakan wartawan dan para peminat semoga Umrah mereka dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

"Insya-Allah, berikutan dari perkara ini pihak Fattah Amin dan Nur Fazura akan mengadakan satu sidang media pada 23 November.

"Lokasi dan masa sidang media ini akan kami kongsikan dalam waktu terdekat ini," kata kenyataan itu.

http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/11/15/fattah-fazura-sidang-media/~/media/7c98d4bd4ac14bdb943845e0d092a857.ashx
Foto Fattah dan Fazura yang sempat dirakam ketika berada di KLIA. Foto Instagram: @thefa_team.

Dalam pada itu, Fattah dan Fazura dalam kenyataan itu berterima kasih atas doa dan berharap pemergian mereka ke Makkah akan mendapat Umrah yang mabrur.

Pemergian ke kota suci itu bersama ahli keluarga masing-masing dan berlepas ke Makkah pada pagi Rabu.

"Fattah Amin dan Nur Fazura telah pun berangkat ke Makkah bagi menunaikan umrah. Perjalanan mereka turut disertai oleh ahli keluarga bagi kedua belah pihak dan wakil pengurusan.

"Terima kasih atas doa-doa kalian dan Insya-Allah semoga diberkati dengan umrah yang mabrur," tambah kenyataan itu.


Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/11/15/fattah-fazura-sidang-media/#WGhpOiRKhkKIU260.99



https://www.instagram.com/p/Bbgd0f3hO1d/

muneerah Publish time 15-11-2017 12:51 PM

Edited by muneerah at 15-11-2017 01:00 PM

yeayyyy first! tahniah FATTZURA.. for watever.

Loginlogoff Publish time 15-11-2017 12:52 PM

masuk dgn ucapan TAHNIAH FATTZURA:lol:

Semoga berbahagiaaaa:$

yuyoi Publish time 15-11-2017 12:52 PM

Kaka castle semua bwk2 la belajar multitasking.kesian duk tahan kencing, tomyam sejuk. Iolss sambil baca forum sambil menjoyah dlm group chat pun boleh duk suap nasi lagi.

Misty21 Publish time 15-11-2017 12:53 PM

Fuuuuuhhh

Pandanleaf Publish time 15-11-2017 12:54 PM

Calling2 join birah sini plak chuolss

@stayathomemom
@adaris
@bedah
@suzy
@ayaqmasin
@pujanggameranti
@jenny
@yurithecat
@sora
Lagi..lagiii.... Mmari...mari sambung sini

kyul Publish time 15-11-2017 12:55 PM

selamat menunaikan umrah Fattah, Fazura & keluarga... terhibur dgn kaka2 castle hari ni.. ;P;P
uolls mmg menghiburkan iolls la hr ni... ;P

Pandanleaf Publish time 15-11-2017 12:55 PM

yuyoi replied at 15-11-2017 12:52 PM
Kaka castle semua bwk2 la belajar multitasking.kesian duk tahan kencing, tomyam sejuk. Iolss sambil...

Kaka dah srh pakai pampers dr semlm diorang tak mo... Tu le pasalll..   ;P

epalsearch Publish time 15-11-2017 12:55 PM

semoga mendapat umrah yg mabrur... cpt lah sikit buat announcement tu ye Abdul Fattah bin Mohd Amin :rf:

jennyhanx Publish time 15-11-2017 12:56 PM

Pandanleaf replied at 15-11-2017 12:54 PM
Calling2 join birah sini plak chuolss

@stayathomemom


Ye kaka coming!!!!!

Lava_Lamp89 Publish time 15-11-2017 12:56 PM

check in benang baruuuuuu

jennyhanx Publish time 15-11-2017 12:57 PM

Tahniah both :$

suzy_2912 Publish time 15-11-2017 12:57 PM

Pandanleaf replied at 15-11-2017 12:54 PM
Calling2 join birah sini plak chuolss

@stayathomemom


Masuk mengadap tahniah fattzura.. semoga berbahagia till jannah.. {:1_545:} {:loveo

Lavender_Violet Publish time 15-11-2017 12:57 PM

Errr...mcm mana Fazura boleh lepas buat umrah dgn family Fattah ye? Bukan utk wanita berusia 45 ke bawah nak buat umrah mesti ada mahram sekali ke?

MissQwerty Publish time 15-11-2017 12:57 PM

Sbnrnya apa status mereka berdua ni
Pmg dah kahwinnke
Dah tunang ke
Cmne nii

suzy_2912 Publish time 15-11-2017 12:57 PM

Lavender_Violet replied at 15-11-2017 12:57 PM
Errr...mcm mana Fazura boleh lepas buat umrah dgn family Fattah ye? Bukan utk wanita berusia 45 ke b ...

Abg dgn adik lelaki dia ikut

Shazfa Publish time 15-11-2017 12:58 PM

Masuk rumah baru dgn ucapan tahniah bamtah n fazzy.. Selamat menunaikan umrah.. Selamat pergi dan balik.. We still loveeee u {:loveo

genUmi Publish time 15-11-2017 12:58 PM

okakk nak keluar dari peti sejuk beku SR


rasa terawang2 macam akk plak yg bernikah



Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: (Edisi sarung cincin ke idok?) **Heboh Nikah Malam Tadi #2, **Berangkat ke Mekah


ADVERTISEMENT