kampring Publish time 11-11-2017 11:36 AM

PERANSANG RENTAP {PERUTUSAN PAHLAMAWAN RENTAP]

Edited by eddlisa_uyuk at 16-11-2017 09:15 AM

https://popcornsg.s3.amazonaws.com/movies/650/5501-12840-Peransan.jpg

https://i0.wp.com/farm5.staticflickr.com/4459/37948533322_9cca178deb_c.jpg?zoom=1.25&resize=539%2C303&ssl=1

“Sebelum ini memang dah ada beberapa cerita tentang pahlawan Melayu, namun kali ni kami cuba mengangkat pula tentang Rentap, seorang pahlawan Sarawak. Namun, filem ini cuma lebih kepada mengambil semangat perjuangan wira ini yang sangat popular di negeri tersebut.

Diana Johor Ambil Masa 4 Tahun Untuk Siapkan Filem PERANSANG RENTAP



“Peransang Rentap diterbitkan memandangkan ia cukup unik dan berlainan daripada filem-filem pahlawan lain yang pernah diterbitkan. Untuk menerbitkan filem ini sahaja, kami telah melakukan hasil kajian selama empat tahun bagi mendapatkan segala maklumat berkaitan Rentap,” katanya.

Ujarnya, pembikinan filem Peransang Rentap mengambil masa selama 13 hari untuk tempoh penggambarannya dengan tenaga kerja kru produksi seramai 33 orang. Bagi menjayakan filem tersebut, kru dan para pelakon telah berkampung di sebuah kawasan pedalaman di Kuching.



Peransang Rentap merupakan sebuah filem berkisarkan tentang cinta, perjuangan pergorbanan dan dendam anak muda Iban, Jenang dengan semangat berkobar-kobar ingin berjuang bersama-sama pahlawan hebat yang sangat dikagumi oleh masyarakat Sarawak bernama Rentap untuk memerangi penjajah British.

Dalam perjalanannya menyampaikan perutusan, Jenang telah jatuh cinta dengan seorang gadis dari kampung seberang. Di situlah terbitnya bibit-bibit cinta, dan onak duri yang merubah segala-galanya.

Sementara itu, pelakon utama Peransang Rentap, Diana Johor yang juga kembar kepada Lina mengatakan filem berkenaan agak unik disebabkan ia mengisahkan bagaimana cara orang Iban bercinta.

Vincent Mallang Workout Untuk Nampak Sado dalam PERANSANG RENTAP



“Filem ini ada kelainan dari segi bahasa, pakaian dan cara bercinta. Ia boleh diibaratkan macam kisah Romeo And Juliet versi Iban dan ia wajib ditonton untuk orang-orang yang sedang bercinta.

“Sebenarnya filem ini lebih kepada cerita kisah cinta dengan menunjukkan adat orang Iban bercinta, adab sopan santun dan memaparkan betapa romantik orang zaman dahulu bercinta,” ujarnya.

Selain Diana, filem ini turut dibintangi dua pelakon baharu dari Sarawak iaitu Vincent Mallay Alfred yang melakonkan watak Jenang dan Charl may (Jambai) serta Richard Martias Bruce Walker dan Iwan Haji Dasri yang merupakan barisan pelakon kelahiran Sarawak.

Menariknya lagi tentang filem Perangsang Rentap apabila lagu runut bunyi (OST) filem ini yang berjudul Sayau turut dinyanyikan oleh Lina sendiri dan Charl May yang dikenali sebagai penyanyi di Sarawak.

sabes Publish time 11-11-2017 11:41 AM

nak tayang tetek tapi muke hauk sume ;P

edee_91 Publish time 11-11-2017 12:33 PM

clicheeeeee........ NEXT! :I

trakea Publish time 11-11-2017 12:41 PM

Betul ke geng rajah brooke hentam geng rentap sebab dia cuma berani serang geng cawat lain saja. Maka terus dianggap pejuang menentang penjajah.

tanakkampung1x Publish time 11-11-2017 01:42 PM

Go gogo Sarawak!

Selepas Tombiroada satu lagi filem berlatar belakangkan Sabah akan muncul di pawagam

https://i.ytimg.com/vi/awg-xag0AJI/maxresdefault.jpg

tobobon Publish time 11-11-2017 03:03 PM

memandangkan ini promosi filem mohon mod alihkan ke board yg sepatutnya

mungkin ke board gosip?


@spiderman80

Lagubestbest Publish time 11-11-2017 05:04 PM

Edited by Lagubestbest at 11-11-2017 05:06 PM

Amende ni? Pahlawan? Tajuk tu otak ai dah fikir pasal mendayung sebelah tangan pegang pinggang, sebelah tangan pegang dinding. PS: masih eligible bachelor. Silalah sopan sikit tajuk tu. Nak lalu sebelah poster pun segan weii..
Pages: [1]
View full version: PERANSANG RENTAP {PERUTUSAN PAHLAMAWAN RENTAP]


ADVERTISEMENT